View: 3592|Reply: 21
|
[Tempatan]
Syukur, bukan di Serambi ,Tiga beradik terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Tiga beradik terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya dalam rumah yang kotor dan tidak terurus dengan ditemani 13 ekor anjing di Jalan Gambang, Batu 6 di sini selepas ditinggalkan ibunya sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan ibu kepada tiga kanak-kanak perempuan berusia 8, 9 dan 12 tahun itu bekerja di Singapura atau Johor Bahru dan sudah tiga tahun tidak pulang menjenguk mereka, manakala bapa mereka yang dipercayai bekerja di Hutan Kuala Rompin juga jarang pulang ke rumah.
Tiga beradik itu terpaksa menjalani kehidupan sendiri dalam rumah yang berbau busuk dengan najis anjing dan sering kelaparan apabila bapa saudaranya itu hanya pulang pada waktu malam.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Taman Tas, Yeoh Kok Bin berkata, pihak sekolah sudah dua kali mengadakan lawatan di rumah yang dihuni tiga beradik itu selepas mendapat tahu kepayahan hidup dilalui mereka.
"Bila ke sana, kita dapati rumah dipenuhi anjing, berbau busuk dengan najis haiwan dan tidak terurus. Tiga beradik ini tidur di atas lantai bersama haiwan ternakan terbabit.
"Jadi, kita bimbang dengan keadaan tiga beradik ini tambahan pula mereka sering kelaparan dan hanya makan mi segera sementara menunggu bapa saudaranya pulang," katanya ketika ditemui di rumah itu di Jalan Gambang, Batu 6 di sini.
Salah seorang daripada tiga beradik berkenaan menunjukkan keadaan rumah dihuni mereka bersama 13 ekor anjing ketika kunjungan pegawai JKM dan Chon Siang hari ini.
Salah seorang daripada tiga beradik berkenaan menunjukkan keadaan rumah dihuni mereka bersama 13 ekor anjing ketika kunjungan pegawai JKM dan Chon Siang hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kok Bin berkata, ketiga-tiga beradik ini mendapat bantuan daripada pelbagai pihak, namun mereka kerap tidak hadir ke sekolah.
Katanya, prestasi pelajaran mereka sangat lemah disebabkan sering tidak hadir ke sekolah sehingga tertinggal pembelajaran setiap hari.
"Kita difahamkan ketiga-tiga adik beradik ini terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke sekolah setiap hari.
"Tambahan pula, ayahnya hanya membekalkan RM50 setiap seorang untuk seminggu bagi membolehkan mereka menampung kehidupan sehari-hari," katanya.
Beliau berkata, melihat kepayahan itu menyebabkan pihaknya menghubungi wakil rakyat bagi memastikan mereka ini mendapat penjagaan sewajarnya.
Jelasnya, pihaknya bimbang jika tiga beradik ini dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada mereka suatu hari nanti.
Sementara itu, Chon Siang berkata, pihaknya sudah menghubungi JKM untuk menyelesaikan masalah yang dialami tiga beradik ini.
Salah seorang daripada tiga beradik berkenaan menunjukkan keadaan rumah dihuni mereka bersama 13 ekor anjing ketika kunjungan pegawai JKM dan Chon Siang, hari ini.
Salah seorang daripada tiga beradik berkenaan menunjukkan keadaan rumah dihuni mereka bersama 13 ekor anjing ketika kunjungan pegawai JKM dan Chon Siang, hari ini.
"Saya sedih bila mendapat tahu anak-anak ini dibiarkan hidup bersendirian dan selalu dalam keadaan kelaparan," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, pihaknya sudah mengadakan lawatan di rumah yang didiami ketiga-tiga beradik itu dan perbincangan dengan bapa saudaranya sedang dilakukan.
Bagaimanapun, katanya, kesemua kanak-kanak itu akan ditempatkan di tempat selamat bagi satu tempoh sementara.
"Tindakan itu diambil demi kesejahteraan mereka dan lokasi penempatan itu telah dikenalpasti," katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
800 meter tak jauh sangat.. RM50 seminggu tak cukup.. Bukan makan kat sekolah saja.. Kat rumah pun depa nak kena makan.. Budak2 tu tengah dok naik badan.. Tak patut sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya bila level anak dah setaraf dengan anjing.. celaka punya mak bapak.. harap JKM dapat ambik budak-budak tu & letak kat rumah kebajikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Serious ya ada ibu sanggup tinggalkan anak2 masih sekolah dan bekerja luar negara dan tak balik lama dah? Kesian nye nasib anak tu....yang i dengar ramai ibu sanggup tolak offer kerja gaji mahal semata mata nak besarkan anak. Pengorbanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujurlah ada yang nak membantu. Duduk dalam persekitaran macam tu mudah terkena penyakit tambah2 musim covid19 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Makpak yg tau berjimak je, tanggungjawab ke laut...ingatkn bangsa yg claim majoriti kaya ni tak berkelakuan pelik dlm hal family..hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Tak seronok nk hencap,sbb bukan negeri kelantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
apak deyoollss keje pe kat hutan kuala rompin tu? renjer utan ke pembalak atau penjaga gajah?
urmm walaupun ni benang cinkies tapi iolllss ada soft spot untuk bebudak tak kira bangsa rohingya skalipun..kesian lak yg pokcik deyyollss pun gi bela anjing sampai 13 ekor tu dah kenapa?ujung2 anjing kebulur terus dikokaknye bebudak tu karang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 21-9-2020 05:10 PM
apak deyoollss keje pe kat hutan kuala rompin tu? renjer utan ke pembalak atau penjaga gajah?
urm ...
Bela anjing murah rezeki la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Bela anjing banyak ekor sampai tak terbeli makanan sempurna ke agaknya. Kesian. Tp pibg dia ckp byk dpt bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 21-9-2020 05:58 PM
Bela anjing murah rezeki la kot
Mungkin la tapi banyak sgat sampai anak2 sedara xterbela pun xde maknenye murah joki |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 21-9-2020 04:05 PM
800 meter tak jauh sangat.. RM50 seminggu tak cukup.. Bukan makan kat sekolah saja.. Kat rumah pun d ...
Rm50 semjnggu utk sorang.....
3orang ayah dia bg rm150......klu pak sedara tu masak, cukup je....
Kemas rumah bersih bersih.....anjjng jgn bg madik...dok kat luar....blh je hidup |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 21-9-2020 06:12 PM
Rm50 semjnggu utk sorang.....
3orang ayah dia bg rm150......klu pak sedara tu masak, cukup je.. ...
Budak2 ni.. Ada keinginan nak beli kat kantin.. Nak beli barang2 yg depa berkenan.. Lagipun skrg makanan kat kantin mahai |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu melayu je yg keluar cerita mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya budak2 ni...
Mujur masih ada yg prihatin. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya budak2 ni...
Mujur masih ada yg prihatin. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 21-9-2020 04:23 PM
Serious ya ada ibu sanggup tinggalkan anak2 masih sekolah dan bekerja luar negara dan tak balik lama ...
akak syak mak budak2 ni yang keje di spore sana tu, dan stp kali jmpe jantan, dia akan mengaku dia single masih belum pernah kawen
|
|
|
|
|
|
|
|
(50 seminggu × 4) ×3 =RM600. manakala Kat rumah ai untuk 3 orang sebulan cuma RM400 |
|
|
|
|
|
|
|
Euuwww
Byknya bela anjing
Pastu tak terurus
Aniaya kanak2 je |
|
|
|
|
|
|
| |
|