CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1971|Reply: 18

[Tempatan] Pemuda PKR (AMK) AMK saran Muhyiddin lepas jawatan PM macam Mahathir

[Copy link]
Post time 25-9-2020 10:09 AM | Show all posts |Read mode
AMK saran Muhyiddin lepas jawatan PM macam Mahathir

https://www.malaysiakini.com/news/543993

Diterbitkan Hari ini 10:04 am



Pemuda PKR (AMK) berpendapat Muhyiddin Yassin wajar mencontohi langkah diambil Dr Mahathir Mohamad dengan melepaskan jawatan perdana menteri selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota parlimen.

Naib Ketua AMK Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata Mahathir melepaskan jawatan sebaik saja menyedari dia tidak lagi mendapat kepercayaan dalam kalangan anggota parlimen pada akhir Feb lalu.

Katanya, pendedahan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan ada ahli parlimen BN kini memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim membuktikan Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti sebagai perdana menteri.

"Muhyiddin perlu melepaskan jawatan perdana menteri secara terhormat setelah terbukti dia hilang sokongan majoriti.

"Dia perlu mencontohi mantan perdana menteri yang meletakkan jawatan bagi membolehkan pihak istana melakukan proses berikutnya," kata Syed Badli Shah dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin Anwar yang juga presiden PKR mengumumkan dia kini memperoleh jumlah yang kukuh untuk membentuk kerajaan selepas sejumlah ahli parlimen memberikan sokongan kepadanya.

Kata ahli parlimen Port Dickson itu dia sepatutnya mempersembahkan nama-nama tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong namun pertemuan tersebut perlu ditangguhkan apabila baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara.

Mudahkan proses peralihan

Pengumuman berkenaan disusuli dengan kenyataan Ahmad Zahid yang mengakui tahu ada beberapa ahli parlimen kini berada bersama Anwar dan tidak dapat menghalang mereka berbuat demikian.

Untuk rekod pada akhir Feb lalu Mahathir melepaskan jawatan selepas Muhyiddin membawa Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan sejumlah ahli parlimen PKR pula berpaling tadah untuk menyokongnya.

Ia membawa kepada peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri selepas menyedari dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Ia sekali gus mejatuhkan kerajaan PH yang baru 22 bulan sebelum itu diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi pentadbir negara.

Melalui perakuan berkanun yang ada pada Muhyiddin sebagai bukti sokongan yang ada padanya, ahli parlimen itu kemudian mengangkat sumpah menjadi perdana menteri.

Namun pelbagai pihak sangsi terhadap keutuhan kerajaan berkenaan kerana Muhyiddin mendapat sokongan sangat tipis di parlimen dan ia tidak pernah diuji melalui undi tidak percaya yang dibawa ke Dewan Rakyat.

Syed Badli Shah berkata kenyataan Ahmad Zahid itu menunjukkan Muhyiddin kini tidak lagi layak bergelar perdana menteri.

Katanya pengumuman Anwar yang mendakwa dia mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan juga menunjukkan Perikatan Nasional tidak lagi boleh berfungsi sebagai sebuah kerajaan.

"Justeru Muhyiddin perlu meletakkan jawatan perdana menteri dengan cara yang terhormat bagi memudahkan proses transisi kerajaan," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk ckp satu je.....

Semua giler kuasa.....pikir tembolok sendiri je....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
paling byk bunyi sebenarnya tin kosong
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:28 AM | Show all posts
Hellehh....ko yang bercakap pun sama jugak gila kuasa. Tak dapat title dalam lantikan politik, terus resign...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:47 AM | Show all posts
jenis gila kuasa mcm tu xleh percaya....
selagi x PRU asik meratib MANDAT ajelah,

tengoklah contoh PRU sabah baru2 ni ,lagi la diorg lantang meratib pasal mandat...pasal rakyat sabah dah x sokong kerajaan yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:59 AM | Show all posts
kita ni tengah fasa pkpp tengah melawan covid, ekonomi tak stabil sibuk la nak berebut kuasa..selfish much la diorg ni. takleh ke tunggu masa sikit PRU nanti.bukan lama sangat pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2020 01:04 PM | Show all posts
Satu dunia orang sibuk cari vaksin.  Dia sibuk dengan kuasa.

