View: 2006|Reply: 9
|
[Tempatan]
Isu ‘Di mana guru selepas waktu sekolah?’ Guru pendalaman kongsi pengalaman jadi
[Copy link]
|
|
sinarplus.sinarharian.com.my
“Selagi ada kudrat dan daya, anak kalian dijaga sehabis baik,” – Pengalaman guru pendalaman ini buat ramai tersentuh hati
3-4 minutes
SEJAK beberapa hari ini tular satu artikel berkaitan ‘Di mana guru selepas waktu sekolah?’ yang ditulis oleh individu bernama Izyan Qistina Qusairi.
Artikel itu menjurus pandangannya terhadap perilaku pelajar sekolah yang dilihat tidak langsung mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) selepas melepasi pintu pagar sekolah yang dianggap tidak wajar.
Bertanyakan pada warga pendidik mengenai keadaan pelajar selepas waktu sekolah dianggap sebagai agak keterlaluan.
Rata-rata pendidik amat terkesan dengan artikel tersebut dan ia bagaikan ledakan bom daripada golongan berkenaan.
Mempersoal dan menyalahkan mengapa guru tidak mengambil tindakan atau memberi peringatan terhadap perkara itu dilihat telah mengguris hati semua guru.
Seperti ramai maklum, tugas guru jika mahu disenaraikan amatlah banyak bermula sebelum fajar menyingsing sehinggalah waktu tamat sekolah.
Turut terasa terpalit, seorang guru pendalaman, Cikgu MK Izudin atau nama sebenarnya Mohd Khairul Izzuddin Shaari tampil berkongsi tugasnya selama bergelar cikgu.
Katanya;
“Rambut budak panjang, cikgu jadi barber. Budak sakit, cikgu jadi doktor. Nak jadi penyanyi, cikgu jadi mekap artis. Kerja rumah tak siap, cikgu jadi naga.
“Selagi ada kudrat, selagi ada daya, akan kami jaga anak kalian sehabis baik. Itu janji kami,” tulisnya di laman Twitter.
Tulisan Cikgu MK Izudin ini disertakan dengan beberapa keping gambar yang menyentuh perasaan warganet.
“Selagi ada kudrat dan daya, anak kalian dijaga sehabis baik,” - Pengalaman guru pendalaman ini buat ramai tersentuh hati
Cikgu MK Izudin sekarang ada guru Matematik di SK Kuala Geris, Dabong, Kelantan dan pernah mengajar di SK Long Palai, Ulu Sarawak selama tujuh tahun sebelum ini.
Selain itu, ramai warga Twitter yang turut memberikan kata-kata semangat kepada Cikgu MK Izudin dan semua guru secara amnya.
Kata mereka, Sungguh mulia kerjaya seorang guru… Mudah-mudahan Allah rahmati semua insan yang bergelar guru.
Tu sebab sampai sekarang aku hormat kat cikgu-cikgu… walaupun dah lama tinggalkan sekolah. Tak faham la org yang pertikaikan kerja-kerja cikgu ni.
Terima kasih cikgu… kalau ingat balik banyak betul jasa cikgu kat kita semua, cikgu buat semua tu just nak tengok semua student berjaya. Dah habis study cari kerja elok-elok.
Tahniah cikgu semoga anak-anak muridmu mengenangmu sampai akhir hayat.
Tahniah cikgu. moga terus berbakti demi anak bangsa.
Itu pun balik sekolah kena jaga lagi. Sabar la cikgu.
Yuppp terbaik cikgu… isteri saya juga seorang guru… they didn’t really know the sacrifices made by all cikgu.
Bila ada kes kecurian cikgu jadi polis penyiasat,bila ada kes histeria cikgu jadi bomoh… cikgu serba boleh.
Bila pensel or pemadam hilang pun cikgu jadi supplier. Jadi koperasi bergerak.
Tayar murid pancit waktu hujan, cikgu tolong.
Paling rare ini: Ticer-ticer.. Tolong betulkan tudung saye.. Ticer.. Ticer ada anak? Ticer kenapa ticer ada misai? Ticer saya tak ada duit nak makan.. Ticer saya tak pandai solat jumaat sebab tak ada ayah.. Ticer bunyi udang tu macam mana?
Semoga terus ikhlas dalam perjuangan anak bangsa. Semoga rezeki melimpah ruah dan sentiasa lapang dada.
Jadi kalian, mari sama-sama doakan yang baik-baik untuk guru-guru. Guru antara tugas termulia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu kat mana? Cikgu kat mana?
Cikgu kena jadi "kontraktor" pasang paip, pasang sinki hingga maut jatuh bangunan.
Izyan dan laki ni reti mengongkek je kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tanya bunyi udang macam mana tu win sangat huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuuuuu... soalan bunyi udang macam mana buat aku tersemboq latte
|
|
|
|
|
|
|
|
aku kan kalau baca bab2 pengorbanan seseorang ni akan selalu jadi sebak gitu. baca cerita cikgu izzudin tu pun rasa bangga sampai macam terharu nya .. rasa mcm nak mengalir air mata pun ya. sekali hujung2 ... ada soalan bunyi udang tu macamana ... termengakak iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada tengok kawan cikgu post pasal ni
Aku pon macam what the f punya mak bapakla cakap gini
Ko igt cikgu tu baby sitter la?
Cina tak de isu ni sebab mak bapak dia balik sekolah anak letak kat day care
Depan rumah aku ni daycare melambak .. cina je yg hantar n budak sekolah menengah pon ada.
Van datng pick up kat sekolah hantar daycare
Melayu miskin pakai mpv anak berderet tapi bab anak berkira duit kedekut ja buat macam ni
Dan wartawan yg up cerita pon
Mmeng akhbar paling tersangkak negara la dah tak de bahan nak dibuat cerita
Patutla bankrup
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm group whatapps parent now kecoh pasal tak boleh melawat anak di asrama.Siap ada parent kata dia hantar anak ke asrama bukan penjara. Barang pass kat guard tapi berkeras nak anak turun jugak sbb alasan tak percaya kat guard. Ada parent yg kata anak murid dikurung tapi cikgu suka2 merayau lepas sekolah n cuti.
Aku just tepuk dahi n jadi silent reader je lah |
|
|
|
|
|
|
|
depresio replied at 30-9-2020 03:09 PM
Aku ada tengok kawan cikgu post pasal ni
Aku pon macam what the f punya mak bapakla cakap gini
Ko ...
Ini betul....mmg deme ada daycare smpi utk budak menengah |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mesti pukul rata? mungkin ada segelintir yang begitu, namun pasti ada juga yang bertanggungjawab...macam la tak faham perangai staf gomen khuenss...larikkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Jiddin replied at 30-9-2020 09:51 PM
Ini betul....mmg deme ada daycare smpi utk budak menengah
Aku tak faham style melayu bela anak semua benda nak free kalau bab anak.. diri sendiri boleh beli make up mahal ke hp ke tapi bab anak mengharap org.
Daycare cina depan ni tgh hari aku boleh nampak beratur budak2 tu pegi sekolah sesi petang.. ada 3/4 orang jaga barisan. Pagi jem sebab hantar anak Tgh hari petg jem sbb datang amik anak lepas tu x perlu pon security jaga untuk lintas jalan ibu bapa sendiri bawa cross zebra crossing tu tekan traffic light.. Ada SK dgn sek menengah depan skit ada trafic light utk zebra crossing pon x guna security pulak yg kena jaga jalan. Mak bapak drop anak blah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|