CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11960|Reply: 68

[Tempatan] 'Suamiku tidak pernah mengeluh...'

  [Copy link]
Post time 18-9-2020 05:26 PM | Show all posts |Read mode
'Suamiku tidak pernah mengeluh...'

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/621939/suamiku-tidak-pernah-mengeluh

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 5:13 PM

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


ZAIDI menjaga isterinya yang menghidap masalah jantung dan sakit buah pinggang.  FOTO HALIMAH SAADIAH.

Rawang: Tidak hanya menjaga isteri lumpuh separuh badan dan menghidap penyakit buah pinggang, malah Mohd Zaidi Mat Rejab juga menguruskan anak istimewanya, Muhammad Daniel Iskandar, 2, yang dilahirkan dengan otak kiri saja.

Selain itu, Mohd Zaidi, 40, perlu mengambil alih tugas memasak dan mencuci pakaian selain menampung perbelanjaan sekolah Muhammad Mikael Zaiful,10, iaitu anak sulung hasil perkahwinannya terdahulu.

Begitu rutin harian Mohd Zaidi sejak tiga tahun lalu selepas kesihatan isterinya, Nurylzaini Herzahani, 30, merosot disebabkan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Demi menyara keluarga, Mohd Zaidi yang bekerja sebagai mekanik menjadikan bengkel sewanya sebagai tempat berteduh, namun pendapatan diperoleh tidak menentu.

Malah, ada kalanya tidak cukup untuk menjelaskan sewa bulanan RM500 sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminjam dengan rakan terdekat.

Selain itu, Mohd Zaidi pernah menjual besi terpakai untuk menampung perbelanjaan keluarga selain menjual aset seperti kereta dan barangan peribadi bagi menjelaskan bil hospital.

"Saya pernah berkahwin sebelum ini, tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama empat tahun. Selepas berpisah, saya mendapat hak jagaan terhadap salah seorang anak (Muhammad Mikael).

"Empat tahun saya menduda sebelum bertemu dengan isteri dan selepas setahun berkenalan, kami sepakat mendirikan rumah tangga.

"Sebelum berkahwin, saya sudah tahu isteri menghidap darah tinggi serta kencing manis, dan kami terima satu sama lain seadanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen BB9, Bukit Beruntung, di sini, hari ini.


ZAIDI turut menjaga dua orang anak termasuk seorang OKU.

Menurut Mohd Zaidi, tiga bulan selepas berkahwin, isterinya disahkan hamil, tetapi kegembiraan mereka hanya bertahan untuk seketika.

Katanya, isterinya ditahan di wad Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan kerana komplikasi ketika hamil lima bulan akibat darah tinggi dan kencing manis sehingga melahirkan Muhammad Daniel.

"Ketika itu, saya masih bekerja tetapi hanya untuk mendapatkan duit bagi membeli makanan, bukan sepenuh hati kerana sibuk menguruskan isteri di hospital.

"Ikutkan, lelaki tidak dibenarkan berada di wad itu, tetapi doktor beri kebenaran bermalam kerana kesulitan dihadapi isteri saya yang tidak boleh bergerak.

"Malah, selepas isteri melahirkan anak, saya masih perlu berulang-alik ke hospital kerana Muhammad Daniel diletakkan dalam inkubator akibat dilahirkan pra matang ketika kandungan berusia tujuh bulan," katanya.

Meskipun menggalas tanggungjawab berat, Mohd Zaidi akur dan menerima ujian diberi kepadanya dengan reda.

"Saya sudah biasa melakukan kerja rumah, jadi tugasan itu bukan satu masalah, cuma cabaran yang perlu dihadapi daripada segi kewangan kerana isteri perlu menjalani rawatan dialisis bermula 17 Ogos lalu.

"Jadi, saya perlu membawanya ke pusat dialisis sebanyak tiga kali dalam seminggu dan kos rawatan perlu dijelaskan sendiri dengan anggaran RM3,000 sebulan.

"Buat masa ini, saya jelaskan kos itu dengan duit sumbangan orang ramai, tetapi dalam proses untuk memohon bantuan daripada agensi berkaitan dengan harapan ia dapat meringankan beban," katanya.

Sementara itu, Nurylzaini berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban segalanya demi keluarga.

"Saya bersyukur kerana dijodohkan dengannya malah sekalipun, dia tidak pernah mengeluh walaupun beban ditanggungnya cukup besar.

