View: 12465|Reply: 71
|
[Tempatan]
Syed Saddiq hantar permohonaan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUD
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 18-9-2020 06:43 AM
Syed Saddiq hantar permohonaan pendaftaran MUDA
https://www.malaysiakini.com/news/542913
Diterbitkan Hari ini 10:21 am
Dikemaskini Hari ini 12:50 pm
Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Bekas Ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu hadir ke RoS di sini kira-10.30 pagi bagi menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.
Ditemui media selepas hadir ke RoS, Syed Saddiq berkata MUDA boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan.
“Parti ini akan dipimpin oleh anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya, sambil menambah MUDA kini mempunyai 13 penaja.
Menurutnya, struktur organisasi parti MUDA akan diumumkan dalam masa terdekat.
- Bernama
Terdahulu, anggota parlimen Muar, itu semasa dalam wawancara dengan stesen radio BFM hari ini, berkata MUDA akan menjadi parti politik Malaysia pertama diterajui golongan belia berbilang kaum.
“Selepas wawancara ini, saya akan ke terus ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftar Muda sebagai parti politik.
“(Ia akan jadi) parti Malaysia pertama diterajui belia, berbilang kaum dan agama untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia- tua dan muda, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan,” katanya ketika wawancara berkenaan.
Syed Saddiq juga mengingatkan bahawa sebarang halangan yang bakal dihadapi sewaktu pendaftaran parti itu akan mengundang kecaman masyarakat.
“Saya sangat pasti majoriti masyarakat Malaysia sedia maklum dan jika terdapat sebarang halangan dalam usaha kita, ia adalah cubaan untuk menghentikan (dan) menghalang kemajuan dalam meraih entiti politik sah dan untuk membungkam suara anak muda seperti yang mereka lakukan kepada Veveonah (Mosibin) di Sabah.
“Saya rasa ini akan mengundang kecaman yang hebat," katanya lagi.
Veveonah, yang merupakan pelajar universiti dari pedalaman Sabah baru-baru ini menjadi tumpuan apabila dua timbalan menteri menuduhnya berbohong ketika mengambil peperiksaan di atas pokok akibat capaian internet yang teruk.
Syed Saddiq yang juga bekas ketua pemuda Bersatu berkata dia telah “merayu secara peribadi” kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan rancangan Muda.
“Jadi saya harap tidak ada halangan politik,” tambahnya.
Untuk rekod, ROS diletakkan bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, Syed Saddiq mengesahkan bahawa parti barunya turut merancang untuk bertanding dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, katanya masih terlalu awal untuk Muda membuat keputusan sama ada ia patut menyertai mana-mana gabungan parti politik sedia ada
“Bila kami dapat buktikan diri kami, masa itu baru kami akan berunding,” katanya.
Apa yang tak kena dengan PH?
Ditanya berhubung kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), bekas menteri belia dan sukan itu meluahkan rasa kesal akan bagaimana ‘pertikaian peribadi’ akhirnya memberi ruang kepada pembangkang.
“Ia kerana rasa tidak puas hati, perselisihan dan pertelingkahan berterusan di kalangan ahli politik lama yang tidak pernah berakhir sejak 20 hingga 30 tahun yang lalu.
“Disebabkan rasa saling tidak percaya yang terbuku ini, berlakulah Langkah Sheraton.
“Kita tidak menangani politik dalam gabungan dengan baik (dan) tidak menangani hubungan antara pemimpin parti dengan baik.
“Kita membenarkan pembangkang memanfaatkan perselisihan dan ketidakpuasan hati antara satu sama lain, ”katanya.
Bercakap soal prinsip, Syed Saddiq membantah keputusan Bersatu untuk keluar daripada PH meskipun langkah itu akan dilihat sebagai tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Kita tidak sepatutnya menggunakan hal itu sebagai alasan untuk menikam sekutu dari belakang dan tinggalkan PH untuk bergabung bersama musuh yang kita tentang dan lawan,” tambahnya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam dah tembam je dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
kem muar tu bukan benteng syed saddiq. bukan kubu kuat dia. akak rasa pru akan datang dia kalah . instead dia tubuhkan parti baru baik dia jaga posisi ahli parlimen dia |
|
|
|
|
|
|
|
degil budak ni x nak dengar cakap atok...atok kata jgn jgn buat parti baru nanti undi melayu pecah.....mesti syed dick ni kata apasal dia tak bole buat parti baru....atok bole je buat |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo
Akak ghasa, inilah bakalan parti Richael Gimbang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan melihat muka dia penuh skrin tepon |
|
|
|
|
|
|
|
dia cam atok gak, nak juga merasa jd presiden.
