CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2064|Reply: 4

[Tempatan] Macau Scam. Yang fikir online banking tak selamat tu silap. Surirumah bank-in 3

[Copy link]
Post time 17-9-2020 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Suri rumah rugi RM15,000 ditipu 'koperal'
Oleh Nur Izzati Mohamad
bhnews@bh.com.my

KEPALA BATAS: Suri rumah kerugian RM15,000 diperdaya individu mengaku anggota polis berpangkat koperal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa berusia 60-an itu pada awalnya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya kakitangan pejabat pos.

"Wanita memaklumkan mangsa mempunyai barangan berupa lapan kad kredit sebelum panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan.

"Mangsa kemudiannya bercakap dengan anggota polis berpangkat koperal yang mendakwa dia terbabit dengan penggubahan wang haram dan kes dadah, yang mana salah seorang suspek sudah pun ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa diminta merahsiakan perkara itu memandangkan kes masih dalam siasatan dan diminta membuat pemindahan semua wang miliknya untuk disemak pihak Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata, akibat terlalu takut mangsa menuruti segala arahan dan melakukan tiga transaksi di mesin ATM berjumlah RM15,000 sebelum sedar ditipu dan membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 03:17 PM | Show all posts
sendiri bagi,bukan suka2 hati scammer boleh sedut duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 03:35 PM | Show all posts
allahh...kesian....

harap scammer mati kena langgar trailer...

org2 tua ni mmg cepat panic....walaupun dia tahu dah dia xde buat pun benda tu....
tapi the call was so real.....so mereka mudah terpedaya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai ke sudah scammer ni takkan lenyap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2020 05:07 PM | Show all posts
antara geng2 macau yg dah ditangkap
sebangsa dgn komunis rupanya
patut la RBA tak berbunyi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058241 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list