CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11588|Reply: 151

[Tempatan] Cukup atau tidak duit korang lepas moratorium

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BULAN Oktober ini ujian sebenar kita untuk pastikan kita cukup duit atau tidak. Kalau tak cukup, gigit jarilah kami anak-beranak.”

Itulah ayat seorang sahabat penulis sewaktu kami, keseluruhannya seramai lima orang, sedang menghirup teh tarik di sebuah kedai mamak di Bidor, Perak dua bulan lalu.

Dua orang sahabat penulis itu kerjayanya sebagai ‘bos’ iaitu penjual ikan laga yang diternak, manakala dua orang lagi makan gaji dengan syarikat yang terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Perbualan kami pada hari itu bukan berkisar tentang kisah kenakalan sewaktu kanak-kanak yang lazimnya menjadi perbualan wajib ketika mini reunion tetapi perbualan yang lebih berat berhubung soal ekonomi poket sendiri.

Mereka menunjukkan kira-kira perbelanjaan bulanan dan ada antara mereka menceritakan gajinya negatif selepas membayar hutang kereta, rumah serta bayaran wajib pada setiap bulan. Mujur kata mereka, moratorium menjadi penyelamat.

Dua bulan berlalu dan September adalah bulan terakhir pemberian moratorium atau penangguhan bayaran balik selama enam bulan bagi sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap secara automatik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bermula 1 April lalu sehingga 30 September ini.

Menurut data BNM, sehingga 20 Julai 2020, lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93 peratus daripada kesemua peminjam telah mendapat manfaat daripada moratorium bayaran pinjaman yang bernilai RM38.3 bilion. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 243,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS telah menerima manfaat daripada moratorium dengan nilai berjumlah RM20.7 bilion.

Sepanjang tempoh itu, sahabat penulis dan mungkin seluruh rakyat Malaysia mengambil peluang menjadikan moratorium sebagai simpanan untuk memberi sedikit nafas bermula Oktober yang hanya tinggal sehari lagi.

Memerlukan

Bagi yang menganggap moratorium itu sebagai enam bulan bersuka ria tanpa membuat simpanan, maka Oktober bermulanya bulan penjerut leher. Mahu tidak mahu, itulah yang terpaksa dihadapi.

Menyedari kepayahan yang bakal dialami rakyat, kerajaan melaksanakan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang lebih fokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan.

Dua golongan itu adalah individu-individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu. Mereka akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan. Selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

Kedua, individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19. Bayaran ansuran bulanan mereka akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji yang bergantung kepada jenis pinjaman.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas pada 23 September lalu mendedahkan bahawa sebanyak 98 peratus permohonan moratorium lanjutan dan bantuan bank secara bersasar diluluskan.

Sehingga 11 September, pihak bank telah berhubung dengan seramai 1.4 juta daripada dua juta peminjam dan lebih 380,000 daripada mereka telah mengesahkan bahawa mereka memerlukan bantuan pembayaran balik pinjaman, manakala bakinya sedang mempertimbangkan opsyen pembiayaan yang ada.

Muhyiddin melalui perutusan itu juga menggesa orang ramai yang masih belum memohon untuk segera menghubungi institusi perbankan masing-masing bagi membuat permohonan.

Semalam, kami berlima berkumpul semula di sebuah restoran masakan tomyam dan sedikit senyuman terpancar di raut wajah mereka.

“Aku dapat pengurangan bayaran rumah. Jadilah untuk tempoh enam bulan,” katanya.

Selepas enam bulan, bagaimana nasib kita? Adakah kita akan diberi nyawa buat kali ketiga? Persoalan itu kita tinggalkan. Apa yang penting, jangan jadikan berakhirnya moratorium sebagai punca pergaduhan suami isteri yang kesempitan wang seperti yang diungkapkan oleh Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor baru-baru ini.

Nurul Riduan Nor Ashaha ialah Wartawan Premium Sinar Harian

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/103064


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih kan. Susah2 kita, ada yg lagi susah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mora ni tak ada kesan bagi aku.. Sebab mmg aku dah dah clear semua hutang bank bbrp bulan sebelum covid-19 melanda..

