View: 3661|Reply: 37
|
[Tempatan]
Breaking.Akhirnya Dr Mahathir: Saya tak akan tanding PRU15(Baca boleh,percaya jg
[Copy link]
|
|
Tapi...tapi boboi camna.takdptla jadi PM
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun beliau dipetik Kyodo News berkata akan terus melawan rasuah melalui parti barunya, Pejuang.
"Saya mahukan sedikit masa lagi tetapi saya fikir saya akan berkhidmat hanya untuk tempoh yang pendek.
"Tetapi saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15," kata beliau pada wawancara di pejabatnya di Putrajaya pada Khamis.
Dr Mahathir, 95 tahun memegang rekod sebagai ketua kerajaan paling berusia yang dipilih di dunia selepas PH menang pilihan raya Mei 2018.
Beliau juga merupakan bekas perdana menteri yang paling lama mentadbir Malaysia, selama 22 tahun dari 1981 ke 2003.
Beliau kini menentang kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dilabelnya sebagai "pengkhianat
Dr Mahathir percaya kerajaan baru PN telah mengikut cara lama pentadbiran Barisan Nasional yang didakwanya mengamalkan rasuah.
"Malangnya begitulah. Selama tiga bulan setelah Perikatan Nasional menjadi kerajaan, saya tidak membuat sebarang komen kerana saya ingin melihat prestasi mereka.
"Sayangnya, ia telah berubah menjadi rasuah, membeli sokongan untuk parti pemerintah.
"Walaupun melakukan semua itu, ia hanya ada dua majoriti ahli parlimen," katanya lagi dalam wawancara bersama Kyodo News.
Beliau merujuk sokongan Muhyiddin di kalangan 222 ahli parlimen, yang mana kerajaan PN kini memiliki dokongan 113 anggota Dewan Rakyat
Bagaimanapun, kedudukan Muhyiddin dilihat tergugat susulan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan mencukupi di parlimen.
Dakwaan Anwar itu disokong oleh kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang mengakui "ramai" ahli parlimen Umno telah menyokong Anwar.
Dr Mahathir berkata Anwar perlu membawa hal ini untuk undian di Dewan Rakyat bagi mengesahkan presiden PKR mendapat sokongan mencukupi di kalangan ahli parlimen.
"Saya harap kalau Anwar ada (majoriti) buktikan bahawa dia betul-betul mempunyai cukup bilangan dan kita putuskan perkara itu.
“Tunjuk bukti dan kita sanggup pergi ke Dewan Rakyat nak dengar siapa yang dapat sokongan dan siapa yang tidak mendapat sokongan," kata bekas perdana menteri itu.
Ahli parlimen Langkawi juga tidak menolak Muhyiddin akan mengadakan pilihan raya umum bagi memecahkan kebuntuan politik.
https://m.malaysiakini.com/news/544119?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1C2n4KUXRbk6qYb1N64h23B1-dium5OKSwa0xyaqgOljjMK0LjufY0FqM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takut time buat statement ni dia tgh nyanyok...
esk2 kalau dah pulih....dia akan ckp lain pulak...
HAR |
|
|
|
|
|
|
|
Jap.. Bukan ka.. Dlm masa 3 bulan pertama.. Tun M asyik dok bising tentang khianat..jao.. Ka aku baca kat berita alam bunian |
|
|
|
|
|
|
|
Berehat lah selagi ada umo... Tengok pun penat |
|
|
|
|
|
|
|
X boleh ke dok diam diam kat rumah..jgn kacau pm...pm pm lain dah tercidukk...biarla pm ni buat keja...bukan lama lg pon nak pru |
|
|
|
|
|
|
|
Moga masin mulut Tun nak berehat dari politik........... |
|
|
|
|
|
|
|
Elok laa tu... Lps ni blh tulis buku lg... Memoir bersama Najib...Najib in da house plk... |
|
|
|
|
|
|
|
Diam la ko.. sibuk jg nk bagi statement |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah2an begitulah hendaknya dn rakyat akan berterima kasih dgn jasa bakti Tun selama menjadi PM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Atok dah bleh berehat dalam ketenangan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah tu bukan asal usul dr dia ke tu smpi 22 thn jd pm. Kroni pon kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
creep_bite replied at 26-9-2020 12:20 PM
Elok laa tu... Lps ni blh tulis buku lg... Memoir bersama Najib...Najib in da house plk...
Hahahahahah... |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak pernah kata pun,
saya tak akan bertanding pru15 |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama, apa nama |
|
|
|
|
|
|
|
Berehat la Tun. Abiskan masa bersama hasmah dan cucu2 . Anak2 tu pandai2 nk hidup celaka sgt nk heret bapak dah tua demi nak berkuasa n menambah rete. |
|
|
|
|
|
|
|
kimsa-ra replied at 26-9-2020 02:51 PM
Rasuah tu bukan asal usul dr dia ke tu smpi 22 thn jd pm. Kroni pon kuat.
tak tau..tak tau..tak ingat...apa nama........ |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau jumpa ulau , aku katok mamak ni dulu . |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan bersorak sangat, satgi dia uturn semua nganga |
|
|
|
|
|
|
|
Only foolish will believe him for .... (only god knows how many times already he lied)
Once a liar always a liar |
|
|
|
|
|
|
| |
|