CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2493|Reply: 22

[Tempatan] POLIS-Rakyat negara jiran dijangka akan buat kacau di PRN Sabah esok

  [Copy link]
Post time 25-9-2020 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 25-9-2020 06:30 PM

PRN Sabah: Rakyat Negara Jiran Sembunyi Di Pulau Berhampiran Sebelum Masuk Sabah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat bahawa rakyat negara jiran kini bersembunyi di pulau-pulau berhampiran Sabah disyaki cuba mengganggu proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, esok.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pulau yang dijadikan lokasi persinggahan itu berada di luar wilayah Malaysia, dengan yang paling hampir ke perairan Sabah terletak dalam jarak lima batu nautika atau kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan bot.

“Mereka disyaki menggunakan bot berkapasiti 40 hingga 50 orang bagi setiap bot untuk bergerak. Sekarang ini mereka berada di pulau-pulau berhampiran tetapi pasukan kita (pasukan keselamatan negara) sentiasa mengawasi pergerakan mereka.

“Mereka dikesan cuba melepasi kawalan pasukan keselamatan negara dengan menunggu waktu yang sesuai untuk masuk ke sempadan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata beberapa percubaan memasuki perairan Sabah oleh rakyat negara jiran itu berjaya dipintas dan dihalang melalui tindakan bersepadu pasukan keselamatan.

“Kawalan ketat sempadan negara terhadap kemasukan warga asing telah dimulakan sejak sebelum PRN Sabah lagi iaitu bagi membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau juga berkata tindakan peningkatan aset pasukan keselamatan termasuk Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sudah dilaksana oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dengan koordinasi bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Semalam, Bernama melaporkan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah adalah terkawal dengan sejumlah 7,600 pegawai dan anggota polis diatur tugas untuk memastikan PRN Sabah berjalan dengan baik.

Seramai 1,700 anggota pula ditugaskan menjalankan kerja hakiki polis manakala 1,700 lagi dikerah untuk mengawal keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

Selain itu, sebanyak 73 pasukan telah ditubuhkan yang terdiri daripada 1,276 anggota dan pegawai serta dibantu 570 orang dari pelbagai agensi lain bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.

Sebelum ini, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang dipetik sebagai berkata pasukan itu mempertingkat kawalan keselamatan di Sabah bagi melancarkan proses PRN berikutan terdapat dakwaan mengenai kemasukan migran dari negara jiran ke Negeri Di Bawah Bayu itu.

https://siakapkeli.my/2020/09/25/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmm kenapa nak kaco? Ada keuntungan ker? ... Baik kaco pemimpin filipin sana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng suluk la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 06:50 PM | Show all posts
bodoh punya pilak suluk lanun sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
marla69 replied at 25-9-2020 06:31 PM
Hurmm kenapa nak kaco? Ada keuntungan ker? ... Baik kaco pemimpin filipin sana.

diaorg nk gie mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:12 PM | Show all posts
jgn buang masa tangkap dan sumbat dlm jail.....tp tembak sampai mati jer......bila lagi nak habiskan stock peluru lama.....geng2 suluk ni target mudah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2020 09:19 PM | Show all posts
tembak sampai karam je. daripada nak kena tangkap, hantar pulang dan ulang sampai abang Jamil mampos. baik guna sepasang testis yang ada kat celah kangkang tu dan tembak je PATI2 ni esok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembak je la... Lagi nak bagi muka dekat lanun ni buat apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
so, mat ketapi tak nak komen pape ke pasal ni? kot nak join ops ke, apa ke.........
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelipinlah kalau gini
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
So kerahkan la segala tentera komando polis bagai jaga pastu tembak mati je penyangak2 tu
Jangan bagi peluang langsung
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 25-9-2020 06:53 PM
diaorg nk gie mengundi

Iye iye jer lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
betul tembak je, buat jenayah kot. tak payah belas kesian sampai buang masa duit menanggung penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ke tembak je penceroboh macam tu?? Nampak je terus tembak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng sulu ni org Shapie Bedal
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembakkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Austronesian replied at 26-9-2020 11:59 AM
Geng sulu ni org Shapie Bedal

Yang dulunya penyokong kuat Umngok BN.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
So, mana mereka? Ternyata pitenah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semudah tu nak ditembak, lama dah diorang tembak. Haha. I wish for that too. I rasa pasukan keselamatan kita ada peringkat peringkat kan. To shoot and fire would be the last. Ke tidak..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada kekacauan ke belum?tanya jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.108711 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list