CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8121|Reply: 105

[Tempatan] Pekerja tempatan baru keja sejam dah cabut.Peniaga Selangor Masih Perlu Pekerja

  [Copy link]
Post time 26-9-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 26-9-2020 10:59 AM

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tiga bulan selepas Selangor mengharamkan warga asing  bekerja di pasar basah, para peniaga mahu tindakan itu ditarik balik kerana kegagalan untuk menggantikan mereka dengan pekerja tempatan.

Dari Ampang hingga ke Petaling Jaya (PJ), peniaga yang membuat gesaan itu berkata, pengharaman sedemikian menyukarkan mereka untuk memulihkan perniagaan yang terjejas teruk akibat ekonomi negara yang menjadi perlahan kerana COVID-19.

Paling menyakitkan hati, mereka dikehendaki untuk terus membayar gaji pekerja asing yang masih memegang permit kerja yang sah, meskipun diberhentikan. Jika peniaga tidak berbuat demikian, mereka menangung risiko sekiranya pekerja asing mereka itu ditangkap bekerja secara haram.

Pekerja Malaysia yang difikirkan dapat menyelesaikan masalah pengharaman pekerja asing, kebanyakannya tidak datang memohon kerja di pasar basah. Jika pun datang, mereka tidak bertahan lama.

Banyak cerita kurang enak mengenai pekerja tempatan ini. Ada yang kerja tak sampai sejam, seperti yang dikongsi peniaga ayam, Lim Ah Suan.

“Dia pergi tandas dan selepas sejam, kami tak nampak lagi muka dia, " katanya, bercerita tentang salah seorang pekerja tempatan yang diambil bekerja untuk gerainya di Pasar Basah PJ Old Town.

“Dalam masa 10 hari, enam orang dah cabut, " katanya, sambail ketawa.

Di belakangnya, ada dua orang sedang sibuk memotong ayam. Pantas betul mereka menghiris isi ayam, mengasingkan tulang dan boleh dilihat darah haiwan itu meleleh ke atas lantai. Kerja yang agak berat, perlu teliti ketika menggunakan pisau yang tajam dan bekerja dalam bangunan tanpa penyaman udara.

Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk mengharamkan pekerja asing dari pasar basah mulai 19 Jun. Ini sebagai menuruti langkah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPK)  dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ekoran berbelas kes COVID-19 dikesan berpunca daripada peniaga dan pekerja asing di pasar basah.

Pengharaman itu hanya dikuatkuasakan ke atas peniaga kecil, termasuk yang berniaga di pasar basah, sementara peniaga di pasar borong dan pasar raya dikecualikan.

“Apa yang kami katakan, semua peniaga mesti menggunakan pekerja tempatan. Mereka tidak boleh menggunakan warga asing sebagai pembantu mereka, " kata Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru

Sim King Pak, penjual sayur di pasar pagi Ampang berkata, perniagaannya terjejas kerana beliau tidak mampu menyimpan sebanyak mungkin hasil barangan dari Pasar Borong KL ke Ampang.

“Tanpa bantuan, kami hanya ada sedikit barangan untuk dijual. Macam mana nak buat keuntungan?" tanya beliau.

Banyak kali juga beliau cuba mengambil orang tempatan untuk bekerja dengannya tetapi akhirnya mereka akan berhenti kerja.

Chong Tek Keong, Presiden Persekutuan Persatuan Penjual Sayur Malaysia berkata, peniaga di Pasar Borong KL yang dikecualikan daripada pengharaman itu juga berhadapan dengan masalah yang sama.

“Ramai yang berhenti. Selepas dua atau tiga bulan, ketika kami mahu buat kontrak untuk mereka tandatangani, mereka berkata, 'Maaf boss, saya terpaksa balik kepada pekerjaan lama saya, " katanya yang juga mempunyai perniagaan di Pasar Borong KL.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, rakyat Malaysia boleh melakukan kerja di pasar, selagi mereka ditawarkan insentif serta faedah kerja.

Sementara itu, Datuk Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen memberitahu Bernama, keputusan untuk mengharamkan pekerja asing yang mempunyai permit kerja yang sah daripada bekerja di pasar basah tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan.



MASIH MENUNGGU

Akur terdapat kekurangan tenaga pekerja oleh sektor yang bergantung kepada pekerja asing, Kerajaan Persekutuan mula melonggarkan sekatan sejak beberapa bulan lalu.

Kementerian Sumber Manusia membenarkan pekerja asing yang diberhentikan untuk bertukar majikan, sekiranya mereka dalam sektor yang sama dan jika usaha majikan untuk menggaji pekerja tempatan, gagal.

Bagaimanapun, ini kemungkinannya tidak melibatkan peniaga kecil yang mengambil pekerja asing selagi kerajaan tempatan enggan menarik balik pengharaman ke atas warga asing.

“Tidak ada keharmonian dasar antara (peringkat kerajaan), " kata Shamsuddin. " Pasaran di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan dan mereka yang membuat peraturan."

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan peniaga untuk mempersiapkan diri untuk masa depan dan untuk modernisasi, termasuk berurusan dalam talian.

Beliau memberi amaran, keadaan tidak akan kembali kepada sebelumnya, dalam masa terdekat.

“COVID-19 tidak akan lenyap dalam tempoh masa terdekat. Peniaga perlu menyesuaikan diri," katanya.



