CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2384|Reply: 13

[Tempatan] Polis: Rakyat negara jiran didakwa akan masuk Sabah buat kacau di hari undi

  [Copy link]
Post time 20-9-2020 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Polis: Rakyat negara jiran didakwa akan masuk Sabah buat kacau di hari undi

https://www.malaysiakini.com/news/543360

Diterbitkan Hari ini 7:09 pm



Polis mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Sept ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

"Sempena PRN Sabah kita dapat maklumat yang mengatakan akan berlaku kemasukan besar-besaran pendatang dari negara jiran untuk datang ke Sabah membuat kekacauan.

"Ini kita kena halang supaya pilihan raya berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu-gugat serta ketenteraman dan keselamatan kita terjamin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita beliau enggan mendedahkan sumber risikan, jumlah yang dijangka terbabit dan jenis kekacauan yang akan ditimbulkan.

"Dari negara jiran, tidak payah spesifik lah,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut soalan pemberita berkaitan perkara tersebut.

- Bernama




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelipin ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi bedal ke bwk masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semacam ada orang dalam yang ajak masuk

tak boleh biar ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah menceroboh.tembak je lah.lembik sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bleh plak cenggitu?

Seolah2 border kita ni mudah bebenor lobos?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn risau abg pie apdal blh setelkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 20-9-2020 09:04 PM
kalau dah menceroboh.tembak je lah.lembik sangat

Nanti ada pulak NGO hak asasi manusia yang pertikai.
Tapi bila berlaku pencemaran sungai yang menyebabkan berjuta2 pengguna terputus bekalan air tak de pulak NGO alam sekitar yang bising2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2020 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 20-9-2020 01:14 PM
Bleh plak cenggitu?

Seolah2 border kita ni mudah bebenor lobos?

Masa election pertahanan negara agak vulnurable
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadah weii
Dalam covid2 ni rakyat msia sampai tersekat sana sini
Apahal mcm mudah sgt org luar nak masuk
Eh eh
Melampau ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya statement polis tu org negara jiran yg ada dokumen sah nak balik mengundi sempena PRU nanti, sini undi dapat duit
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 21-9-2020 04:41 AM
rasanya statement polis tu org negara jiran yg ada dokumen sah nak balik mengundi sempena PRU nanti, ...

Betul la tu. Hagak2 dokumen tu sapa yang bagi? Ingat zaman Warisan baru ada ka? Pght.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 08:00 AM | Show all posts
pilak kah??? kami takut??? mereka hidup pun atas ikhsan sultan berunai dolo dolo..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 03:18 PM | Show all posts
angelofish replied at 20-9-2020 09:04 PM
kalau dah menceroboh.tembak je lah.lembik sangat

mana leh tembak.....kang tembak ada plak pembela2 warga asing.....tgk kes kabir.....kes kita halau org boat myanmar tetiba ada plak timbul...muncul super hero kita buat mcm nanti imej negara buruk.....pastu apa plak org main sentimen sesama islam .....kalu ikut hati....aku tembak jer sapa yg dtg menceroboh....time ni askar, polis buat training shooting....org DAP kan kata askar malaysia makan tido je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.306445 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list