CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Bubar Parlimen jalan terbaik. Yang melompat tetiba sokong PH tentu kecewa hehehh

[Copy link]
Post time 24-9-2020 09:53 AM | Show all posts
sam1528 replied at 23-9-2020 10:08 PM
Amacam kalo YDPA tak mau bubar parlimen?

Kena ingat , Wak Yiddin dah tipu YDPA kononnya dia cukup ...

pehhal Muhyiddin tipu YDPA plak nih? haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 09:58 AM | Show all posts
bubar abah kau....tak ada pun number bong nuat ni....saja saja announce utk meraih undi di sabah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 10:09 AM | Show all posts
aku dah lama tak mengundi sejak zaman ibrahim katak lompat parti, buang masa je korang beratur kat pusat mengundi, esok lusa ahli palitik pilihan korang tu lompat parti, jadi bebas la, keluar parti la mcm-mcm hal. ahli politik ni mcm lalang sekali kena tiup sekali berubah. ahli politik lebih kepada nak selamatkan karier masing-masing dan jaga perut masing-masing je, tgk isu yg dibangkitkan di parlimen sudah, isu yang ulang-ulang tak berkesudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 10:14 AM | Show all posts
Simunggu replied at 24-9-2020 09:58 AM
bubar abah kau....tak ada pun number bong nuat ni....saja saja announce utk meraih undi di sabah..

mmg tadak pon.
saja nak gertak penyokong2 penyamun mcm uol je
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 10:19 AM | Show all posts
Nuar claim geng BN ramai join dia....tak kan geng2 yg tgh ada kes mahkamah kot....mau kena hantam balik dia nanti ambik geng2 yg ada kes mahkamah.....aku dok check berita online dr semalam.....x announce lagi nuar jd PM.....PM tepi je la nuar
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 11:05 AM | Show all posts
bangcak replied at 24-9-2020 10:14 AM
mmg tadak pon.
saja nak gertak penyokong2 penyamun mcm uol je

nampak betul siapa hati jahat & penyamun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2020 11:06 AM | Show all posts
bangcak replied at 24-9-2020 10:14 AM
mmg tadak pon.
saja nak gertak penyokong2 penyamun mcm uol je

nampak betul hati hitam mcm penyamun, menyusahkan org & ekonomi negara
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 11:35 AM | Show all posts
duit kerajaan dh makin susut, covid makin banyak kes, sibuk plak nk buat pru..

lahanat sungguh perangai manusia yg pentingkan diri nih.. babi tonyok pon lg suci murni dari puak2 nih.. kemaruk pangkat punya pasal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 12:56 PM | Show all posts
Simunggu replied at 24-9-2020 11:06 AM
nampak betul hati hitam mcm penyamun, menyusahkan org & ekonomi negara

betul tu.
cepat la ke sg buloh.  
anak beranak menyusahkan org.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:41 PM | Show all posts
Mierafaziera replied at 24-9-2020 09:53 AM
pehhal Muhyiddin tipu YDPA plak nih? haha

Laaaa ... bukan ke wak yiddin mati2 klaim kat YDPA yang semua geng bersatu sokong dia

Tengok apa jadik

Tak berani dia buat sidang parlimen bulan Mac

Tarak baca berita ka?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2020 03:12 PM | Show all posts
Jalan keluar, adakan PRU – Ahmad Maslan - Suara Merdeka
KHAIRULANUAR YAHAYA
2 minutes

HANYA pilihan raya umum satu-satunya jalan untuk menyelesaikan kemelut politik berpanjangan di negara ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kedudukan kerusi antara parti pemerintah dan pembangkang iaitu 113 di pihak Perikatan Nasional dan 109 di pihak Pakatan Harapan Plus merupakan satu keadaan politik yang amat tidak stabil.

Ahmad berkata, kestabilan politik dan juga kestabilan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara.

“Kestabilan politik, ekonomi penting dalam sesebuah negara Kerusi Parlimen 113:109 adalah tak stabil.

“Perlu lebih 130 kerusi untuk tadbir dengan baik. Jalan keluar? Kembali kepada rakyat dengan adakan PRU,” kata Ahmad.

Menurutnya, negara seperti Korea Selatan dan Singapura mampu melaksanakan pilihan raya umum masing-masing walaupun dalam keadaan negara tersebut menghadapi penularan wabak Covid-19.

Negara berkenaan boleh melaksanakan pilihan raya umum dengan berjaya kerana mematuhi prosedur operasi standart yang ketat.

Cadangan Ahmad Maslan itu timbul selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memperolehi sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Anwar dalam sidang media khas semalam berkata, beliau yakin mempunyai sokongan majoriti  ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).

“Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN,” kata Presiden PKR itu.-SM

-SM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2020 03:24 PM | Show all posts
Ahmad Zahid mahu akhiri kebuntuan politik

KENYATAAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau tidak dapat menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO dan BN yang mahu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bermakna Presiden UMNO itu menyokong Presiden PKR membenuk kerajaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil berkata, keputusan Presiden UMNO semalam adalah suatu langkah yang bijak dan betul ke arah pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya umum baru secepat mungkin.

Tindakan Ahmad Zahid itu juga untuk mengakhiri kebuntuan dan ketidakstabilan politik dan ekonomi yang kita hadapi sekarang demi kepentingan rakyat dan negara.

“Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa, sama ada menyokong Anwar atau menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional. Bukan bermakna beliau atau UMNO menyokong pembentukan kerajaan yang baru dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Sebab jika ahli-ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan atau menjadi berkecuali, maka Anwar masih tidak boleh jadi Perdana Menteri secara automatik,” kata Isham.

Menurutnya, reaksi rakyat dan pasaran terhadap pengumuman Anwar semalam adalah satu simptom yang menunjukkan hakikat bahawa kerajaan yang ada sememangnya tidak stabil dan boleh jatuh pada bila-bila masa.

Katanya, selagi tiada majoriti yang kukuh maka kerajaan mungkin akan bertukar tangan setiap enam bulan dan ketidakstabilan politik akan berterusan.

“Sesiapa pun yang jadi kerajaan dalam situasi ini tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi dan ia akan menerukkan lagi keadaan hidup rakyat.

“Sebab itu dari dahulu saya telah mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan untuk menyerahkan mandat semula kepada rakyat melalui pilihanraya supaya kerajaan baru yang lebih stabil dapat dibentuk,” kata Isham.

Semalam Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan UMNO dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN. Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja.

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar bagi menyatakan hasrat beliau,” katanya dalam kenyataan.

Anwar dalam sidang media khas semalam berkata, beliau yakin mempunyai sokongan majoriti hampir dua pertiga ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.-SM
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:25 PM | Show all posts
R2D2 replied at 24-9-2020 03:12 PM
Jalan keluar, adakan PRU – Ahmad Maslan - Suara Merdeka
KHAIRULANUAR YAHAYA
2 minutes

Semoga dpt hadiah tendangan percuma dr YDPA, hanyut ke mana2 negara lain dia suka...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:30 PM | Show all posts
Aku sebagai rakyat marhaen.. mintakla kat  hangpa2 kat pucuk pimpinan tu.. pikirla sikit kat kami rakyat ni.. nak tarik nafas elok2 pon payah kena pakai mask bagai... COVID di mana2.. ekonomi tengah teruk.. hangpa toksah la berebut nak jadi PM...  tebuk atap ka.. pintu belakang ka.. dia dah pon jadi PM.. biar dia buat kerja dia buleh dak? Biar la negara stabil dulu... hangpa nak buat PRU..  baru kt sabah tu pon dah berapa banyak kluster timbul. Cer pikir kalau 1 Malaysia nak kena gi mengundi. PKP semula la kita jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 04:38 PM | Show all posts
PN pun tgh bgolak...

Najib dengan Zahid katanya-mula dah mengumpat caw dngn duit...

GPS tengah perhatikan PAS, UMNO yg bminat nk btanding PRN Sarawak nnti
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
semua nak pikir kuasa... sudahla.. nnt frontliners jugak yg bertungkus lumus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
gbam replied at 24-9-2020 10:09 AM
aku dah lama tak mengundi sejak zaman ibrahim katak lompat parti, buang masa je korang beratur kat p ...

Aku pikir sama gaks...buang masa siap kena hadap risiko lgk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg vodo yg nk pru skrang... Agung xde kuasa ke nk tolak sesape saje yg kononnye ada majoriti tu, buat masa sekarang sehingga tarikh next pru no more majoriti2 ni kekalkn posisi yg ada ni.. Reason covid so kene fokus tu dulu.. Tkkn xblh ada pengecualian
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 05:35 AM | Show all posts
MissVixen replied at 23-9-2020 10:00 PM
Bubar je la. Pandai2 la ikut sop untuk mengundi. Singapore boleh buat dan berjaya. Kita cuba ikut so ...

Tau pon..
Ummah kafirun dgn tahap penguat kuasaan yg tinggi mampu buat..
Inikan Ummah Isle suci syumul..
Sepatutnya boleh
kalau tak boleh..
....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 23-9-2020 09:56 PM
covid19 tgh mencanak balik nak pru15. kalau hari tu ok masa tgh terkawal. buat sistem undian guna ap ...

US spore pun buat elektion. covid deme lagi teruk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077658 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list