|
Luna Maya pernah berdepan situasi mencemaskan apabila akaun banknya hanya berbaki 89,000 Rupiah (RM25) sahaja.
ini semua adalah kerana terlalu ghairah berbelanja atas talian tanpa had.
Foto: IG
Di saat itu selebriti Indonesia ini baru menyedari dirinya tidaklah sekaya mana walaupun berstatus artis popular.
"Orang selalu ingat artis banyak duit dan tidak pernah kehabisan. Hakikatnya, tidak ya. Saya pernah dalam akaun bank cuma berbaki 89,000 Rupiah (RM25) saja," katanya seperti dipetik melalui Harian Metro.
Tambah pelakon ini lagi jumlah wang dalam akaunnya bertambah susut disebabkan membayar bil telefon serta perkara lain.
"Bukan dicuri tapi habis. Pindah, pindah, pindah, selepas itu tengok sudah tak ada duit. Selepas melihat baki itu, baru tahu duit saya tidaklah banyak," tambahnya. -CARI
|
|