Diterjemah oleh Melati Mohd Ariff

BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1882406

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang enak sebab pekerja tempatan atau kurang enak sebab kena bayar gaji mahai
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku part time RM5 kena kerja sejam. Aku bagi RM5 kalau belikan lunch pun ramai ngelat. Beli lunch ni orang bagi RM2 je
Memang malas pun. Ingat senang ke nak buat duit dari rumah, kena merantau dulu isi ilmu di dada. Baru menjadi


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:08 AM | Show all posts
Tokey Ayam ni,dah la bayar secara tertunggak sebulan,lama tu nak tunggu.

Tu pasal kalau boleh nak kebas terus duit gaji,sebab pekerja tak tahan sebab jadi macam hamba abdi,alasan,pekerja cabut lari.

Buat peraturan baru,bayar gaji mingguan,tengok berani tak majikan songlap duit gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kite tpakse bgantung dgn rohingya la..bagi dieorg keje tp xpyh byr gaji hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:17 AM | Show all posts
Kena dengar pendapat dua2 pihak mesti ada yang tak betul dimana2 sampai jadi macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ape brg kije motong hayam

bbnu nak keja dlm aircond gaji lebat

baru bleh selpi muncung2 show off pancing

awex wechat
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 26-9-2020 11:17 AM
Kena dengar pendapat dua2 pihak mesti ada yang tak betul dimana2 sampai jadi macam tu

Betul tu. Dengar luahan kedua-dua pihak. Termasuk jugak majikan melayu & india or majikan daripada bangsa2 lain sekali.

Ada tangga gaji ke tak or at least gaji minimum untuk pembantu pasar.

Seloknya ada hitam putih supaya kedua-dua pihak tak menganiaya atau dianiaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tagas at 26-9-2020 11:36 AM

setakat bbnu mulayu ni bazir je amek keje

attitude kelaut merungut keja nak mudah mcm pondan

keja berat sket manjang mc badan sakit bagai


manja hati tisu tak bleh kena tengking sket

baik dok umah main game merempit bagai

perabih duit mak bapak ke pancing makjan2

andartu andalusia kaya

huntung2 dpt jadik bewak idop
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba buat iklan betul2...akunpercaya ada je yg betuk2 nk keje sanggup...ni offer dkt bdk2 mana....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak caya....

Saja je buet cite bg kerajaan tarik balik larang pekerja asing bekerja, so dorang blh byr gaji murah.....


Ramai je org tempatan yg rajin....aku tgok sorang budak jawa ni kerja dgn tokey sawit   .pg pkl 8 dah masuk kerja...balik pkk 6....tak de cuti pun kecuali raya dua hari   .raya haji sari... dah bertahun dia kerja...  gaji rn50 sehari... skrg dah rm60
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:52 AM | Show all posts
tu yg kerja pasar..yg kerja kilang pun sama..
datang kerja sehari, esoknya dah tak datang terus.

datang seminggu lepas tu mc3 hari pun ada...

gaji rm1.5k min kilang aku bagi kat operator.

tah keja cemana drg nak..

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan klise tokey2 malaysia.melayu malas,
Bayar seciput,kerja nak tip top.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:03 PM | Show all posts
Pembahagian kerja., job specialization & specification perlu ada bang,. semua kerja nak kerah satu org buat mmg lari la
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak PKPB iols dah start pegi beli brg basah kt pasar bsr selayang semula, tgk ramai pekerja locals, ade certain kedai iols mmg pelanggan tetap, pekerja yg sama je keje till now (pekerja baru, sbb b4 this warga asing), ok je sampai skrg pekerja tu still keje tak lari2 pun. Alasan je ke tokey2 ni nk pakai juga warga asing sbb nak bagi gaji murah? Menyampah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan aku skrg. Kontraktor pembersihan dah tukar lain. Skrg pakai melayu. Kerja takda laa tip top mcm bangla tapi aku tgok ada sorang tu siap berhinjut2 pun dtg kerja sapu sampah. Mungkin diorg gaji hari. Tak dtg takda gaji.sapa kata melaju malas dan tak leh kerja teruk? Dah laa berpanas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua agenda DAPig nk burukkan pekerja tempatan....mustahil pekerja tempatan semalas ini....

Seawal sblom subuh lagi pekerja tempatan dah bergegas ke Pasar Borong Alor Setar rajin dan tangkas xkanlah kat Selangor sebegini plak jadinya....

Ni mesti salah PeeEsh nih......hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-9-2020 11:50 AM
Aku tak caya....

Saja je buet cite bg kerajaan tarik balik larang pekerja asing bekerja, so doran ...

Tu la menipu je diorg ni..aku tgk kt pasar tani tu gigih je org melayu keje potong ayam ikan semua...dasar bg gaji mcm hamba abdi
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kbyne replied at 26-9-2020 11:08 AM
Tokey Ayam ni,dah la bayar secara tertunggak sebulan,lama tu nak tunggu.

Tu pasal kalau boleh nak ...

Hmmm bayar gaji mingguan?? Ok ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-9-2020 11:50 AM
Aku tak caya....

Saja je buet cite bg kerajaan tarik balik larang pekerja asing bekerja, so doran ...

AKU pun susah nak percaya juga....semata nk balik pekerja asing la tu. ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076382 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list