CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5645|Reply: 31

[Tempatan] Pilu dua isteri Zabidi , arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan

[Copy link]
Post time 22-9-2020 02:15 PM | Show all posts |Read mode



Manjung: "Luluh hati saya apabila terpandang kasut (arwah) suami ketika bomba mengeluarkan dia daripada dalam kereta," kata Norazalinawati Yunus, 41, isteri pertama Zabidi Muhi, 40, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan di sini, hari ini.

Kemalangan itu turut mengorbankan Mohd Raimi Rustam Mohamad Rozi, 34.

Menurut Norazalinawati, arwah suaminya pulang ke rumah malam tadi dan sempat membaiki lampu di bilik tidur sebelum keluar semula.

"Ketika itu kami sempat bersembang tetapi dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebaliknya berkata mahu keluar sekejap sebelum pulang semula pada 6 pagi untuk mengambil kunci kereta.

"Kami berjumpa di luar rumah sahaja dan itulah kali terakhir saya melihat dia sebelum dimaklumkan kemalangan ini oleh biras," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung, hari ini.

Arwah Zabidi turut meninggalkan seorang lagi isteri, Norjeiha Abidin, 37, yang masih dalam pantang dan lima anak berusia antara 17 hari hingga 10 tahun.

Norazalinawati berkata, dia sempat ke lokasi kemalangan itu dan sedih apabila melihat anggota bomba mengeluarkan mayat suaminya.

"Suami bekerja di sebuah kilang di Changkat Jong, Teluk Intan dan jika diikutkan, dia masih bercuti kerana madu bersalin," katanya.

Sementara itu, Norjeiha berkata, sebelum ini arwah Zabidi ada memberitahu dia mahu 'pergi' ketika mereka bersembang awal pagi semalam, yang menimbulkan kegusaran hatinya.

Bagaimanapun, wanita itu reda dengan pemergian suaminya.

"Arwah sangat teruja dengan kelahiran bayi lelaki ini dan cakap anak seperti muka dia serta beriya-iya mahu menamakan Umar Rizky," katanya.

Arwah Zabidi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayan, Sitiawan.

Berita berkaitan

• 2 maut kemalangan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 2:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reputs : puan ada nampak arwah tunjuk apa2 perubahan sebelum meninggal?

Alahaiiiiii takde soalan lain ke reputs... Orang tu tengah sedih, korang tanya pasal perubahan pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:04 PM | Show all posts
soalan2 tu semua mengundang pilu...dah la org tu suami br meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by padris at 22-9-2020 12:16 AM

   
*Innalillahi wainna ilaihi roji'un*

       *Al-fatihah*
     
.                             
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:22 PM | Show all posts
Tu ja soalan yang ada.
Perubahan sebelum mati. Masa mati kena senyum etc baru kematian yang baik.
Macam kematian jenis lain tu buruk. Habis nak pertikai dosa pahala orang.
Doa baik2 kat semua arwah dan bagi semangat kat family arwah xboleh ke?

Innalillahi wainna ilaihi roji'un..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-9-2020 02:54 PM
Reputs : puan ada nampak arwah tunjuk apa2 perubahan sebelum meninggal?

Alahaiiiiii takde soalan  ...

soalan wajib reputs malaysia, orang meninggal pun nak dibuat sensasi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 22-9-2020 03:27 PM
soalan wajib reputs malaysia, orang meninggal pun nak dibuat sensasi

Bukan soalan reporter je, makcik2 bawang pun ada yg suka tanya macam ni.... Atau tak tanya pun, depa sendiri yang cerita kat orang arwah ni hari tu bla3x...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 22-9-2020 03:33 PM
Bukan soalan reporter je, makcik2 bawang pun ada yg suka tanya macam ni.... Atau tak tanya pun, de ...

eh serious ah? pelik kenapa ada sesetengah orang yg macam taksub sangat dgn tanda2 kematian ni.. kalau kenang n sebarkan kebaikan arwah tu bagus jugak lagi kot.. adei
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 04:12 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 22-9-2020 03:36 PM
eh serious ah? pelik kenapa ada sesetengah orang yg macam taksub sangat dgn tanda2 kematian ni.. k ...

Ntah la u.... Kebiasaan nak jadikan topik bualan agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 22-9-2020 03:36 PM
eh serious ah? pelik kenapa ada sesetengah orang yg macam taksub sangat dgn tanda2 kematian ni.. k ...

Ntah la u.... Kebiasaan nak jadikan topik bualan agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 04:36 PM | Show all posts
aik kalau dah mmg ada perubahan dah tak bagi lah keluar rumah cenggitu. senang la org nak cam kalau nak dtg bala, siap2 tunjuk perubahan..awal2 boleh elak

btw, bininya yg umur 37 tahun tu aku igtkan 50++
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua wanita dlm gambar tu isteri arwah la ye? Sekali lalu tgk gambar akak belah kanan tu mcm pakai apron. Dlm otak pikir mgkin tgh masak kat restoran bergegas dtg tgk suami kemalangan. Skali tgk lg rupanya corak baju.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 04:53 PM | Show all posts
innalillah.. alfatihah

semoga dipermudahkan tuk keluarga yg ditinggalkan.. kesian jugak kt wife yg baru dpt baby tu.. tapi at least ada wife lagi sorg tuk saling menguatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan bagus hidup aman aman mcm ni......


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss_LoveLeen replied at 22-9-2020 04:45 PM
Dua wanita dlm gambar tu isteri arwah la ye? Sekali lalu tgk gambar akak belah kanan tu mcm pakai ap ...

Acik tepakse scroll atas balik nak tgk lagi gambo deyols
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 05:15 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ



I memang cukup menyampah la wartawan ni. Orang baru kehilangan yang tersayang, soalan tak habis habis tanda tanda/perubahan sebelum meninggal la etc. Leave them alone la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 05:20 PM | Show all posts

elok bersatu madu madu ni ... semoga dia orang tabah dengan dugaan .. dapat hidup bersama membesarkan anak anak arwah ......
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss_LoveLeen replied at 22-9-2020 04:45 PM
Dua wanita dlm gambar tu isteri arwah la ye? Sekali lalu tgk gambar akak belah kanan tu mcm pakai ap ...

Corak tudung la... cuba tgk betul2...
Salam takziah buat keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.224199 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list