"Ada kalanya, saya rasa sudah banyak membebankannya kerana tidak boleh membantu menjaga anak dan menguruskan rumah.

"Jauh di sudut hati, saya mahu sembuh dan berjalan semula seperti dulu supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri," katanya

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Zaidi di talian 012-6294139.


KELUARGA Zaidi tinggal di bengkel motorsikal.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dia kemas dan bersih.. Dan bukan bewak.. Semoga Allah swt murahkan rezeki depa sekeluarga mcm air sungai yg sentiasa mengalir.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:34 PM | Show all posts
ada iras  Ali  al-Susuni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:36 PM | Show all posts
Orang mcm ni lah kita nk tolong!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2020 05:31 PM
Rumah dia kemas dan bersih.. Dan bukan bewak.. Semoga Allah swt murahkan rezeki depa sekeluarga mcm  ...

Suka tgk corak tikar getah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Viral dekat twitter..ada keluar bersamamu sebelum ini kan..semoga dimudahkan hidup dan dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-9-2020 05:46 PM
Suka tgk corak tikar getah dia.

Betul.. Cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami dia rajin..dpt hak penjagaan anak2 terdahulu means sblm ni dia berupaya sara hidup anak2  sblm mendapat musibah ini..semoga Allah limpahi rezeki dan permudahkan urusan dia.. ada sape2 ada no akaun dia tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 18-9-2020 05:34 PM
ada iras  Ali  al-Susuni

Iye laa. Mula2 tengok gambar, I pun tertanya2, ape hal pulak si Ali nampak sugul je ni.  Baca seterusnya, nama Zaidi, so bukan Ali rupanya. Salah sangka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 18-9-2020 08:17 PM
Iye laa. Mula2 tengok gambar, I pun tertanya2, ape hal pulak si Ali nampak sugul je ni.  Baca sete ...

muka yg seiras tp sikap jauh berbeza . semoga Encik Zaidi dan isteri dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki.Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:54 PM | Show all posts
susah nak jumpa org lelaki mcm ni
untung bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:07 PM | Show all posts
Mohd Zaidi Mat Rejab juga menguruskan anak istimewanya, Muhammad Daniel Iskandar, 2, yang dilahirkan dengan otak kiri saja.


The left side of the brain is responsible for controlling the right side of the body. It also performs tasks that have to do with logic, such as in science and mathematics. On the other hand, the right hemisphere coordinates the left side of the body, and performs tasks that have do with creativity and the arts.

btw, siapa Ali Al-Susuni?

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:16 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-9-2020 09:07 PM
The left side of the brain is responsible for controlling the right side of the body. It also pe ...

"btw, siapa Ali Al-Susuni?"


Wah! ini benar2 ketinggalan komuter atau LRT ni.






Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:22 PM | Show all posts
nolya replied at 18-9-2020 09:16 PM
"btw, siapa Ali Al-Susuni?"


Aku cuma tau Ali Syiah, Ali Setan dan Muhammad Ali sebab aku kertu kot


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk bersamamu tuh
Sedihh
Berat betul dugaan dia..n aku rasa dia mmg x rehat
Rumah dia ni ruang belakang bengkel kalo x silap
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:36 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-9-2020 09:22 PM
Aku cuma tau Ali Syiah, Ali Setan dan Muhammad Ali sebab aku kertu kot

Andainya anda ketinggalan mengenali siapa Ali al-Susuni, sesungguhnya anda sudah ketinggalan mengikuti satu episod sandiwara hidup yg penuh dgn pancaroba serta mengenali sikap manusia yg berbagai rupa. Antara hipokrit dn ehsan, merebut harta warisan, menggadai silaturahim dn tak sudi dipertahankan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 09:53 PM | Show all posts
nolya replied at 18-9-2020 09:36 PM
Andainya anda ketinggalan mengenali siapa Ali al-Susuni, sesungguhnya anda sudah ketinggalan mengi ...

then aku tak rasa rugi pun.


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:07 PM | Show all posts

Menilai dari sudut untung-rugi memanglah tak rugi cuma tidak dpt menelek iktibar yg boleh dijadikan sempadan atau contoh bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-9-2020 09:53 PM
then aku tak rasa rugi pun.

Adik arwah Abam yg pukimak kan isteri arwah Tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rare ni lelaki ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.402968 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list