CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3997|Reply: 28

[Tempatan] Warisan-DAP kantoi bagi rasuah dekat polis. Dah kena tahan SPRM dah

  [Copy link]
Post time 23-9-2020 05:38 AM | Show all posts |Read mode

*LAPORAN AWAL TANGKAPAN ANGGOTA PGA CUBA MENYOGOK UNTUK MENGUNDI PARTI WARISAN*
*Laporan awal*
2. Dua anggota PGA telah ditangkap oleh Ajutan Batalion 17, LAHAD DATU atas arahan Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA LAHAD DATU kerana cubaan menyogok pegawai dan anggota PGA untuk meraih undi bagi pihak Parti Warisan.
*Butir-Butir Tangkapan*
3. Berikut adalah butir-butir tangkapan adalah seperti berikut:-
(a) Nama : SJN RF/130395 RAHIM bin KHAMIS
Bangsa : Melayu
Umur : 44 tahun
Jawatan : SJN Operasi 2, Cawangan Pengangkutan.
(b) Nama:  KPL RF/133341 ROBERT bin AHAD
Bangsa : Bajau
Umur : 49 Tahun
Jawatan : KPL Teknikal 2, Cawangan Pengangkutan.
*Jumlah Rampasan*
4. Jumlah rampasan adalah sebanyak 314 keping wang RM 50 yang berjumlah RM 15,700. Wang tersebut telah dirampas daripada KPL RF/133341 ROBERT bin AHAD.
*Tindakan Polis*
5. Laporan polis sedang dibuat.
*Ulasan*
6. Pada jam lebih kurang 1100, bertempat di pejabat Ajutan Pasukan Gerakan Am Batalion 17, LAHAD DATU, SJN RF/130395 RAHIM bin KHAMIS dan KPL RF/133341 ROBERT bin AHAD telah ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti memberi wang daripada Parti Warisan SABAH sempena PRN SABAH.
7. Kedua-dua penama telah mengedarkan wang tunai bermula pada 21 SEPT 2020 jam lebih kurang 0900 kepada lebih kurang 186 dikalangan pegawai dan anggota serta ahli keluarga bertempat di pondok berdekatan Cawangan Pengangkutan PGA Batalion 17, LAHAD DATU. Baki daripada wang yang diedarkan adalah sebanyak RM 15,700.
8. Untuk makluman Tuan.


https://www.sinarharian.com.my/a ... anggota-keselamatan

Warisan didakwa sogok anggota keselamatan

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa cuba menyogok anggota keselamatan bagi ‘mengaburi mata’ selepas isu ucapan calon mereka yang tular di media sosial didakwa berbaur penghinaan kepada pasukan keselamatan yang bertugas semasa Ops Daulat 2013.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sudah meminta anggotanya membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.



“Saya difahamkan selepas isu ucapan berbaur penghinaan kepada pasukan keselamatan itu tular, ada wakil calon daripada Warisan membuat sogokan kepada anggota pasukan keselamatan yang pada hari ini telah membuat pengundian awal.

“Selain itu, saya difahamkan berpuluh-puluh ribu duit disogok dan ini menunjukkan kerajaan Warisan telah terdesak dan mereka benar-benar takut untuk kalah dalam PRN ini. Sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya akan terus mempertahankan anggota dan pegawai yang telah terkorban dalam insiden pencerobohan Tanduo pada 2013 melalui Ops Daulat yang dilaksanakan kerajaan.

“Jika ini sikap calon yang datang daripada kerajaan Warisan, saya memohon agar rakyat di Sabah untuk memikirkan dengan jelas bahawa calon mereka langsung tidak memikirkan tanggungjawab untuk mempertahankan negeri ini.

“Saya nak maklumkan di sini sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan mempertahankan negeri ini sebaik mungkin bersama anggota keselamatan yang sentiasa menjaga kedaulatan dan keselamatan negara,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/102167/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/Warisan-didakwa-sogok-anggota-keselamatan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul?? Mana mungkin seh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 08:16 AM | Show all posts
bertandinglah secara adil.
menang cara rasuah nanti kerajaan tak tahan lama...  
cepat pancit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:07 AM | Show all posts
SPRM tahan 2 anggota keselamatan kerana edar wang bagi pihak Umno
Oleh MALAYSIA DATELINE September 22, 2020 6:02 pm
https://malaysiadateline.com/spr ... ng-bagi-pihak-umno/



Dua petugas keselamatan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lahad Datu kerana dipercayai menerima dan kemudiannya mengedarkan sejumlah wang disyaki untuk ‘membeli’ undi.