kalu memang PRU nak lah juga jadi PM
haisss....................
|
|
|
|
|
|
|
|
bau2 macam DAP junior ja parti ni... tak minat! |
|
|
|
|
|
|
|
Bertunjangkan retorik kahkahkah, seronok jual ailio dan usia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahu takpa, Muar tu elok bawah Razali Ibrahim. Dia ni menang atas tiket kewayangan, dan sentimen jatuhkan Najib sahaja. Kerja dia post gambar PR sahaja di socmed. Sapalah percaya dia ni memang samdol dan hingusan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia kalah besar kt tempat dia. dia jgn memain muhyidin punya aura kt muar masih kuat. nak tak nak sadiq ni akan lompat juga joint team PN.
|
|
|
|
|
|
|
|
Parti ni mesti join PH atau PN....akhirnyaa... |
|
|
|
|
|
|
|
good luck...
akak dah tua x leh lah undi party MUDA.... |
|
|
|
|
|
|
|
patut ada yg suruh aku join ...aku xketahuan apa
ingatkan kelab-kelab awex muda tanpa ikatan cinta
dajjei sungguh parti mcm ni
aku lebih sanggup join parti kelab pinggan mangkuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebenarnya ,Malaysia tidak akan dipimpin oleh manusia-manusia yang tidak mendaulatkan raja-raja Melayu ,meletakkan bangsa Melayu dan agama Islam di nombor 1.
sepatutnya buat NGO bukannya sebuah parti politik.
Anak-anak cina sungguhpun bersungguh minta saddiq ni daftar parti baru tp mrk tetaplah akan undi DAP.
Saddiq ni tidak cerdik.
terlalu menjulang populariti sendiri dan mengangkat usia yg bakal menyusur jauh ...
ketandusan idea dan tidak ada pengalaman
sebuah langkah yg tidak mampu menggugat mana-mana kepimpinan lama ,hanya akan jadi toy sahaja.
Berangan selagi boleh
Kesian,,,
umur pun nak masuk 30.celah bedah mana nya yang nak jadi muda senantiasa.
dajjei sungguh kalau siapa dapat laki bodo mcm ini. |
|
|
|
|
|
|
|
so sampai umur bape boleh jd ahli ni. so sesape rs nk .uda memanjang join la muda. xkn tua. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm aku tgk video adun selangor yg muda2 nyanyi standing in the eyes of the world buat aku terpikir sebenarnya setiap parti politik kat negara tercinta kita ni mmg ada sayap utk org muda.dan mmg setiap parti akn bagi ruang sepenuhnya utk org muda yg berkaliber.cuma perlu bersabar je.masalah kita skrg bukan pasal org muda,tua tapi sistem korup.sistem korup sbb tamak,takde integriti ,khianat.itulah masalah besar sbb sistem dah rosak.mamat nih kalau sbb dia dah mati akal taktau nak kemana atau jadi proxy propa si tua pejuang boleh jadi nanti pejuang + muda..pejuang mudarentikanlah.sbb bakalan melingkup dgn cepat.tapi kalau dia mmg berideologi yg genuine insya allah bertahan.tcuma bila tiba masanya dia berjaya dia jugak akan terikut legacy politik tua....sbb benda tu makan masa terlalu lama.mengenangkan pe'el dia masa jadi menteri pun aku skeptikal dia akan berjaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
harap trend 'parti politik muda' ni boleh sampai ke negara omputih dan yahudi, biar parti tua deols yg jahat tu lenkali semua gone
well done, first time iols puji budak syed
tapi kene bersabar la, next PRU belum tiba nye masa utk menang, after 10 tahun konpem anak muda mostly akan sapot |
|
|
|
|
|
|
|
Then bila ko dah tua ko pls retire ka bagi anak muda ganti.. Jgn nak berpolitik sampai kerepot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila syed dah tua, dia kena keluar parti dia sendiri lah kan. Sbb parti MUDA utk org muda saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|