CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4539|Reply: 23

[Tempatan] Kerana Mulut Warisan Binasa:Warisan kalah 90% undi tentera- laporan.

  [Copy link]
Post time 23-9-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-9-2020 09:26 AM

Kota Kinabalu, 22 Sept: Parti Warisan Sabah dilaporkan kehilangan 90% dari 16, 877 undi awal di negeri itu menurut laporan The Malay Mail.

Ini berikutan calonnya untuk DUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi yang berkata pencerobohan Lahad Datu pada 2013 cuma sandiwara di mana pihak keselamatan berperang dengan ayam dan anjing.

Sebelum ini, pencabar terdekat Warisan, iaitu Perikatan Nasional dan Barisan Nasional menjangkakan Warisan akan mendapat 60% undi tentera.

Mohamaddin Ketapi yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Warisan memohon maaf semalam tetapi anggota keselamatan masih terguris dengan kenyataan tersebut.

Panglima Angkatan Tentera semalam menyifatkan kenyataan ahli politik itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

“Ini adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali di mana kenyataan berkenaan turut menyinggung perasaan keluarga anggota yang terkorban baik ATM mahupun di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Adalah ditegaskan bahawa ATM memainkan peranan sebagai benteng pertahanan negara di mana organisasi ini sentiasa bersedia pada sebilang masa dalam melaksanakan tugas terutamanya dalam mendepani pelbagai ancaman,”

Hari ini, presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut memohon maaf bagi pihak Mohamaddin Ketapi.

Petang tadi, sekali lagi Mohamaddin Ketapi memohon maaf di laman facebooknya berhubung isu tersebut tetapi ruang komennya masih diserang oleh warga net.

Sementara itu, satu hantaran oleh seorang pengundi awal di Sabah, Mujahidin Hj Sawaijaan menjadi tular di media sosial

Jari ini pernah menekan picu m16 d tanduo dan jari ini juga yg memangkah parti mana yang menghargai nilai sebuah keamanan dan pengorbanan anggota keselamatan#Abgadik#pdrmatm#masatembakayamdananjing

Mujahidin Hj Sawaijaan

Hantaran itu setakat ini mendapat 4700 perkongsian dan 8700 tanda suka.

Pagi tadi sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Seramai 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis bersama pasangan masing-masing layak mengundi. -Buletin TTKM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka leluhur pendatang
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohamadin ketapi
DUN Senggama
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:00 AM | Show all posts
sapa la yg cadng die ni jadi wakil rakyat.. ni mesti pitis banyak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:02 AM | Show all posts
  


    #BUNG2020
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku penting betul baca hashtag panjang2..

Jebon lagi comel dari hanat + kamjad ketapi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
syabas ATM & PDRM!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak ketapi ni nak mampos agaknya.

Mulut x ada insurans. Sekali komando dtg kutip ko, nak menyesal pun x guna.

Ini malaysia, sgt senang utk hilangkan org tanpa bukti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dlu ex pelancongan ke? Yg buat lawak menganjing zaman awal covid, yg dia jwb soalan psl rakyat cina masuk msia.. kta diorg tu semua sihat kenapa nak block.. huhu skang suara rakyat power ok. Sape yg dlu disukai pn belom tentu selamanya kekal
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 23-9-2020 09:55 AM
Mohamadin ketapi
DUN Senggama

Yihhh nk undi warisan..tapi calon dia... Hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
warisan sabah kalah sbb ketapi ni la... mulut laju cam ketapi tapi akal mcm siput babi..

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Si ketapi ni mmg suka sabotage diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp lah calon kan dia lg... x serik2 lg ke psl covid hr tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg sedia bodoh atau saja membodohkan diri supaya nampak tak cerdik. Secara fitrahnya mmg dia ni tak pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok dihantar ketapi ni ke lahad datu sana, berperang dgn pilipin
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 23-9-2020 05:24 PM
warisan sabah kalah sbb ketapi ni la... mulut laju cam ketapi tapi akal mcm siput babi..

Pendek,tepat,padat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Senjata makan tuan..Jadilah pakcik bawang hangus digoreng pengundi
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 23-9-2020 09:34 PM
Elok dihantar ketapi ni ke lahad datu sana, berperang dgn pilipin

Mmg lahad datu pun dia. Segama dalam daerah Lahad Datu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketapi ni mohon maaf tapi jawapan masih ego melangit. Semoga mampos cepat. Kenapa la ada yang calonkan manusia2 bodoh macam ni? Rasanya ramai je lagi manusia berkaliber di sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali kena ingat kerana mulut, badan binasa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.400644 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list