CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12227|Reply: 123

[Tempatan] Makanan tradisi Korea, Kimchi. Rahsia kenapa susah jumpa org Korea gemuk, boroi,

  [Copy link]
Post time 24-9-2020 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Kimchi boleh kuruskan badan!

2-3 minutes



Perasan tak, jarang kita nampak orang Korea gemuk. Ada pun tak ramai lah, tapi secara amnya susah nak nampak orang Korea mengalami obesiti.

Kenapa? Nak kata di Korea tak ada restoran makanan segera, mustahil. Jadi apa rahsia fizikal molek negara K-Pop ini.

Di sebalik keunggulan industri kosmetiknya, kecantikan dan kesihatan orang Korea berpunca daripada apa menjadi makanan tradisi mereka sejak kecil - kimchi.

Kimchi adalah sejenis hidangan Korea yang dibuat dengan cara penapaian (fermentation) daripada adunan sayur-sayuran, lazimnya kobis napa dan lobak dengan serbuk cili 'gochugaru'.

Ada ratusan variasi kimchi yang dibuat dengan pelbagai sayuran lain seperti , daun bawang, bawang putih, halia, makanan laut masin (jeotgal) dan sebagainya.

Selepas digaul bersama, adunan sayuran itu diletakkan di dalam tembikar tanah liat yang kemudian disimpan di dalam tanah dan dibiarkan selama beberapa hari untuk ditapaikan.

Proses penapaian itu menghasilkan pelbagai jenis mikroorganisma yang baik untuk kesihatan badan. Antaranya probiotik yang berkhasiat untuk sistem penghadaman, antioksida yang memperlahankan proses penuaan, selenium yang baik untuk rambut dan kulit.

Satu hidangan 150gram kimchi mengandungi kira-kira 40 kalori, dan kandungan capsaicin dalam cili Kimchi mampu menjana metabolisme badan, sekaligus membantu dalam penurunan berat badan.

Menurut kajian Institut Kajian Sains Nutrisi dan Makanan, Universiti Yonsei di Seoul, diet tradisi Korea yang amnya kurang lemak dan banyak berasaskan sayuran memainkan peranan penting dalam meletakkan negara itu sebagai antara yang paling kurang populasi obes.

Makan banyak sayur, khasiat bakteria baik daripada makanan ditapai, ditambah pula dengan sentuhan kepakaran kosmetiknya. Mana tak 'flawless' 'oppa'.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnye mkn kimchi dgn bubur nasi + tabur ikan tenggiri jeruk masin
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 04:42 PM | Show all posts
kimchi.. oh no.. x bole masuk.. try ari tuh... serius ... x tau lak esok2 try lagi bole plak masuk kan... hahha

eh mana TT tau orang korea xde yg gemuk.. cuma kita je yg dok tgk cite korea hero heron slim 2 je... .. nun kat north korea tu .. yg tgh koma tu.. kan obes juge kan.. lagi lah dikenali seluruh donia.. heheh adoii alamak.. body shame pulak nanti.. larikkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 04:42 PM | Show all posts
masa kecik selalu ikut nenek gi pasar, tanya la dia sayur apa yg dlm tempayan tu?
arwah nenek kata tu sayur jeruk rendam dlm air kencing cina

gua terbayang kimci pun rendam dlm air kencing korea
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 04:44 PM | Show all posts
takleh masuk tekak.. Pernah try beberapa kali yg seoul garden punya.. Bau macam hancing kucing
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 04:47 PM | Show all posts
ntah la...tapi MK rasa penyanyi gangnam style tu debab je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2020 04:48 PM | Show all posts
yg gemuk behind the camera kot..hik hik hik
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 04:53 PM | Show all posts
Proses penapaian itu menghasilkan pelbagai jenis mikroorganisma yang baik untuk kesihatan badan. Antaranya probiotik yang berkhasiat untuk sistem penghadaman, antioksida yang memperlahankan proses penuaan, selenium yang baik untuk rambut dan kulit.---- Teros teringat tapai ubi... sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yapi kalau terlebih2 masalah usus pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk satu docu. Pakar kesihatan Korea pon mngaku Kimchi penyebab utama kanser usus kt korea
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 24-9-2020 04:48 PM
yg gemuk behind the camera kot..hik hik hik

Btl tu Kaka yg gemok mmg belakang tabir je salah satu cth running man tu biler camera zoom staff dorg.ramai jugak yg gems2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 05:44 PM | Show all posts
matryoshka replied at 24-9-2020 04:38 PM
Sedapnye mkn kimchi dgn bubur nasi + tabur ikan tenggiri jeruk masin

mcm mana tu tenggiri jeruk masin???

ada gambar ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 05:45 PM | Show all posts


xdenya aku akan melantak makanan luar hanya kerana populariti.


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku dan anak2 peminat makanan korea
Tambah2 jigae..yg tofu punya la plg fav..weekend je msti gi korean resto. Aku la yg mula2 ajak tak tahan daulat tgk drama kan teringin nk rasa. Sekali rasa terus laki aku jatuh cinta. Lagi sedap dr masak lemak cili api asam pedas semua dia kata. So aku rasa harapan aku utk p korea nnti cerah hahaha sbb bab mkn kira pass dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cikpah27 replied at 24-9-2020 04:44 PM
takleh masuk tekak.. Pernah try beberapa kali yg seoul garden punya.. Bau macam hancing kucing

Sebab bau peraman tu...sbb tu bau gitu..iols tak berapa boleh sgt dgn cili korea ni..terkejut perut aku...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 24-9-2020 05:57 PM
Sebab bau peraman tu...sbb tu bau gitu..iols tak berapa boleh sgt dgn cili korea ni..terkejut peru ...

Samalah.. cili korea ni rasa mcm sambal atau lada tak masak. Rasa mentah. Tp kalau lauk mcm beef bulgogi tu boleh tahan sedap jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimci memang sedap,tapi bole tahan masin jugak kadang tu,tak semua tempat bole serve kimci yang sedap
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah cuba 3 jenis je - baechu, kkakdugi & chonggak. Baechu mmg aku xleh. Lg 2 tu leh la lg tp sikit2 je la. Aku plg suka danmuji.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde penuan? Depa kn kuat bedah plastic mmg x tua. Keluar tv kenala jaga body.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyeke korea xbyk gemuk?? Selebriti dyorg mmg r kurus elok sedap mata memandang...yg marhaen pun cenggitu gak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076662 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list