CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5681|Reply: 55

[Tempatan] Semakin ramai peniaga tempatan pandai buat Luk chup, pencuci mulut tradisional d

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 29-9-2020 11:18 AM

Sekali pandang macam buah tiruan, Luk Chup ‘kena’ selera masyarakat tempatan
September 28, 2020
Faizul Hakimi



Luk chup, pencuci mulut tradisional dari Thailand kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini sekali gus menjadi sumber pendapatan yang agak lumayan bagi pengusaha manisan tersebut.

Juadah berasaskan kacang itu agak unik kerana dibuat dalam pelbagai bentuk menyerupai buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna yang menarik, sekali pandang seolah-olah buah-buahan tiruan.

    “Luk bermakna buah, iaitu merujuk kepada kacang, sementara ‘chup’ pula bererti celup,” jelas seorang pengusaha manisan tersebut yang dikenali sebagai Sakinah Mustapha.

Menurut sumber, wanita berusia 46 itu juga berkata, beliau berhenti kerja sebagai akauntan di sebuah syarikat kontraktor sekitar 2016 bagi mengusahakan perniagaan itu sepenuh masa.

    “Pada permulaan saya hanya mampu memperoleh sekitar RM500 dengan tempahan daripada pelanggan sekitar bandar ini, namun kini pendapatan saya lebih RM1,500 sebulan dengan permintaan turut diterima dari luar Kelantan seperti Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, tempahan yang diterima meningkat pada musim cuti sekolah yang turut menjadi musim perkahwinan kerana selain dihidang sebagai pencuci mulut ketika kenduri, luk chup juga dijadikan buah tangan untuk tetamu.

    “Kebiasaannya pada musim ini saya hampir tidak menang tangan dan terpaksa bersengkang mata selain dibantu dua pekerja untuk menyiapkan tempahan pelanggan yang mencecah hingga 2,000 biji,” katanya.

Jelasnya beliau mempelajari cara membuat luk chup daripada ibu saudaranya Zaleha Abdul Hanan, 55 yang berasal dari Golok, Thailand, ketika berusia 15 tahun.

Harga yang dikenakan pula adalah RM10 untuk setiap 20 biji luk chup dan antara bentuk yang biasa dibuat ialah buah tembikai, pisang, mangga serta sayur terung dan kubis.

    “Pembuatan luk chup melalui proses yang panjang selain menuntut kesabaran yang tinggi dan proses membuat bentuk yang dikehendaki itu agak renyah kerana adunan kacang mudah pecah,” katanya.

Menurut Sakinah, bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat juadah itu ialah kacang kuning atau kacang hijau, agar-agar, pewarna makanan serta air bunga melur.

    “Bagi memastikan inti benar-benar empuk, kacang perlu direndam terlebih dahulu selama empat jam sebelum direbus atau dikukus selama sejam setengah,” kata ibu tunggal empat anak tersebut.

Katanya manisan itu boleh bertahan selama beberapa hari jika disimpan di dalam peti sejuk dan hingga sebulan jika diletakkan di dalam peti sejuk beku.

BERNAMA


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2020 11:18 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:29 AM | Show all posts
dia punya kaler...menjerit kidney...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:32 AM | Show all posts
coloring dia tak lalu nak makan.. sedap ke chuols
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh buat dari mung bean paste kan
Masa pkp aritu iols try buat mung bean paste. Belajar2
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringatlah pulak kuih peria..
Lagi sedap pd selera saya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 11:39 AM | Show all posts
yummy... mana nak dpt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:40 AM | Show all posts
Tak minat nak makan makanan yang manis berkacang apatah lagi banyak pewarna macam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 11:40 AM | Show all posts
Potpouri replied at 29-9-2020 11:32 AM
coloring dia tak lalu nak makan.. sedap ke chuols

kaler dia biasa jer...nmpk berkilat2 tu sbb celup agar2 kalau x salah...
rasa kacang jer la...pernah la beli kt floating market...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2020 11:43 AM | Show all posts
mamapea replied at 29-9-2020 11:40 AM
kaler dia biasa jer...nmpk berkilat2 tu sbb celup agar2 kalau x salah...
rasa kacang jer la...per ...

inti kacang?
dah macam kuih pau


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:46 AM | Show all posts
org malaysia..standard la..apa je yg tak kena dengan tembolok masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah makan dekat Bangkok, sedap.
Kacang hijau dibentuk-bentuk & disalut agar-agar. Inti kacang tu manis, agar-agar tu pejal. Syok la makan sejuk-sejuk, lepas tu cute-cute so boleh masuk mulut sebiji-sebiji.
Rasa kacang tu macam inti angku kuih nyonya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:54 AM | Show all posts
R2D2 replied at 29-9-2020 11:43 AM
inti kacang?
dah macam kuih pau

kacang tumbuk jer...tp disalut agar2...mcm tu la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar cuba tu boleh la, nak ketagih... Tak mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
color menarik btul. tp skdar jamu mata je la. xteringin nk rsa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 29-9-2020 11:32 AM
coloring dia tak lalu nak makan.. sedap ke chuols

nampak ja mcm terang. sebab disapu minyak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 29-9-2020 11:29 AM
dia punya kaler...menjerit kidney...

Iols pun takut tgk heheh
. Iols sayang kidney iols lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 29-9-2020 11:39 AM
Teringatlah pulak kuih peria..
Lagi sedap pd selera saya..

kuih peria tu
spesis ang koo
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:27 PM | Show all posts
terasa mcm melekit2 lak tgk kilat2 camtu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 29-9-2020 12:19 PM
kuih peria tu
spesis ang koo

Hihi..nk oder weekend ni..
Iols x pandai buat kuih peria..
Nk hok kuih peria kcg hijau klate tu..
Xse kuih angkoo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072810 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list