CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1189|Reply: 4

[Dunia] Arab Saudi benarkan ibadat umrah mulai 4 Oktober ini

  [Copy link]
Post time 23-9-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RIYADH: Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam.

Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.

Menurut kenyataan sama, jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu, mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Umrah merujuk kepada ziarah umat Islam ke Makkah dapat dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun yang menarik berjuta-juta Muslim dari seluruh dunia setiap tahun.

Kata kementerian itu lagi, ibadat itu dibenarkan dilaksanakan semula sepenuhnya selepas ancaman wabak itu sepenuhnya pulih.

Sejak Mac lalu, Arab Saudi menangguhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan akibat bimbang penularan COVID-19 ke kota-kota sucinya.

Ziarah itu menimbulkan tumpuan logistik besar-besaran berikutan jemaah yang ramai di tempat suci terhad menjadikan jemaahnya berhadapan dengan penularan jangkitan.

Katanya, langkah membenarkan semula umrah adalah sebagai tindak balas kepada 'aspirasi umat Islam di dalam dan luar negeri' untuk melakukan ibadat terbabit serta menziarahi kota sucinya.

Penjaga kota suci Makkah dan Madinah dilihat sebagai sumber legitimasi politik kerajaan paling kuat negara itu.

Saban tahun kota suci mencatatkan jutaan umat sekali gus menyumbangkan pendapatan utama negara itu.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengatur pembaharuan rancangan ekonomi 2030 negara pengeluar minyak terkemuka dunia, daripada ketergantungan terus terhadap pengeluaran minyak kepada sumber pendapatan lain, termasuk ziarah keagamaan.

Kerajaan itu berusaha membuka kembali kira-kira 30 juta jemaah haji ke negaranya setiap tahun pada bermula 2030. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes kat sana masih tinggi..kita pon x leh ke luar negara lagi..Pak arab runsing garu kepala,sumber ekonomi terjejas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 25-9-2020 05:30 PM
Kes kat sana masih tinggi..kita pon x leh ke luar negara lagi..Pak arab runsing garu kepala,sumber e ...

Yezaa.. Betul.. Dia ada had limit utk setiap hari.. Jadi kita tengok dulu sop depa utk umrah bagi org tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada niat nak pegi sblm pkp tu, x kesampaian... taktau bila ada peluang lg lps ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 25-9-2020 08:04 PM
mmg ada niat nak pegi sblm pkp tu, x kesampaian... taktau bila ada peluang lg lps ni...

insyaallah kita doakan semuanya selamat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057811 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list