Selesaikan satu-satu boleh?  Lainlah kalau TSMY tak function.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepatla gubal akta lompat parti..sapa lompat potong kotey..lepas tu pru15...kalu lompat melompat masih berlaku x de maknanya pru. Nanti suap sana suap sini..rajuk sana rajuk sini..melompat2 jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya bagi perumpamaan.....Atok hilang kuasa sbb geng sendiri yg blah depan mata

Abah Mahiaddin plak blom dibuktikan hilang kuasa,  sekadar sembang Bangnon tanpa bukti jadah apa nk kena ltk jawatan....

Tgulah YDPA terima ngadap dulu dan kalau YDPA  dh berjaya diyakinkan, step kedua Abah Mahiaddin plak akn dipanggil ngadap
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 01:15 PM | Show all posts
tak fhm betullah mentaliti2 pak menteri sekrg ni....sanggup tu memalukan diri sendiri demi meraih perhatian rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg silap besar dok kluarkan peliwat dr jail haritu. Elok meringkik je dlm penjara ritu... ni sbbkan dia, huru hara negara... haritu dok merempan meroyan dok tanya atuk bila nak serah jawatan PM ke dia... skrg ni dok meroyan merempan i have the numbers... mmg cilaka betul
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
2x5
5x2
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu abah Din  sumbat balik ketum dlm jel.biarkan dia mereput disana
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial la politik melayu ni..tgk cina bersatu sampai byk kerusi parlimen.gua rasa elok bagi cina je jadi PM baru padan muka semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tindakan Syed Badli tidak berdisiplin - Tian Chua
Oleh Dawn Chan
July 27, 2018 @ 4:17pm


SHAH ALAM: Tindakan Syed Badli Shah Syed Osman melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkuat kuasa serta-merta, hari ini, dianggap tidak berdisiplin.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada PKR Selangor untuk menanganinya.

"(Syed Badli Shah) Beliau adalah ciku (pemimpin kecil) dan tindakannya mencerminkan perbuatan tidak berdisiplin. Dalam lantikan politik Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kami harus memenuhi permintaan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH).

"Kami perlu membahagikan lantikan ini dengan melihat keperluan keempat-empat parti (PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara). Ia bukan mengenai PKR semata-mata hanya kerana kita adalah kerajaan PH.

"Tidak dinafikan ada beberapa pendapat berlainan kerana setiap parti mahu orang parti masing-masing yang dilantik. Mustahil Syed Badli Shah tidak tahu proses pelantikan Ahli Majlis PBT," katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

Chua berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Syed Badli Shah, yang meletak jawatan serta-merta, selepas tidak berpuas hati dengan pengagihan lantikan politik di Selangor yang dikatakan berat sebelah dan memohon campur tangan kepemimpinan PKR Pusat.

Syed Badli Shah dilaporkan berkata, ada beberapa pemimpin PKR Selangor semakin merosakkan parti itu dengan amalan kronisme dan nepotisme, sedangkan ia seharusnya membawa wadah perjuangan reformasi.

Beliau juga menyelar sikap segelintir pemimpin Keadilan Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

Chua berkata, perasaan tidak puas hati Syed Badli Shah itu mungkin berpunca apabila beliau tidak dilantik sebagai Ahli Majlis.

"Anda tidak boleh mengadukan perkara ini apabila anda tidak mendapat jawatan. Anda tidak boleh kemudian mendakwa tidak ada demokrasi dalam PKR dan membawa perkara ini ke pengetahuan media. Beliau tidak patut berbuat demikian.

"Senarai nama Ahli Majlis diputuskan berdasarkan kepada persetujuan semua pihak dan menjadi amalan selama ini.

"Kami harus memuaskan hati semua orang tidak kira sebagus mana seseorang itu. Kami (PH) dan Zuraida (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR) sudah berjanji supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan kerana ia adalah cara untuk menyelesaikan masalah ini pada masa depan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa Kata kau cadangkan ketua engkau tu Lepas jawatan dia sbg presiden PKR dulu Dan gantikan dgn ahli PKR yg lebih relevant?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Braindead pya politician. Harap mati kn covid.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
geng2 penyamun dah mula kepanasan ..   

tapi tak dapat 15 , dapat 3 pun dah cukupp .

;



Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau akta lompat parti kena potong kote, yang betina nak potong apa? Bijik kelentit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069143 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list