CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2264|Reply: 7

[Tempatan] ..hapraknya internet speed zaman PN, Pacak tiang, ikat baldi, bubuh modem, tarik

[Copy link]
Post time 17-9-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Rakyat Malaysia terkejut baru-baru ini dengan video Veveonah Mosibin, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah, terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan Internet ketika menduduki peperiksaan.

Ia membuka mata terhadap kemudahan Internet di kawasan-kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan.


Bagaimanapun, di semenanjung juga masih terdapat kawasan tidak mempunyai sambungan Internet, antaranya Ladang UP Bahagian Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah.

Perkara itu menyebabkan penduduk terpaksa memacak tiang yang tinggi dan meletakkan modem Internet tanpa wayar di puncaknya bagi membolehkan penduduk sekitar mendapat talian Internet.

Estet kelapa sawit yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Sungai Petani itu mempunyai kira-kira 170 penduduk.

Terdapat enam tiang 'menara telekomunikasi' yang setiap satu berharga RM100 hingga RM300 (bergantung kepada ketinggian) dibina di ladang itu.

"Kalau kami nak pakai Internet, kami pasang modem itu dengan power bank diletakkan dalam satu baldi.

“Kemudian naikkan baldi itu bersama Jalur Gemilang sebelum diikat di tiang bendera itu.

"Inilah cara kami mendapatkan Internet, dihubungkan dengan hotspot telefon pintar.

"Sebab itu saya kata bahawa kami perlu 'kibarkan' Jalur Gemilang tiap-tiap hari untuk kemudahan Internet,” kata seorang penduduk V Barathidasa kepada Malaysiakini.

Menurut Barathidasa, 26, tiang paling tinggi di situ sepanjang 40 kaki dan dimiliki keluarga abangnya.

"Abang saya seorang peniaga. Kebiasannya, dia perlu internet untuk urusan perniagaan. Jadi, dia buat tiang bendera.

"Selain itu, anak dia juga belajar di sekolah dan juga menggunakan pakai Internet," katanya.

Kalau hujan tak boleh pakai

Barathidasa berkata mereka membeli satu modem dan membuat bayaran bulanan antara RM85 hingga RM100.

"Tetapi, kalau hujan tidak boleh pakai," katanya sambil menambah jiran-jirannya juga menggunakan tiang bendera serupa sejak empat tahun lalu.

Barathidasa yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) berkata penduduk estet itu memang terkesan dengan ketiadaan kemudahan telekomunikasi.

"Saya berasal dari sini. Setahu saya ladang kami tidak pernah ada kemudahan Internet sejak kemudahan Internet diperkenalkan di Malaysia.

"Lebih sedih, kemudahan telekomunikasi kami juga agak teruk. Masuk sahaja ke ladang. Talian telefon sudah tiada.

"Kadangkala terpaksa bergegas ke kawasan-kawasan berdekatan hanya untuk membuat panggilan telefon. Kemudahan Internet tak payah sebutlah," katanya.

Menjelaskan pengalaman ketika belajar di Universiti Malaysia (UM), Barathidasan memberitahu dia sentiasa pergi ke kawasan perumahan terdekat untuk menggunakan Internet.

"Saya belajar UM dari 2014-2018.

“Setiap kali balik ke rumah kalau ada urusan berkaitan universiti, saya bersama rakan Melayu saya yang juga tinggal di ladang ini terpaksa pergi ke taman perumahan terdekat Taman Kelisa Ria sejauh lima kilometer dari sini.

"Di situlah kami ada kemudahan Internet.

“Tetapi, kami rasa menyampah berulang alik setiap kali dan membuat keputusan untuk membuat tiang bendera untuk mendapatkan kemudahan Internet," katanya.

Memo kepada SKMM

Sementara itu, Pengerusi Tamilar Kural Malaysia (TKM) P David Marshel berkata dia terkejut dengan keadaan penduduk di ladang tersebut.

"Kami melawat ladang tersebut baru-baru ini. Kami terharu dengan cara pemikiran inovatif mereka.

"Pada masa yang sama, kami juga berasa sedih sebab masih ada kawasan sebegini yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti telekomunikasi dan sebagainya.

"Mereka telah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan juga dua syarikat telekomunikasi.

"Tetapi, tidak ada sebarang tindakan," katanya.

David berkata NGO kebajikan yang dipimpinnya itu akan membawa isu berkaitan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Kedah (SKMM).

"Buat masa ini kami tidak serahkan memorandum kerana PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) di Alor Setar.

“Jadi, kami buat selepas tamat PKPD di sini," katanya.

Malaysiakini sedang menghubungi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk mendapatkan maklum balas berkaitan aduan penduduk ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman ph dulu internet sepantas kilat..belum click search lagi dh keluar search result. Pakai niat je. Internet 6g. Menyesal jatuhkan kerajaan ph.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2020 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara dpt kan ternet gini aku oenah dengor kat Pukistan depa buat. Same level dah bila PN naik
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 03:23 AM | Show all posts
matchstick replied at 18-9-2020 02:18 AM
Zaman ph dulu internet sepantas kilat..belum click search lagi dh keluar search result. Pakai niat j ...

Omg hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomen abahcow ni x pedulik pon psl kebajikan rakyat. Yg dia tau bgi dedak jah time kecemasan.patutnya sediakan ler peluang2 kpd rkyat utk upgrade taraf hidup meka..invest pemasangan tenek high speed di sumer tempat, up gaji min pekerja, mpercepatkan pbinaan mrt/ lrt di kesemua negeri utk kurengkan pgunaan keta ke baru ler btul.ni sibuk berpolitaik jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:02 AM | Show all posts
salamon replied at 18-9-2020 04:31 AM
Gomen abahcow ni x pedulik pon psl kebajikan rakyat. Yg dia tau bgi dedak jah time kecemasan.patutny ...

bglah dia merasa jd PM. dia kan dh tua. kurang2 dia mampu check mate anwar dan tun dan lim kit kat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2020 09:07 AM | Show all posts
matchstick replied at 18-9-2020 02:18 AM
Zaman ph dulu internet sepantas kilat..belum click search lagi dh keluar search result. Pakai niat j ...

kerajaan PH pun hari tu minyak petrol RM1.50 seliter, BRIM jangan cakap rm3000 seorg, PTPTN pun tak perlu bayar..syurga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2020 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 18-9-2020 04:31 AM
Gomen abahcow ni x pedulik pon psl kebajikan rakyat. Yg dia tau bgi dedak jah time kecemasan.patutny ...

Gomen Habahcow sebok dgn jawatan Glc jah. Lepaih tu dok bayau katak lompat. And yet jangan asik berpolitaik katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.074561 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list