CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2519|Reply: 17

[Tempatan] Jadi ibu tunggal tiga anak di usia 20 tahun

[Copy link]
Post time 20-9-2020 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-9-2020 03:35 AM

Jadi ibu tunggal tiga anak di usia 20 tahun

IBU tunggal muda, Noor Shaherah membesarkan tiga anaknya sendiri sejak suami meninggal dunia, 11 tahun lalu. FOTO Ihsan Noor Shaherah










Redzuan Muharam
[email protected]



Kuala Lumpur: Usianya ketika itu baru mencecah 20 tahun namun Noor Shaherah Mohd Sanim, 31, terpaksa menerima hakikat bergelar ibu tunggal muda selain menggalas tugas membesarkan tiga anak lelaki berusia 11, 13 dan 15 tahun.

Dugaan itu dilalui selepas suami, Sodikin Sazuwan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2009.
Lebih menyedihkan apabila Noor Shaherah yang kini menetap di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras bergantung pada duit bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menyara anak susulan dibuang kerja.

Berkongsi pengalamannya bergelar ibu tunggal di usia muda, Noor Shaherah memaklumkan dia berkahwin pada tahun 2004 iaitu ketika usianya baru mencecah 15 tahun.
"Biarpun usia kami sebaya, arwah suami nampak matang dan tidak kekok menguruskan anak mungkin kerana dia mempunyai ramai adik beradik jadi sudah terbiasa menguruskan keperluan bayi.

"Namun suami 'meninggalkan' kami empat beranak ketika usianya 20 tahun," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Noor Shaherah, dia mengambil masa setahun untuk melupakan kesedihan akibat kehilangan suaminya sebelum bangkit meneruskan hidup.

"Memang tidak mudah untuk lupakan kesedihan tetapi saya reda dengan pemergiannya kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil ketika itu.
"Alhamdulillah, ramai yang beri sumbangan untuk membantu. Syukur rezeki saya tidak putus selepas diuji dengan kehilangan suami.
"Jika terus bersedih, bagaimana mahu membesarkan anak, Razwil ,11, Razuwan,13 dan Rizuwan, 15," katanya.

Menurut Noor Shaherah, lebih 10 lelaki pernah melamarnya sebagai isteri namun dia menolak dengan baik kerana mahu fokus membesarkan anak-anak.
Katanya, pelbagai kerja pernah dilakukan bermula dengan secara sambilan dan terakhir bekerja di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini sebelum diberhentikan majikan kesan Covid-19 tiga bulan lalu.

"Buat masa ini, saya gunakan duit bantuan daripada Perkeso untuk menyara anak selain wang simpanan sementara sementara mendapatkan pekerjaan baru," katanya.
Di sebalik cabaran dilalui, Noor Shaherah tidak dapat lari daripada salah faham masyarakat setiap kali keluar bersama tiga anak lelakinya.
"Kebiasaannya, segelintir orang akan menganggap saya membawa adik keluar berjalan. Hakikatnya, mereka semua adalah anak saya," katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 6:21 PM



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif berita ni?ingatkan nak cerita jadi jutawan kosmetik atau dah nak kahwin baru.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nak lawan nek aida gak ke sbgai janda letoppz yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku takkan syak pon dia kakak dgn adik2 sbb mmg nampak ibu dan anak2 dlm gambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mudanyaaaa 15 thn dah kahwin, umur 20 dah anak 3..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 03:53 PM | Show all posts
anak dia semua lelaki...esok anak2 dah besar dah dapat kerja, senangla nanti...insyaallah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2020 03:57 PM | Show all posts
mudanya ko kawin dekk
x abis sekola kekdahnya ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 03:58 PM | Show all posts
Kesiannya, muda2 lagi dan terpaksa hidup bersusah payah menjaga anak2 sendirian. Tapi confuse satu je..apa pengajaran yang kita dapat di sebalik berita ni?? ha..ha...Ingatkan jadi usahawan ternama setelah kematian suami. Mungkin nak cerita kegigihan membesarkan anak tanpa suami disisi kot..husnuzon..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2020 03:59 PM | Show all posts
Bagus jugak ada citer mcm ni, real Malaysians

The true story of normal citizens
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:00 PM | Show all posts
kenapa tak pegi sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:01 PM | Show all posts
Buka cerita dengan harapan ada yang sudi nak ambilnya berkerja mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dia kawen tahun 2004 la kan?dah millenium masa ni. ade juga parents masa ni bagi anak yg sepatutnya pergi sekolah kawen dgn org sebaya plak tu. kalau dgn org berusia kaya tu maybe la sbb nak hidup senang.

apa pun semoga dipermudahkan rezeki dia ni sekeluarga.
pengajaran: kawen muda tenaga msh kuat utk jaga anak2+bekerja even laki mati pun dan org masih ramai berminat nak jadikan isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:25 PM | Show all posts
muda nya kawin, x sekolah ek
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama anak2 mcm fashion designer pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Flat Sri kota bndr run Razak.Nnti aku buat edisi 999.kwn2 aku rmai dok situ
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang pengalaman menikmati remaja,  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak wangi ja anak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 20-9-2020 07:15 PM
Apa motif berita ni?ingatkan nak cerita jadi jutawan kosmetik atau dah nak kahwin baru.

Nak bgtau anak anak dia mcm adik adik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.071919 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list