Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
36148
View
408
Reply

[Tempatan] Tiga sahabat maut ,seorang lagi semakin stabil selepas keracunan karbon monoksida

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-9-2020 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 18-9-2020 11:09 PM

2 sahabat maut, 2 kritikal lemas karbon monoksida
kreta.png
Audrey Dermawan
am@hmetro.com.my

Seberang Jaya: Dua rakan maut dipercayai mengalami lemas karbon monoksida selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, pagi hari ini.

Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri.

Dua lagi rakan mereka yang juga pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan and Nor Aqilah dikatakan kritikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisoner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Menurutnya, empat sahabat itu yang berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam Honda Odyssey yang parkir di kawasan stesen minyak terbabit.

"Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga yang lain dikejarkan ke HSJ.

"Bagaimanapun, Ayuni Shazwanie menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital," katanya.

Shafee berkata, berdasarkan maklumat awal mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dari Pulau Jerejak dekat sini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 17-9-2020 04:09 PM | Show all posts
Dalam berita x tulis tertidur..saya cuma speku saja
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:12 PM | Show all posts
Mungkin berhenti sekejap utk rehat & tertidur...
Btw mcm mana boleh berlaku kebocoran karbon monoksida tu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:16 PM | Show all posts
enjin kata hidup, kereta tak bergerak selama dua jam baru ada keracunan terhidu asap
kurang dari dua jam ok lagi
so kes ni tak pasti
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-9-2020 04:17 PM | Show all posts
hatikudus replied at 17-9-2020 04:12 PM
Mungkin berhenti sekejap utk rehat & tertidur...
Btw mcm mana boleh berlaku kebocoran karbon monoks ...

Kalau tak silap bila enjin on lama dgn ekon dibuka dan tingkap tertutup,lama2 oksigen dlm kete abis..so yg keluar hanya gas dari ekon saja..so bila sedut gas ekon tu yg bahaya..
lebeh kurang mcm tu la kata cikgu Pendidikan Seni saya dulu..Wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:17 PM | Show all posts
Innalillahi wainnailaihirojiun.  

Berhenti berehat agaknya.  Tertidur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:22 PM | Show all posts
kete mak pak kot.. p jalan2 cuti Hari Malaysia... aku teka je la.
ada gambar last dok atas buaian. cantik2 budak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi beramai2!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la.. Kena ada pengesan karbon monoksida.. Boh kat kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:25 PM | Show all posts
kalau ikutkan penang-sg petani takde lah jauh mana..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dijauhkanlah kita semua dari musibah ini. Kalu kereta idle, mmg aku trnkan sikit cermin tingkap sblh pemandu n sebelah penumpang. Kdg kereta bergerak pn bukak sikit, psl kdg2 rasa lemas jgk kitapn.

Kalu laki atau aku drive n rasa mengantuk, cepat2 turunkan tingkap sikit ambik udara luar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kes lemas CO ni...
Banyak sangat dah report dalam paper...
Dari tak tau sampai tau macam mana nak elakkan....
Depa tak pernah membaca ke?

I walau berhenti sekejap keluar amik barang or apa2 dan tinggalkan sesiapapun dalam kereta termasuk la en suami, mesti i turunkan sikit cermin kereta tu.... Dah mcm habit buat gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:29 PM | Show all posts
harkktuih replied at 17-9-2020 04:25 PM
kalau ikutkan penang-sg petani takde lah jauh mana..

mungkin dh mengantuk sgt la kot...tidur kejap lepas isi minyak ke pegi toilet ke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu iols kalau rasa betul2 mengantuk, berhenti kt mana2. Sblm tidur hidupkan alarm jam.  Turun kn tingkap. Baru tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah.. sedihnya.. muda muda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-9-2020 04:24 PM
Sebab tu la.. Kena ada pengesan karbon monoksida.. Boh kat kereta..

Mana nak cari?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:44 PM | Show all posts
muda2 lg. kurg pengalaman. aku ngantuk tido dlm kete jgk tp tutup enjin buka tingkap skit. mmg le berpeluh skit tp kalau dh ngantuk sgt lena jgk. tp ni time kalau aku sorg2 la....

pnh jgk dgn family tp aku ngantuk sgt. ekon buka......tp buka tingkap jgk skit....dan pesan kt anak2 n wife.......cukup 30 minit gerak aku semula.

weekend td balik KL dari jb pukul 930 mlm.....seb baek ptg tu aku dh rest betul2.....henjut speed 150kmj sambil follow mn2 kete yg laju2 jgk sbb xnk ngantuk. 3 jam smpi KL.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:48 PM | Show all posts
dulu masa aku keje travel sana sini guna kete....aku akan travel malam so tak panas kalu ngantuk aku akan tido kat station minyak.....enjin kete off....buka tingkap skit.....disamping tu bole jimat minyak....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-9-2020 04:42 PM
Mana nak cari?

Aku tak pasti kat lazada @ shopee ada.. Tapi kat ebay ada.. Aku boleh tau sebab suka layan utube camper van. Geng camper akan guna 2 carbon monoxide detector yg berbeza jenama.. Jadi kalau satu rosak.. Satu lagi ada back up. Byk thread tentang keracunan karbon monoksida aku komen benda yg sama..



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 05:01 PM | Show all posts
ni mesti enjin on/ekon on pastu buka tingkap sikit - memang bahaya

sepatutnya (ada dua option):-
1. enjin on/ekon on - tutup tingkap rapat jgn bagi asap dari ezos masuk dlm kabin
2. tutup enjin buka tingkap (paling selamat, tiada risiko terhidu karbon monoksida, cuma risiko penyamun datang menjengah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list