View: 2009|Reply: 15
|
[Tempatan]
Beberapa pusat beli-belah Lembah Klang dah mula buat proses sanitasi ekoran kes
[Copy link]
|
|
Pusat beli-belah Lembah Klang lakukan proses sanitasi | Berita Harian
2-3 minutes
KUALA LUMPUR: Beberapa pusat membeli-belah di dalam sekitar Lembah Klang mengeluarkan amaran kepada pelanggan mereka susulan terdapat individu yang dijangkiti COVID-19, pernah mengunjungi lokasi berkenaan.
Pusat membeli-belah NU Sentral, mengeluar kenyataan mendedahkan, seorang pekerja mereka didapati positif dalam ujian COVID pada kelmarin.
"Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menghubungi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu terbabit termasuklah pekerja pengurusan NU Sentral.
"Kesemua mereka sudah menjalani ujian saringan pada hari berkenaan dan ujian pertama mendapati kesemuanya negatif namun mereka berada dalam kuarantin selama 14 hari," kata pihak pengurusan pusat berkenaan.
NU Sentral turut memberi jaminan kepada penyewa, vendor termasuklah pelanggan bahawa kes berkenaan adalah kes terpencil dan mereka yang berkenaan sudah dikesan untuk tindakan lanjut.
"Kami ketika ini sedang bekerjasama rapat dengan KKM yang melakukan proses sanitasi di keseluruhan pusat membeli belah mengikut prosedur yang ditetapkan pada kelmarin," katanya.
Sementara itu, pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya, berkata pihak mereka sudah melakukan proses pembersihan rapi, sanitasi dan nyah kuman semalam di seluruh kawasan termasuklah di 'touch point' malah akan melakukan pembersihan setiap 45 minit.
"Dengan kerjasama semua kami akan memastikan pemeriksaan penjarakan fizikal akan dilakukan dengan ketat serta pemeriksaan suhu dan protokol keselamatan lain.
"Nasihat kami sentiasa untuk memakai penutup muka dan membasuh tangan selalu," katanya di laman Facebook, selepas seorang kakitangan butik jenama Nike dikhuatiri positif COVID-19 pada Jumaat lalu dan situasi itu menjadi viral.
Pusat membeli berat KL Gateway pula menyatakan, seorang kakitangan di pejabat Menara Suezcap yang menjadi kontak COVID-19 disahkan negatif, namun pihak mereka akan menutup sementara pejabat untuk untuk tindakan lanjut.
"Pusat membeli-belah akan meneruskan rutin pembersihan dan nyah kuman untuk proses untuk keselamatan serta keutamaan semua. Kami memohon maaf atas segala tindakan yang menyusahkan semua pihak," katanya.
Lagi berita mengenai COVID-19
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak masuk mall.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya.. Kena pakai jumpsuit ala2 masuk clean room |
|
|
|
|
|
|
|
hmm jgn la naik tinggi kat kl/sel nie..
pkp lagi skali makin ramai la hilang keje, bisnes semua melingkup
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang latest ada 6 mall kesemuanya. Jadi patuhilah SOP macam kerap basuh tangan atau guna sanitizer dan paling penting penjarakan fizikal. Bab penjarakan fizikal ni dah ramai tak ikut semua nak duduk atau berdiri dekat2 kalau ada yang cuba buat jarak ada pulak yang marah2. Bab face mask dah makin OK sejak hukuman denda dilaksanakan. |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 28-9-2020 03:23 PM
hmm jgn la naik tinggi kat kl/sel nie..
pkp lagi skali makin ramai la hilang keje, bisnes semua ...
Masa video penerangan MRT2 Putrajaya line, takajut akak dapat tahu kl selangor ada 9 juta manusia, 1/3 daripada penduduk malaysia berkuntum bersesak sesak dekat kl jah, haruslah kes covid paling cemerlang gemilang terbilang |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 28-9-2020 03:23 PM
hmm jgn la naik tinggi kat kl/sel nie..
pkp lagi skali makin ramai la hilang keje, bisnes semua ...
Xde pkp dah.kerajaan xde duit. Jgn risau |
|
|
|
|
|
|
|
low yatt belum lg kan..? |
|
|
|
|
|
|
|
choyyy nauzubillah.. 9 juta tu berapa juta je duduk kt high rise apartment.. so spread ke awan jugak taburan penduduk tu kaka takdela berkumpul setempat je gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
harapnya.. penting tuk janakan ekonomi semula esp govt servants yg paling agak stabil sekarang nie. mmg harapkan dorg tuk rancakkan ekonomi balik, so bisnes2 masih boleh bertahan, org2 lain masih ada peluang pekerjaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 29-9-2020 04:59 AM
Xde pkp dah.kerajaan xde duit. Jgn risau
khuennnn....ada apa dgn pkp tuh |
|
|
|
|
|
|
|
actually, from the surface everything look so normal like before the pandemic. and that's the scary part of it. |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 29-9-2020 08:56 AM
harapnya.. penting tuk janakan ekonomi semula esp govt servants yg paling agak stabil sekarang nie ...
Ada pakcik bgtaw.ktnya xde pkp. Sbb kerajaan xde duit. Buat pkp kt satu2 kawasan. Sbb klo buat pkp, xblh byr kt pekerja kerajaan.
Tpi kt fb ramai tuntut pkp... |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah iols pun sanitized bulan 6 ritu..
Aman je rasa slps buat semua tu..
Lps tu deme bagi certificate.. |
|
|
|
|
|
|
|
xde sbb pun..saja je nk sanitize rumah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|