Sejak kebelakangan ini, saluran YouTube dilihat muncul seperti cendawan tumbuh di media sosial sehinggakan pelbagai pengisian merapu juga wujud.
Umum sedia maklum bahawa ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi YouTuber kerana pendapatan yang diperoleh andai video tersebut tular sangat lumayoutuberr-buat-challenge-suruh-tampar-suaminya-utk-dptkan-hadiah-sekali-kena-jerkahyan.
Tak hormat orang lain
Namun, masih ada YouTuber yang tidak menjaga sensitiviti orang lain demi content mereka sehingga mengundang rasa tidak selesa dalam masyarakat.
Menerusi satu video tular di Twitter, seorang YouTuber telah ‘disekolahkan’ oleh seorang wanita apabila diminta untuk menampar pasangannya jika mahu mendapat hadiah daripada YouTuber tersebut
Dalam rakaman yang tular ini, youtuber ini menyapa seorang perempuan untuk menampar suaminya namun permintaan itu ditolak secara baik oleh wanita terbabit. Youtuber itu tidak berputus asa dan asyik meyuruh wanita itu lakukan cabaran itu dan akhirnya wanita itu bersama suaminya hilang sabar dan naik angin apabila mereka rimas dengan permintaan youtuber itu.
Wanita terbabit memarahi youtuber itu dan suaminya juga menolak jurukamera kerana tidak selesa dengan keadaan itu. Tetapi selepas tularnya video terbabit, ramai yang berikan pendapat bahawa sebenarnya semua ini adalah lakonan. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan lagi, tetapi perbuatan youtuber itu sememangnya biadap dan tidak hormati orang langsung
Isteri naik angin
Pada asalnya pasangan itu menolak permintaan tersebut dengan baik, namun tetap juga digesa oleh YouTuber itu sehingga wanita yang berada di dalam video mulai bengang dan memarahi YouTuber berkenaan.
Terdengar juga dia meluahkan rasa tidak selesa apabila digesa untuk melakukan cabaran tersebut serta tidak henti-henti mempersoalkan mengapa ditanya perihal anak kepadanya.
Patut bagi bini sembur perhabis
Perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama Kroolnizam itu juga telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata turut merasa tidak senang dengan tingkah-laku YouTuber itu.
Mereka juga mengecam apa yang dilakukan dan tak kurang juga beranggapan bahawa video tersebut adalah sebagai salah satu marketing untuk saluran YouTube lelaki tersebut
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Semua mereka satu team kot? Tak terkejut dah kalau semua ini cuma satu lakonan dan upahan semata-mata. Akak tu pun kemain stylo baju kasut warna kuning. Tengok video rakaman sisi orang awam yg lain, pemakaian akak tu macam agak out of place. Macam overdress pun ado....