CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37987|Reply: 183

Kerlasssss... adik-beradik The Melvins dah bergelar jutawan

  [Copy link]
Post time 16-9-2020 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kiss_darr at 16-9-2020 05:20 PM

dalam diam2 rupanya adik-beradik the melvins dah jadi jutawan skrg...


Adik-Beradik The Melvins Bersyukur Dah Cecah Status Jutawan

Setelah lebih setahun bekerjasama menjalankan perniagaan bersama, empat adik-beradik selebriti The Melvins menjawab khabar angin yang mengatakan mereka kini bergelar jutawan muda.

Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin yang mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins mempunyai jawapan tersendiri untuk menjawab dakwaan terbabit.


“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian-Nya. Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.


“Apapun, kami rasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini. Lebih penting, kami gembira kerana apa yang kami usahakan mendapat respon positif peminat yang menjadi pelanggan.


“Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,” kata Syifa mewakili The Melvins.


Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik terbaharu Kekasih by The Melvins, maskara Hijab Mata di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.


Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu yang menelan belanja lebih RM500,000.


Tambah Syifa lagi, dia bersyukur dikurniakan adik-beradik yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.


“Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.


“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira pasal duit.


“Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya.


Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, pembayang mata dan blusher. – KopiPlanet.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Next......♀
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 je jd jutawan segera. Seyus arr
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau psl bisnes ke apa baik tak pyh msuk bod gosip sbb bkn psl kerjaya seni tapi bisnes. sorry
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jutawan pon tetap bersawang dik. Okbai.!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ciri2 kena ada utk claim as jutawan? Free hutang? Harta benda jutaan ringgit?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2020 05:37 PM | Show all posts
jap....mslhnye sapa yg pakai produk diorg ni?

dgr jenama je dah tau ala2 timbang kilo

ini kes lepas produk kat stokis and agent, pastu dpt duit byk dah perasan kaya

sebab tu mau tukar jual jamu pulak kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jutawan sebab anak didik miki mos ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyes lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
The Rempits...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap2.. maknanya dlm akaun bank personal deols setiap sorang ada minimum 1M la.. ke dlm akaun company.. kalau akaun company masih belum jutawan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap sapa je pki produk depa? Kenapa xmasuk dlm farmasi etc. Takat jual pki ejen mlm blh btol2 jd jutawan ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang nyer nak claim jutawan ..hahaha.. Desperate nak nampak berjaya ke ape.. Ramai jer retis yg jual produk mcm ni guna agent n stokis n lagi berjaya dr deme ni rileks2  jer.. Walaupun terang2 nampak lg mewah n kaya dr diorg ni...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kata bbnus pakai...apa nak heran..btw senang ye claim jutawan..okayyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
menguap..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg hasil didikan jijan semang mmg mesti ngaku jutawan ker?? Dulu aeril wawa pun ngaku jutawan kannnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2020 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
yg suka gebang semcm mesti maksud jutawan dorang cecah total 1m revenue sblm tolak segala kos dan perbelanjaan, ujung2 untung 37k bagi 4
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
vender replied at 16-9-2020 05:37 PM
jap....mslhnye sapa yg pakai produk diorg ni?

dgr jenama je dah tau ala2 timbang kilo

Bukan setakat nama, packaging pun hauk ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 07:29 PM | Show all posts

  



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols selalu lupa yang dorang ni ada adik lagi. Adik perempuan yang lain sangat rupa dari dorang 4. Tertanya, adik tiri kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.074349 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list