CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3449|Reply: 14

[Tempatan] Ummah suci mengaku mualaf untuk raih simpati, menipu, manakala wajah dikaburkan

[Copy link]
Post time 21-9-2020 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 21-9-2020 03:44 PM




Petaling Jaya: Memberi alasan baru memeluk agama Islam dan mengalami masalah kewangan untuk menyelesaikan hutang kad kredit.

Itu taktik seorang lelaki yang memperdaya dan menipu untuk mendapatkan wang tunai daripada imam dan ustaz di Selangor.

Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 35 tahun itu akhirnya terbongkar selepas ditahan seorang mangsa bersama rakannya yang kebetulan terserempak lelaki itu di pekarangan Surau Mutiara Damansara, di sini, semalam sebelum menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian pada 5.54 petang 1 Februari lalu, seorang imam Masjid Seksyen 5, Kota Damansara berusia 38 tahun menjadi mangsa kepada suspek.

Beliau berkata, suspek datang bertemu dengan imam terbabit dan mengaku memeluk Islam serta ingin meminjam wang bagi urusan menyelesaikan masalah kad kredit disekat pihak bank.

"Mangsa dengan niat membantu menyerahkan RM450 kepada suspek sebelum suspek menyatakan mahu ke Terengganu pada Ahad kerana urus niaga bank dibuka di negeri berkenaan.

"Setiba di Terengganu, suspek meminta wang tambahan bagi urusan mengaktifkan kad kreditnya menyebabkan mangsa sekali lagi menyerahkan wang RM650 melalui pindahan wang ke akaunnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, mangsa kemudian menyedari nombor telefonnya disekat suspek dan gagal dihubungi sebelum dia mengetahui kejadian sama tular di dalam Facebook menyatakan lelaki itu sudah menipu ramai imam dan ustaz di Selangor.

Beliau berkata, mangsa sekali lagi terserempak dengan suspek di pekarangan Surau Mutiara Damansara, semalam dan berkemungkinan ingin melakukan jenayah sama.

"Berikutan itu, mangsa dan rakannya menahan suspek sebelum membawanya ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk diserahkan kepada polis.

"Tangkapan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Siasatan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 3:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2020 03:43 PM | Show all posts
Cam chubby jer. Hensem kerrr? Mana muka betulnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 03:45 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 21-9-2020 03:43 PM
Cam chubby jer. Hensem kerrr? Mana muka betulnya?

amboi cptnya kak bed mencemar duli
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww...PENUNGGANG AGAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:24 PM | Show all posts
cibaii punye cina babi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ofismate i konon minat dgn islam lepas tu goda bini org sampai atas katil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2020 04:30 PM | Show all posts
Macam2 cara menipu sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ada iras2 Ali susun @ali faraid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2020 05:10 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 21-9-2020 05:08 PM
Mcm ada iras2 Ali susun @ali faraid

kalau ali susun di klorox

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 05:14 PM | Show all posts
Ya Allah hensemnyeeeeeehhh lelagi ada dagu berlapis itteewww
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Igt ke laki acik mod yg cinapek mualaf iteww
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik Mod kata ensem.....  buta ke ape?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu kata agama islam ni mmg mudah buat modal nk kaya... Ummat islam cpt simpati ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:21 PM | Show all posts
aman skg ni kalau nk bg bantuan, terpaksa check detail sb penipu ramai.

tp kalau byk sgt prosedur nt org kata pejabat agama or pihak berkenaan wat susahkan nk tlg mualaf/org miskin/papa.....  

kawan aku plk ckp, yg ptg kita dh niat ikhlas nk derma, kalau kita terkena tipu, itu bukan urusan kita tp urusan dia ngn Tuhan.. Masalahnyaaaaaaaa kes2 penipuan akan lbh byk la kalau tak dibanteras!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu mmg mcm ni, nmpk mualaf baik,pakai tudung labuh pakai kopiah mule la cair hati tu, terus nak tolong xde soal siasat, nmpk bau islamik2 sket terus ingat baik, warak org ni xpernah tinggal smyg..kite bile sexy sket terus kne kutuk, dah tu korang bertudung labuh berkopiah segale tu baik sgt ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058988 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list