CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18277|Reply: 214

[Tempatan] McD mahu saman netizen dakwa dapat ayam goreng berulat

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 29-9-2020 05:15 PM

McDonald mahu ambil tindakan undang-undang selepas cerita ayam goreng berulat tersebar

McDonald, penyedia makanan segera popular di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu di internet.

Ia berikutan terdapat muat naik di media sosial, yang menyebarkan berita palsu tentang makanan mereka.

Sementara mereka mengakui hak seseorang untuk bebas bersuara, mereka menasihatkan agar orang ramai berhati-hati ketika berkongsi kandungan di internet. Ini supaya tiada reputasi dipersoalkan berdasarkan kenyataan yang tidak berasas dan menipu.

McDonald juga menekankan bahawa rasa takut yang tidak perlu, tidak disebarkan di kalangan orang ramai.

McDonald menjelaskan, kebersihan dan keselamatan makanan menjadi keutamaan dan mereka menjaga kualiti makanan ke tahap tertinggi, menurut standard penyediaan makanan yang ketat.

Dalam kenyataan tersebut juga, McDonald mengatakan bahawa mereka sedang mendapatkan nasihat guaman untuk membawa warganet tersebut ke mahkamah, termasuk sesiapa yang berkongsi dan menghasilkan semula kandungan tersebut.

McDonald tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk langlah perundangan kepada sesiapa yang cuba merosakkan imej dan reputasi syarikat.

Walaupun McDonald tidak menyatakan siapa secara terus, perkara ini pastinya merujuk kepada ciapan @rabbykrabby. Dia sebelum ini telah berkongsi gambar tentang ayam goreng berulat, dikatakan dibeli dari McDonald. Ciapan tersebut telah tular, tetapi telah dipadam beberapa hari kemudian.

Selepas itu, dia telah memuat naik status memohon maaf tentang gambar tersebut. Dia menyatakan bahwa ayam goreng tersebut sebenarnya telah dibeli beberapa hari dan dibiarkan dalam keadaan tidak selamat, sekaligus mengakibatkan ia berulat.

Ciapan memohon maafnya telah dibalas dengan pelbagai reaksi dari warganet. Antaranya memarahinya kerana mengakibatkan rasa takut orang ramai. Malah jika beliau jujur, seharusnya dia terus berjumpa dengan pengurus McDonald cawangan tersebut.

Menyebar berita palsu di internet adalah satu jenayah yang serius, apatah lagi jika memburukkan seseorang.

Bulan lepas, seorang wanita telah ditahan kerana menyebarkan berita penutupan pusat membeli-belah akibat COVID-19 di Facebook. Wanita tersebut mengatakan, dia menerima berita tentang perkara itu dari WhatsApp dan mahu memberi peringatan kepada orang lain.

Dilaporkan bahawa kes tersebut disiasat di bawah seksyen 500 kanun keseksaan, yang boleh membawa kepada penjara sehingga 2 tahun atau denda, atau keduanya jika disabitkan bersalah.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyebar berita palsu, terutama di waktu COVID-19 masih berleluasa. Tidak pasti, jangan kongsi. Salah kongsi, penjara menanti.

https://www.msn.com/en-my/news/berita/mcdonald-mahu-ambil-tindakan-undang-undang-selepas-cerita-ayam-goreng-berulat-tersebar/ar-BB19vZLh?ocid=spartan-ntp-feeds

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2020 02:45 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana pulut santan binasa...kerana mulut badan binasa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 02:57 PM | Show all posts
sedang tggu legal department utk tgk berapa teruk brand damage tu..

serammm nokkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda pasal pergi cari pasal mendapat la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kena. Sebab itu kau jangan gile glem sangat post memacam di socmed guna real akaun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
iols sokong saman..seronok sangat kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la spekuan poromer di tered pasal kes nk, yang sheol hanye hasanah semata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 03:00 PM | Show all posts
selayaknyalahhh........ cash cash cash!!! nk sgat viral khuensttttt
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 29-9-2020 02:51 PM
Kerana pulut santan binasa...kerana mulut badan binasa...


Kena tukar.. Kerana jari.. Badan binasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dapat polulariti yg dicari,siap bonus kehilangan Duit
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:06 PM | Show all posts
Go McDonald.. proceed je action tu eventhough si kaki penyebar fitnah tu dah mohon maaf. Bangsat bodo macam ni makin membiak di Malaysia. Harap jadi panduan pada bangsat2 yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:07 PM | Show all posts
clout chaser. Gigih nak attention.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:10 PM | Show all posts
selayaknya...kasi ajar
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mendapat larrr jari tu gatal sgt.pahni katup je la segala socmed
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:11 PM | Show all posts
saman jeeee..iols sokong..go Mekdi..
kdg2 BBNU ni kena ajar sket...lapar likes sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaa.. padan muka.. netizen twitter mmg attention seekers.. pastu yg retweet pon sama bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman jgn tak saman...ajar sikit org yg suka buat fitnah ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kenyataan tersebut juga, McDonald mengatakan bahawa mereka sedang mendapatkan nasihat guaman untuk membawa warganet tersebut ke mahkamah, termasuk sesiapa yang berkongsi dan menghasilkan semula kandungan tersebut.

Forumer yg copy masuk dlm cari ni angkut jgk sekali
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:21 PM | Show all posts
oh, maksudnya ayam tu bukanlah ayam mcd ye? camtu cash lah sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.097640 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list