CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 10

[Tempatan] Pemasang mozek, Chak Chee Wah, hentak kepala anak teman wanita

[Copy link]
Post time 18-9-2020 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Pemasang mozek didakwa hentak kepala anak teman wanita

https://www.sinarharian.com.my/article/101588/BERITA/Mahkamah/Pemasang-mozek-didakwa-hentak-kepala-anak-teman-wanita

ROSALWANI CHE SOH @ YUSOFF | | 18 September 2020



KUALA LUMPUR- Seorang pemasang mozek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menghentak kepala anak teman wanitanya di dinding rumah sehingga menyebabkan kesan bengkak di dahi kanak-kanak itu.

Chak Chee Wah, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menghentak kepala seorang kanak-kanak lelaki yang ketika itu berumur 13 tahun tujuh bulan di dinding rumah sehingga menyebabkan kecederaan iaitu kesan bengkak di dahi mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di ruang tamu di sebuah rumah di Jalan Cheras 3 1/2, di sini pada kira-kira jam 8 malam, 14 September lalu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Peguam Choo Yeong Shing yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan terhadap anak guamnya dengan alasan dia menjaga ibu bapanya dan adik-beradik orang kurang upaya (OKU).

Mahyon kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 haribulan dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Tarikh 6 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan kes dan serahan dokumen.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cinà pasang mozek kemas.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-9-2020 06:46 PM
Cinà pasang mozek kemas.....

Tapi tokey ja cina yg pasang tu myanmar hauk juga sis. Aku dah terkena.

Kalau yg pasang tu cina memang tak nafi lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-9-2020 06:46 PM
Cinà pasang mozek kemas.....

Kenapa ye? Sekolah sjkc mmg ajar subjek pasang mozek kah? Sbb baru ni kontraktor cina bawak indon pasang tiles mcm tak berapa kemas. Tp sebelum ni mmg tukang pasang tu cina nampak elok sikit tak dinafikan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 19-9-2020 06:12 PM
Kenapa ye? Sekolah sjkc mmg ajar subjek pasang mozek kah? Sbb baru ni kontraktor cina bawak indon  ...

Tak ....

Dorang buat kerja memang hati hati....klu nk pasang mozek ni, bkn blh main cin chai je....kena tau sukatan simen nya byk mana....nk susun atur pun kena hati hati....klu tak, hasil nya memang kiciwa....tak sampai dua tahun dah pecah pecah.....susun pun kena elok...tak blh tinggi rendah atau jarak sgt atau rapat sgt....tu semua akn bg effect kat quality lantai....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jaga parents & adik2 OKU, tp boleh lak xde sabar bila dgn budak 13 tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-9-2020 06:18 PM
Tak ....

Dorang buat kerja memang hati hati....klu nk pasang mozek ni, bkn blh main cin chai je ...

Ooh. Kalau mcm tu, bukan cina pun kena ikut la petua pasang mozek ni bg kemas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak x dpt la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-9-2020 06:46 PM
Cinà pasang mozek kemas.....

Tak jugak kemas cina buat, ada rumak kawan aku lantai mozek dia tinggi kat tepi dinding bila makin ketengah makin rendah. Maca ada sikit slope
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-9-2020 08:19 AM
Tapi tokey ja cina yg pasang tu myanmar hauk juga sis. Aku dah terkena.

Kalau yg pasang tu cina ...

Kalu Tokey cina, kuli china menlen lagi hauk keja nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:18 PM | Show all posts
ramai je org melayu psg tiles hasil superb bukan setakat ok ok je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.173120 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list