CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 4

[Dunia] COVID-19. New York kembali catat kes baru lebih 1,000 sehari! Kali terakhir ting

[Copy link]
Post time 27-9-2020 11:42 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: New York catat jangkitan lebih 1,000 sehari | Berita Harian
2 minutes

NEW YORK: New York yang pernah menjadi pusat wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), menyaksikan negeri itu merekodkan peningkatan kes jangkitan lebih 1,000 sehari, menurut pegawai tempatan pada Sabtu.

Angka itu tidak pernah disaksikan sejak 5 Jun, berdasarkan statistik diterbitkan Pejabat Gabenor Andrew Cuomo.

"Daripada 99,953 ujian dilaporkan semalam (Jumaat), 1,005 adalah positif," kata Cuomo dalam hantaran dimuat naik di Twitter.

"Adalah penting masyarakat New York untuk terus mengamalkan tabiat asas yang boleh mendorong keupayaan melawan COVID-19 ketika kita sedang bergerak memasuki musim luruh dan selesema.

Kita akan terus memantau data secara rapat dan pastikan masyarakat New York dimaklumkan supaya mereka boleh membuat keputusan bijak untuk diri sendiri serta keluarga masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhannya, situasi kesihatan di New York bertambah baik sejak kemuncak pandemik pada musim bunga.

Restoran di bandar New York yang sebelum ini terhad menjamu pelanggan dalam premis, kini dibenarkan untuk menyajikan makanan di luar bermula Rabu.

Namun, ia berdasarkan kapasiti yang dibolehkan iaitu pada kadar 25 peratus.

Keseluruhannya, AS pada Jumaat merekodkan tujuh juta kes jangkitan COVID-19 sejak pandemik itu tercetus.

Penyakit itu membunuh hampir 205,000 orang di negara itu, menurut angka dikeluarkan Universiti Johns Hopkins. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MAlaysia pun kalau x hati2 x cegah boleh naik tinggi. .....

Eh apa khabar Darsita. ...lama x nampak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada negara boleh lari dari 3rd 4th abd 5th covid waves.... Kecuali yang tinggal small oceania country....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 01:31 PM | Show all posts
New York ni population sama macam Malaysia kekayaan macam seluruh benua Afrika.

What is my point? Tah lah...

Sempat ronda2 Times Square masa early Covid ari tu... not a single person yang aku nampak pakai mask. Masa tu lah...

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.065127 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list