CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1690|Reply: 18

[Tempatan] Imbasan berita. TDM-Masa Februari lepas pun DSAI pernah dakwa ada majoriti tapi

  [Copy link]
Post time 25-9-2020 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Anwar pernah dakwa ada majoriti tapi sebenarnya tiada - Tun Mahathir
Astro Awani
September 25, 2020 21:03 MYT

LANGKAWI: Dakwaan yang dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa dirinya cukup sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri pernah dilakukan pemimpin terbabit ketika krisis politik yang berlaku pada Februari lalu.
Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sepatutnya mencalonkan namanya sebagai Perdana Menteri ketika diminta Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian masing-masing.
[b]Malangnya, katanya ketika itu semua sokongan itu telah beralih kepada Anwar yang telah mendakwa bahawa dirinya memiliki sokongan yang cukup untuk dilantik bagi jawatan berkenaan yang menyebabkan kedua-dua mereka tidak memperoleh sokongan majoriti dari Ahli-ahli Parlimen PH.

"Dia dulu pernah buat dakwaan dia ada majoriti tetapi akhirnya tidak ada, pada masa kita. Selepas saya letak jawatan dan Agong minta supaya kita nyatakan pendirian, sekali lagi dia nyatakan kepada PH dia punyai majoriti.
"Pakatan Harapan patutnya beri nama saya tapi oleh kerana dia anggap dia dapat majoriti, Pakatan Harapan bagi namanya, tapi tak cukup, memang tak ada majoriti," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menjelaskan beliau pada masa itu telah mencadangkan untuk mewujudkan gabungan kerajaan yang diwakili semua parti termasuk kumpulan profesional, namun cadangan itu ditolak sesetengah pihak.
Tegas beliau, jika cadangan terbabit menjadi kenyataan, ianya akan membentuk sebuah pentadbiran dan kerajaan yang amat baik dan stabil terutama dalam mendepani situasi yang dilalui ketika ini khususnya membabitkan penularan wabak COVID-19.

"Saya cadangkan (ketika itu) kita adakan kerajaan yang mewakili (semua parti), kita boleh pilih orang termasuk ahli-ahli profesional yang bukan ahli politik pun kita boleh masuk dalam kerajaan.
"Itu cadangan saya tapi malangnya ditolak, kalau kita terima syarat itu saya ingat di waktu keadaan tidak menentu ini, satu kerajaan yang wakili semua pihak boleh menyedarkan kestabilan negara," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Program Sembang Santai bersama penggerak pelancongan dan pengusaha hotel di Kuah, Langkawi pada Jumaat.
Anwar dalam satu sidang media tergempar di Kualu Lumpur pada Rabu, menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
Presiden PKR itu turut mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang macam apa lagi... Masih dok belit2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
penyakit i have number ni.. Rupanya bukan pada bulan September sajok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sokongan yg berubah rubah tak boleh nak dibawak ketengah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-9-2020 12:02 AM
penyakit i have number ni.. Rupanya bukan pada bulan September sajok.

sebenar apa pun x ada ...
tapi dia saja mereka  bukan2
saja dok buat gempak
habis satu malaysia dgn menterik2 semua percaya temberang dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 26-9-2020 12:22 AM
sebenar apa pun x ada ...
tapi dia saja mereka  bukan2
saja dok buat gempak

Hahaha.. Kelakarnya penjilat dia prcaya tau yg UMNO jilat anwar ni.. Ngeh2..mmg perangai dia dari dulu.. Menipu mcm kes dia claim yg ada pekebun meninggal kat Baling sebab kebuluran.. Bila check menipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2020 12:36 AM | Show all posts
Elok korang berdua ni bersara lah dari politik.. Balik2 muka 2 orang ni berlakon drama politik Malaysia........... Yang sorang dah janji nak bagi jawatan PM, sudahnya kawan tu meroyan sekarang sebab kena game..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-9-2020 12:30 AM
Hahaha.. Kelakarnya penjilat dia prcaya tau yg UMNO jilat anwar ni.. Ngeh2..mmg perangai dia dari  ...

itu laaa
semua melompat bila dia kata ada number nak jadi pm

padahal dia trigger je
penipu tapi berjaya buat semua org kelam kabut
kelam kabut utk nothing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 26-9-2020 12:50 AM
itu laaa
semua melompat bila dia kata ada number nak jadi pm


Hahaha...aku mmg dah dari awal tak percaya.. Sian tau penjilat PH..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 26-9-2020 12:36 AM
Elok korang berdua ni bersara lah dari politik.. Balik2 muka 2 orang ni berlakon drama politik Malay ...

Yezaaaa.. Walaupun aku suka Tun M.. Tapi dia patut berundur terus.. Tgk mcm Pak Lah.. Relax2 ja bersara.. Tapi syg dia join balik..skrg.. Dia mcm2 kena troll.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah Agong sakit jantung sebab pertemuan yang bakal diadakan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 02:40 AM | Show all posts
Tak abis2  "I have number" dia
Kaki temberang!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 02:42 AM | Show all posts
highcastle replied at 26-9-2020 12:36 AM
Elok korang berdua ni bersara lah dari politik.. Balik2 muka 2 orang ni berlakon drama politik Malay ...

Ya, 2 makhluk ni mmg patut bersara, layan cucu cicit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang muhung x yah kna bayaq pon
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-9-2020 01:00 AM
Yezaaaa.. Walaupun aku suka Tun M.. Tapi dia patut berundur terus.. Tgk mcm Pak Lah.. Relax2 ja be ...

At least dia berjaya tumbangkan najib. Berbillion hasil rompakan berjaya dituntut semula.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tahu dia ada majoriti tidak , bagilah dia jumpa Agong . Awatt nak sekat2 .     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 26-9-2020 05:06 PM
At least dia berjaya tumbangkan najib. Berbillion hasil rompakan berjaya dituntut semula.

Whatever.. Bla.. Bla.. Bla.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-9-2020 01:00 AM
Yezaaaa.. Walaupun aku suka Tun M.. Tapi dia patut berundur terus.. Tgk mcm Pak Lah.. Relax2 ja be ...

Pak Lah OK lagi ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.156179 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list