Kedua-duanya kemudian dikatakan mengaku bahawa mereka menerima wang itu dari pemimpin Umno dan telah mengedarkan sebahagian wang itu kepada anggota dan keluarga mereka sebelum membuang undi awal hari ini.

Bernama pula melaporkan, ia dibuat bagi pihak seorang calon parti politik.

Menurut sumber, lapor Bernama, kedua-dua suspek itu didakwa menjadi ‘orang tengah’ untuk memberikan wang tersebut kepada pengundi awal hari ini susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Kes berkenaan dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM setelah aduan diterima berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan penahanan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut, lapor agensi berita kerajaan itu lagi.

SPRM tahan 2 anggota keselamatan kerana edar wang bagi pihak Umno
Oleh MALASIA DATELINE September 22, tersebar laporan ni.

*A) BUTIRAN LAPORAN POLIS*:
No repot:
Tarikh / Masa Repot: 21/09/2020 @1847hrs
Klasifikasi: ROA Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
Pegawai Penyiasat:
Pengadu:
*B) TEMPAT KEJADIAN*:

*C) TARIKH / MASA KEJADIAN*: 21/09/2020@ 1445HRS.

*D) SUSPEK*:

*E) RAMPASAN*:
1) 314 Keping wang tunai RM50 berjumlah RM15700/-
*F) KETERANGAN KES*:
Pada 21/09/2020, jam lebih kurang 1445hrs, bertempat di Pejabat Lahad Datu, setelah pengadu mendapat maklumat bahawa terdapat aktiviti aktiviti pemberian wang ikhlas sempena Pilihanraya Negeri Dun Sabah ke 16 sebanyak RM 50.00 seorang kepada pegawai dan anggota serta ahli keluarga Lahad Datu, pengadu telah memanggil dua . Lahad Datu yang disyaki terlibat dengan aktiviti ini bagi mengesahkan berlaku penyerahan wang tunai kepada pegawai dan anggota serta ahli keluarga PGA Bn 17, Lahad Datu. Butir butir dua anggota tersebut adalah seperti di “PARA D”.

Kedua dua penama mengaku telah mengedarkan wang tunai bermula pada 21/09/2020 jam lebih kurang 0900hrs, kepada lebih kurang 186 di kalangan pegawai dan anggota serta ahli keluarga. Baki serahan wang sebanyak 314 keping not RM50 berjumlah RM15,700 telah dirampas oleh pengadu.

*HASIL SIASATAN LANJUT.*
Hasil siasatan lanjut mendapati 2 anggota yang terlibat dalam pengedaran wang ikhlas sempena Pilihanraya Negeri Dun Sabah ke 16 merupakan anggota polis yang bertugas . Pengakuan daripada 2 anggota tersebut mengatakan bahawa wang yang diagihkan tersebut adalah diterima daripada wakil Parti UMNO sempena Pilihanraya Negeri Dun Sabah.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:09 AM | Show all posts
'tak mungkin'  
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 23-9-2020 10:07 AM
SPRM tahan 2 anggota keselamatan kerana edar wang bagi pihak Umno
Oleh MALAYSIA DATELINE September  ...

Apaàa..!! Ai taktahu plak Warisan bole control anggota keselamatan cm pdrm,tentera tu  selama ni..kahkahkah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2020 10:14 AM | Show all posts
salamon replied at 23-9-2020 02:10 AM
Apaàa..!! Ai taktahu plak Warisan bole control anggota keselamatan cm pdrm,tentera tu  selama ni. ...

Sebelum ini rasuah dengan TIGER BEER...

Petugas parti BN mengedar minuman keras jenama TIGER dari rumah ke rumah untuk meraih simpati pengundi Sabah, PAS MEMBISU seribu bahasa
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1216424

Keras suruh tutup kilang arak masa PH, edar minuman keras masa PN
Oleh FAZLI RADZI September 22, 2020 7:44 am



Tular di media sosial gambar petugas parti BN mengangkat sekotak tin minuman keras jenama Tiger untuk diedarkan ke rumah dipercayai berlaku di Sabah.

Terdapat tiga individu lelaki yang keluar dari kereta dengan nombor plat pendaftaran SAC 9946 D dengan dua daripadanya sedang memegang sekotak tin minuman keras jenama itu.

Aksi sekutu Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu berlaku ketika kurang seminggu berbaki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16.