Aku pun dpt gaji penuh + baru ni dapat kenaikan gaji..

Jadi aku guna duit lebihan tu dgn membeli belah kat peniaga tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:15 AM | Show all posts
so start next month syok la nak gi holiday..
geng-geng mora dah kurang sikit berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:17 AM | Show all posts
ada mora ke takde mora ke...sama je...bersyukur ada keje...yg terkesan tu..semoga diberikan kemudahan harungi hidup waktu2 covid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-9-2020 11:15 AM
so start next month syok la nak gi holiday..
geng-geng mora dah kurang sikit berjalan

Nak holiday pun takut covid banyak dah semula kat semenanjung ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 11:30 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-9-2020 11:15 AM
so start next month syok la nak gi holiday..
geng-geng mora dah kurang sikit berjalan

Geng mora eh..

Ku amik gak mora, tp start next month br nk bercuti sbb sebelum ni semua tempat sesak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:35 AM | Show all posts
amek jugak mora dulu.. tp duit tu x guna.. buat saving.. now dah abih mora ada duit lebihan.. loan sambung byr mcm biasa blk la.. duit lebihan mora nak renovate umah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 11:37 AM | Show all posts
Biasa je sebab tak ambik moratorium belanja macam biasa sejak Malaysia dilanda covid19
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:38 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-9-2020 11:15 AM
so start next month syok la nak gi holiday..
geng-geng mora dah kurang sikit berjalan

iols pun berharap mcm tu...seblm ni rimas weih mana2 sesak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-9-2020 10:36 AM
Mora ni tak ada kesan bagi aku.. Sebab mmg aku dah dah clear semua hutang bank bbrp bulan sebelum co ...

Payung sikittttt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-9-2020 11:15 AM
so start next month syok la nak gi holiday..
geng-geng mora dah kurang sikit berjalan

iols baru balik cuti2 back to back 2 minggu..nasib baik iols g on weekdays tapi weekend jammed jugak..iols rasa walaupun dah habis mora, orang tetap nak berjalan jugak sebab dah takleh travel obersi..tepu duk rumah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit saving mora ade yg dah keluarkan brg kat ar rahnu.. Suami pulak dpt pampasan dan perkeso.. Bertahan la sementara waktu covid19 ni. Sambil2 duit sale emas simpan.. Thn depan anak bongsu nak msk darjah 1 dah.. Baju sekolah pg petang kn beli.. Duit sekolah agama biasa si kakak seorg je dah rm2++.. Jd standby tuk duit sekolah anak2 sekali la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:47 AM | Show all posts
aku kena ambik mora..sebb company aku potong gaji ..10%.. so start next month gaji da mcm biasa..so byr la komitmen mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:01 PM | Show all posts
kalau yg terkesan tu blh je apply utk extend kann. tp jgn smpai ambik kesempatan pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkesan sangat sebab kami husband & wife kerja bergaji biasa cuma takde extra elaun saja. Then memang ada saving untuk guna incase apa-apa. Kami pun ambik mora. Tapi duit yang sepatutnya bayar loan tu kami simpan. So sekarang after 6 months dah ada lump sum. Rasa confident sikit bila ada cash.

Kami Ikut formula Warren Buffet kalau nak berjaya saving walaupun gaji tak banyak:
1. Saving
2. Pay commitment (debt/loan/insurance)
3. Utilities
4. Groceries & other needs
5. Kalau ada extra baru entertainment atau shopping barangan kehendak

Semoga dipermudahkan menghadapi kesan ekonomi buat semua diluar sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 12:14 PM | Show all posts
alhamdulillah.....wa tarak hutang sama bank
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 29-9-2020 11:40 AM
Payung sikittttt..

Ang jual apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual diri
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bersyukur sbb aku sekeluarga, adik bradik x terjejas dgn covid dan kami pon x ambk mora
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.580288 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list