CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5180|Reply: 52

[Tempatan] KEMAS akan bukak TABIKA elit utk golongan M40

[Copy link]
Post time 29-9-2020 03:39 PM | Show all posts |Read mode
KEMAS wujudkan TABIKA elit tingkat mutu pendidikan kanak-kanak
Oleh Hassan Omar - September 29, 2020 @ 3:32pm



ALOR GAJAH: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) elit sejajar kemajuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata kertas cadangan mengenainya sedang diperinci sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk penilaian.

Katanya, jika dipersetujui Kabinet, rang undang-undang (RUU) TABIKA itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk kelulusan.

"TABIKA elit ini dicadangkan hanya untuk murid yang ibu bapa mereka mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi kerana yurannya lebih tinggi berbanding TABIKA KEMAS sedia ada iaitu antara RM5 hingga RM25 sebulan.

"Kita tidak paksa ibu bapa menghantar anak mereka ke TABIKA elit ini kerana 10,900 TABIKA biasa masih beroperasi tetapi TABIKA elit menyediakan kurikulum yang lebih baik berbanding yang biasa.

"Jika Kabinet bersetuju, kita akan wujudkan projek perintis di kawasan tertentu khusus untuk ibu bapa daripada M40," katanya selepas menyampaikan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) 2020 kepada 222 pelatih di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Ahmad Kamal Idris Nawawi dan Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional KEMAS, Nor'ein Abdul Shukor.

Pelatih terbabit adalah mereka yang sudah memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan menjalani latihan tiga bulan yang berakhir hari ini bagi melayakkan mereka dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pendidik Masyarakat) Gred S29 kontrak.

Abdul Rahman berkata, TABIKA elit adalah lanjutan daripada kejayaan KEMAS menyediakan modul pembelajaran sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (e-STREAM) yang dilaksanakan di 150 TABIKA KEMAS di seluruh negara.

"Modul itu diterapkan dalam konsep kelas pintar dalam pembelajaran awal kanak-kanak abad ke-21 di TABIKA berkenaan," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkhidmatan kenalah elit juga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
wow....should i say double stabdard?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:31 PM | Show all posts
tgk jelahhh. sekarang pn yg gaji banyak pn lepas je tengok masuk kemas
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:44 PM | Show all posts
pundidikan untuk sumua
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:46 PM | Show all posts
btw i konfius tgk kriteria pendapatan kat gambar atas berbeza dengan kriteria pendapatan yang diumum JPM masa nak bagi BPN.... adakah kriteria ini berubah2 ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 04:48 PM | Show all posts
oklah tu, abah semakin ingin membantu semua rakyat.

sebelum ni b40, now m40.

b40 takyah jeles, sblm ni byk benefit yg korang dah dapat. n for t20, tunggu je lah turn korang pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 29-9-2020 04:54 PM

Ni semua trik nak cas lebih kepada parents yg so called "M40" yg hakikatnya level merhain aje pun. Sudahnnya semua cas akan naik.

Kalau betul nak bagi khidmat terbaik kepada rakyat jelata, kasi ajelah silibus yg katanya bagus sangat tu kepada semua pelajar. Budak2 aje kot semuanya. Level iq lebih kurang aje tak kiralah parents b40, m40 atau t20.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Isi rumah Rm6K pun elite ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:01 PM | Show all posts
kalau dah diklasifikasikan sebagai elit tu harap guna medium english la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2020 05:04 PM | Show all posts
ada kriteria baru ka?
ka aku salah copy paste?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
so cikgu cikgi kemas dah tak bleh ngadap2 enfon lg la

bdk2 terbiar
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 29-9-2020 04:31 PM
tgk jelahhh. sekarang pn yg gaji banyak pn lepas je tengok masuk kemas

Tempat i pun lepas sbb ramai ibu bapa xberminat dgn kemas..lebih suka tadika swasta. Pilihan masing2..kalau ada kekosongan tak salah rasanya bukak pada m40 dan t20.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya buat jela byk2 tadika kemas seluruh negara?????? Apa bezanya dengan sek kebangsaan? Takpun besarkan tadika yg sedia ada supaya boleh menampung ramai budak.
Kenapa kena ada dabel standard?

Kalau gitu sek kebangsaan pun kena bayar la utk golongan menengah dan elit.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 29-9-2020 04:44 PM
pundidikan untuk sumua

Pundekdikan utk smua
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 29-9-2020 04:53 PM
Ni semua trik nak cas lebih kepada parents yg so called "M40" yg hakikatnya level merhain aje pun. S ...

Tahnya M40 tu golongan cukup2 makan.
Berbanding B40 yang dapat bantuan secara berkala dan berpanjangan  manakala M40 sejak covid19 ramai jatuh jd B40 tp nak minta bantuan pun takda sapa sangat peduli sebab dulu gaji  nampak tinggi padahal borderline je pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je kalau lebih kurang mcm tadika swasta.
Mungkin boleh buat silibus dalam english/medium english plus islamic ke..
Offer extra kelas macam swimming..martial art..
rasa nya ada je parent yang akan hantar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:42 PM | Show all posts
kalau kemas tu ade daycare mesti ramai la amek kemas tu..sape tak nak pendidikan murah kann
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg akan berbeza antara tabika biasa dgn elit tu? Jadual? Buku kena beli? Tenaga pengajar? Kemahiran tambahan? Aktiviti? Ada makanan?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik anak2 aku next year dah tamat preschool/tadika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.071595 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list