CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 3

[Tempatan] ..PBS tak hadir mesorat tergempar GRS utk lantik CM. Pastikan stok popcorn anda

[Copy link]
Post time 27-9-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PBS tidak hadir, dah mula seni politik lompat di Sabah?
Mesyuarat para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendedahkan PN, BN dan sekutunya sekarang memiliki 41 kerusi DUN dan mahu calon mereka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru hari ini.

Walau bagaimanapun, Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menang tujuh kerusi DUN dikatakan tidak hadir mesyuarat di Hotel Magellan Sutre, Kota Kinabalu tengah hari ini.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin dilihat di hotel itu dan hanya berjalan ke bilik mesyuarat diiringi Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Terdahulu, parti itu diwakili Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor dan pemimpin Umno Bung Moktar Radin antara yang disebut-sebut sebagai calon ketua menteri dan apabila telah diputuskan kemudian, para pemimpin GRS bercadang untuk ke istana negeri bagi mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Sementara itu, sumber juga memberitahu Malaysiakini sebagai tambahan kepada 38 kerusi yang dimenangi GRS semalam, tiga lagi calon bebas yang menang juga akan menyokong kerajaan baru.

Ini memberikan majoriti 41 berbanding 32 kerusi milik Warisan Plus yang diterajui Mohd Shafie Apdal.

Tiga Adun bebas itu ialah Rubin Balang (Kemabong), Ruddy Awah (Pitas) dan Masiung Banah (Kuamut).

Setakat tengah hari ini, GRS masih belum dapat mengesahkan calon ketua menteri mereka.

Dalam hal berkaitan, PBS telah mengeluarkan kenyataan menafikan parti itu bekerjasama dengan gabungan Warisan Plus.

https://cabaidaily.com/pbs-tidak-hadir-dah-mula-seni-politik-lompat-di-sabah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bila KM dh lantik..baru la korang melompat....baru la best citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 09:32 PM | Show all posts
PBS neh jgn main2 ye.abg long kawasan politik sabah. penah keluar masuk bn brape kali dah?kalau kena dgn percaturan atau umngok ngan abahcow lembab sgt. tak terkejut kalau dia sokong warisan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-9-2020 09:32 PM
PBS neh jgn main2 ye.abg long kawasan politik sabah. penah keluar masuk bn brape kali dah?kalau kena ...

Lobaicai siap bukak tered pasal penafian PBS sukung warisan. Aku diam sambil gelak bahak bahak jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.120222 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list