Rata-rata reaksi warganet menyifatkan agihan minuman Tiger itu bercanggah dengan sikap keras Pas semasa era kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penyokong dan beberapa pemimpin parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bahkan menuntut kilang arak ditutup.

Suara lantang Pas dua tahun lalu itu turut menjadikan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga pemimpin AMANAH sebagai sasaran serangan.

Antaranya pada 26 September 2018, Pas mempersoalkan Khalid yang merupakan Menteri Wilayah ketika itu berhubung arahan menutup pusat tahfiz tidak berdaftar di ibu negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sepatutnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengutamakan penutupan kedai arak susulan kes pengambilan arak tiruan yang meragut 37 nyawa.

“Ramai yang masih menunggu pengumuman Menteri Wilayah untuk mengarahkan kedai arak ditutup, selepas lebih 30 mangsa mati akibat keracunan arak,” kata Tuan Ibrahim ketika itu.

Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin dalam satu ciapan di Twitter pada 20 September 2018 garang menegaskan perjuangan mengharamkan arak.

“Ayuh sama-sama kita perjuangkan supaya arak diharamkan terus dari Malaysia. Arak merosakkan manusia,” katanya.

Bagaimanapun, sikap Pas kemudiannya lunak termasuk menyatakan kilang arak sebenarnya sudah lama ada di negara ini seperti disebut Naib Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddin pada Mei lalu.

Anak bekas Ahli Parlimen Pas Baling itu berkata, operasi kilang arak dan jumlah cukai daripada arak bukannya isu.

Menurutnya, penjualan arak mengikut hukum Islam dibenarkan dengan syarat mengikut nisbah bukan Islam yang minum arak di sesuatu kawasan.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 23-9-2020 10:14 AM
Sebelum ini rasuah dengan TIGER BEER...

Petugas parti BN mengedar minuman keras jenama TIGER da ...

Bagus bn ni sbb mengalakkan rkyat minum arak secara open, hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 23-9-2020 10:14 AM
Sebelum ini rasuah dengan TIGER BEER...

Petugas parti BN mengedar minuman keras jenama TIGER da ...

Bagus bn ni sbb mengalakkan rkyat minum arak secara open, hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:18 AM | Show all posts
Harap Thread Starter dapat ubah tajuk thread supaya sesuai dengan berita rasmi yang telah disertakan...


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:08 AM | Show all posts
sama sama kita tunggu hasil siasatan


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:19 AM | Show all posts
Dikatakan beri rasuah, ahli parti keluar beramai-ramai sertai parti lain antara peristiwa biasa menjelang pilihanraya......
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 01:11 PM | Show all posts
Memang trademark UMNO adalah rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:50 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 23-9-2020 01:11 PM
Memang trademark UMNO adalah rasuah...

Khabarnya presidin UMNO sundri sedang menghadapi 87 (lapan puloh tujoh) pertudohan songlap wang, cilok wang, pow cina dan makan rasuah dan tahun lepas dia tak dapat buat umrah sebab passportnya kena tahan...... Tidak kalu tiap tahun dia buat umrah.....

Itu presidin sekarang. Presidin dulu laki bini makan rasuah dan laki dia dah pon di jatuhkan hukoman penjara selama 12 tahun.


Wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Petang tadi dah tertonggeng mimpi di siang hari..malam ni cerah mata puak ayam menabur taik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 12:05 AM | Show all posts
Kesian pakar undang2 C.I.
Kumat kamit mulut dia
meratib rasuah Zahid, rasuah Najib

Bila kes rasuah LGE
dia jadi kelu dan seperti org dungu
untuk menghuraikannya

siapakah beliau?

"ahak"



Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:17 AM | Show all posts
I.am.PH replied at 23-9-2020 10:18 AM
Harap Thread Starter dapat ubah tajuk thread supaya sesuai dengan berita rasmi yang telah disertakan ...

Kalau tak silap Allah SWT ada berfirman yang bermaksud : Dan kalau datang orang fasik membawa berita....bla bla bla bla bla bla ..."

Wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pasa at 24-9-2020 01:52 AM
cambaik replied at 24-9-2020 12:05 AM
Kesian pakar undang2 C.I.
Kumat kamit mulut dia
meratib rasuah Zahid, rasuah Najib


Sy tau geng berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 23-9-2020 10:14 AM
Sebelum ini rasuah dengan TIGER BEER...

Petugas parti BN mengedar minuman keras jenama TIGER da ...

Kang klu Pas bising pun hang bising jua.b
Biaq pi la org Sabah non Muslim mau minum tiger beer? Miss, you tak minum beer, meh?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.171814 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list