CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4007|Reply: 70

[Tempatan] Jalan Palestin di tengah-tengah Kuala Lumpur, sebagai tanda solidariti kepada pe

  [Copy link]
Post time 27-9-2020 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-9-2020 08:20 AM

Jalan Palestin di tengah-tengah Kuala Lumpur

https://www.malaysiakini.com/news/544281

Diterbitkan Hari ini 3:31 pm
Dikemaskini Hari ini 4:06 pm



Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, nama Jalan Raja Laut 1 yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur kini dinamakan sebagai Jalan Palestin.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam satu hantaran Facebook hari ini.

"Proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin telah mengambil masa yang agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan juga perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

"Pengisytiharan nama Jalan Palestin ini adalah berkuat kuasa mulai 26 September 2020," kata kementerian itu.

Menurut kementerian itu lagi, idea penukaran nama jalan berkenaan tercetus ketika acara Himpunan Hari Al-Quds sedunia yang berlangsung pada Mei tahun lalu.



Majlis perasmian pertukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham A Dahlan yang berlangsung di Menara DBKL, semalam.

Turut menyertai perasmian itu adalah Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Gambar perasmian jalan tersebut turut dikongsi oleh laman Facebok Viva Palestina Malaysia.

Menurut laman Facebook itu, langkah itu dapat memperluas hubungan dua hala antara dua negara dan menegaskan sokongan rakyat Malaysia terhadap Palestin.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebabian apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:48 PM | Show all posts
pasni boleh la gaduh pasal isu Israel-Palestin kat jalan tu sampai kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pasni jalan rohingya pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
patut Ada jalan komunis malaya.sebagai tanda terima kasih memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu ( sindir)
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut wujudkn Jalan Ayam PH sbg menghargai jasa beliau sbg tali barut komunis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersedak aku baca komen angpa ni.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik

solidariti bersama Palestin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok tahan diri tadi kat fb dari komen sbb malas berbalah dgn manusia dungu

Kejadah tukar nama palestin
Tak serik2 kena jajah


Ntah apa2 je

Ok lega skit
Sbb kalau warga forum dungu kecam i leh ignore je
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 06:04 PM | Show all posts
orang Palestin pon bolayan isu kat negara dia nokkk...aman2 je diorang hidup sama macam orang kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wtf la..elok2 Nama orang local sibuk nak namakan negara asing..kalau ikut kesedapan Nama negara, elok Guna Nama Mozambique...sedap je bunyinya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ye, ak sependapat rs mcm erm perlu ke. xkn nk tunjuk solidariti kita kena korbankan nama jln yg sedia ada. knp pilih jalan raja laut, knp x jln yap ah loy, jln chow kit. kita x solidariti enough ke smpai kena bg nama Jln Palestin. ni bkn sbb ak support zionis, tp ak lebih suka heritage asal kita. raja laut kn salah sorg kerabat Selangor, nama melayu. Cukup la Jln Burma, xkn nk semat nama kaum asing kt sini. Ish2, mcm iri pulak bunyi nya. bg ak dr bg nama jln, baik ko bg bangunan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
heran orang mesia ni asal sebut palestin mula la keluar segala simpati empati bagai padahal rakyat palestin sendiri pon tak macam tu..pegi la baca/ tengok video pasal palestine tu..bukan semua tempat berperang macam gaza..ada yang hidup normal buat majlis kawen party2 lagi ..tak sebut lagi yang datang mesia camne
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
habis la sejarah warisan..
pergi letak nama palestine tu nanti dia klaim hak dia pulak.. cukup la letak nama laut cina selatan, habis cina klaim semua laut tu..
bodoh bertingkat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 07:10 PM | Show all posts
Jap i nak tanya, yg ditukar ni hanya "Jalan Raja Laut 1" saja kan? Maksudnya ni hanyalah 1 jalan kecik/lorong yg terdapat di Jalan Raja Laut tu? Betulke kafahaman i ni? Kalau gitu la maksudnya, xderla i kisah sangat asalkan main road tu maintain lagi nama "Jalan Raja Laut"..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa punya idea la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain Palestine, patut abadikan juga nama Xinjiang atas sebatang jln di kotaraya, tanda solidariti terhadap penderitaan ummah Uighur
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice.... Bila mahu letak tanda solidarity keamanan untuk negara lain.. jalan Syria... Jalan iraq.. Jalan afghanistan.. Tidak ber baloi i mahu travel jauh ke KL untuk selfie hanya untuk 1 jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada Jalan Malaysia di Palestine nnt
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EncikRhoma at 27-9-2020 11:02 PM

korang tau ke tak kat mana jalan raja laut 1 tu? bukan jalan raja laut yg utama tu la. Jln kecik je. Tak sampai 500 meter pun. Jln tu pun dah berapa kali tukar nama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.324872 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list