CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11160|Reply: 53

[Tempatan] Waran tangkap untuk Safiey Ilias?

  [Copy link]
Post time 18-9-2020 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-9-2020 07:45 AM

Waran tangkap untuk Safiey Ilias?

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/621865/waran-tangkap-untuk-safiey-ilias

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 3:01 PM

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmeto.com.my



Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias, 26, dikatakan bakal berdepan hukuman penjara membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Menurut sumber Harian Metro, waran tangkap juga sudah dikeluarkan kepada penyanyi lagu Syinta Gila itu selepas dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tak nak komen apa-apa dulu sebab sudah menjadi kes mahkamah. Saya akan beritahu kelak sehingga kes ini selesai Isnin ini.

"Saya sendiri tidak tahu akan perbicaraan kes ini. Sebab semasa writ saman dihantar, saya juga tak pasti sama ada ia dihantar ke pejabat atau rumah. Kalau pejabat, pejabat sudah tutup lama. Kalau di rumah, saya pula berada di kampung sejak Ogos lalu akibat masalah depresi dan bipolar.

"Kalau saya tahu akan kes ini, pasti saya beri kerjasama sepenuhnya kerana saya tidak pernah lagi gagal hadir mana-mana kes lain di mahkamah sebelum ini.

"Saya harap tidak timbul sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Saya janji akan berkongsi. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada saya," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai produk yang dikatakan tidak mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Safiey berkata, ia bukan produk untuk dipasarkan.

"Kilang beri contoh produk. Saya cuma ingin berikan 'tester' kepada peminat saya. Ia belum untuk dijual dan tidak langsung saya promosikan di laman sosial saya.

"Biasanya saya menerima banyak contoh produk dari kilang di Malaysia. Saya suka minta kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada peminat untuk mencuba keberkesanan. Jika berkesan, baru saya akan jual dan ikut prosedur pendaftaran bagi tujuan kelulusan produk sebelum dijual.

"Tak perlu risau akan produk keluaran saya kerana saya sudah berniaga sejak berusia 16 tahun lagi dan sentiasa peka dengan peraturan dan prosedur sebelum produk dijual," katanya.

Difahamkan, Safiey perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Isnin ini bagi mendengar keputusan kes itu.







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 03:47 PM | Show all posts
Bg kat org..benda yg belum dpt kelulusan lagi....ko biar betoi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2020 03:56 PM | Show all posts
Cepat la tangkap dia nih....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolar tp tetap renovate muka x tggal?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 03:59 PM | Show all posts
asal depresi balik kpg, jgn seksa bdn ko deq..mcm2 dah renovate
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:22 PM | Show all posts
benda x lulus apa kejadah semua, ko bagi peminat ko test dulu. tak jual tapi bagi free. kalau kojol peminat ko? sure lepas tangan je kan? silap2 tak ngaku pun ko yang bagi.
amik dari kilang mana ntah. kilang bagi ko. pastu ko claim resepi ko. puiiii puiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2020 04:24 PM | Show all posts
ada depresi and bipolar?

doc yg diagnosed ke self diagnosed nie?

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ade ke peminat sanggup jd bahan ujikaji si sapi? sapi mintak bantuan professional utk renovate muka body, peminat hadap produk sampah nak cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 04:26 PM | Show all posts
free2 jadikan fan ko tikus ujian ko ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap, sumbat dlm penjara. Kasi dok satu cell dgn pemburu lobang jubs...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh.. X rosak muka ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:45 PM | Show all posts
org macam ni mmg bertuhankan duit je. elok laa kena uji mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu kan alasan klise tokey produk timbang kilo.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:46 PM | Show all posts
I bet dia ni ramai haters

nasiblah ko jadi pondan kaya pulak tu. makin terbakarlah





Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:02 PM | Show all posts
gila lah..bagi orang test dulu..kalau sesuai baru di pasarkan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:08 PM | Show all posts
Tolonglah atasi masalah syarikat2 kosmetik yg berani melanggar peraturan2. Harap2 mrk akan diadili (diberi hukuman) dgn setimpal.

Jawapan yg diberi membuat auntie cringe dan bertambah2 pedih lagi ulu hati. Seakan menghina akal fikiran manusia sejagat.

Siapalah agaknya yg berani menggunakan produk2 diaorg ni? Astagfirullahhal azim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 05:27 PM | Show all posts
yg peminat pun bengap sanggup jd guinea pig..asal dapat barang free kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang2 ni ckp mana nak kalah
Xsalah sentiasa
Ada je jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:49 PM | Show all posts
penjarakan saja....dlm penjara nanti baru dia kenal dunia wanita dan dunia lelaki..... nk sgt jdi wanita kannnn......
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai je tgk dok membeli produk dia tu...mmg diorng ni xsurvey dl ke..main beli je..pdhal safi tu operate je muka n bdn tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.081050 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list