CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4419|Reply: 22

[Tempatan] Polis siasat Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). #2, Tonton video lucah harus dalam aj

[Copy link]
Post time 1-10-2020 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-10-2020 07:03 AM

Polis siasat Hizbut Tahrir Malaysia

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/10/737246/polis-siasat-hizbut-tahrir-malaysia

Oleh Mohamed Farid Noh - Oktober 1, 2020 @ 2:02pm
farid_noh@bh.com.my


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka kertas siasatan terhadap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) selepas menerima 17 laporan polis terhadap fahaman yang difatwakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan terperinci akan dilakukan pihaknya susulan doktrin fahaman kumpulan itu termasuklah menolak demokrasi selain melabel kerajaan sebagai kafir dan wajib diguling dengan kekerasan.

Bagaimanapun Ayob Khan berkata, setakat ini masih belum ada tindakan atau elemen kekerasan yang dilakukan HTM.

"Namun jika ada sebarang tindakan kekerasan dilakukan HTM, polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan ahlinya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Setakat ini, belum ada tangkapan lagi dibuat terhadap mana-mana pemimpin atau ahli HTM di negeri ini kerana ia masih berada di bawah bidang kuasa jabatan agama negeri.

"Namun polis sentiasa memantau pergerakan kumpulan ini dan jika melangkaui garisan keselamatan, polis akan ambil tindakan tegas mengikut SOSMA dengan serta-merta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan pendukung fahaman Hizbut Tahrir berikutan ia sudah difatwakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak 10 Oktober tahun lalu.

Tosrin dilaporkan berkata, atas alasan itu, memorandum yang mahu diserahkan oleh sekumpulan individu mendakwa daripada HTM di Jabatan Mufti Johor, kira-kira jam 10 pagi Ahad lalu, tidak diterima.

Antara fahaman HTM adalah harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Polis Johor menyiasat HTM mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, kumpulan HTM dikesan aktif merekrut ahli baharu termasuk daripada golongan berpendidikan seperti pelajar universiti, ahli akademik kanan serta profesional.

"Lebih 80 ahli HTM dikesan bergerak aktif sejak tahun 2005 dan menjadikan markas mereka di Skudai di sini sebagai pusat penyebaran fahaman berkenaan.

"Sehingga kini, lima negeri iaitu Johor, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah sudah memfatwakan HTM sebagai bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia turut diharamkan di Turki, Arab Saudi, Pakistan, Indonesia, Syria dan Jordan," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2020 03:02 PM | Show all posts
Tonton video lucah harus dalam ajaran Hizbut Tahrir

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... aran-hizbut-tahrir/

Oleh KOSMO!
1 Oktober 2020, 1:07 pm

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM


Tosrin (tengah) menunjukkan pewartaan fahaman Hizbut Tahrir pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang diharamkan di Johor membenarkan lelaki dan wanita yang tiada ikatan bebas bersalaman, boleh bercumbu dengan wanita yang boleh dikahwini dan harus menonton filem lucah.

Fahaman atau ajaran HTM yang jelas bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) juga membenarkan perbuatan mencium jantina lain tanpa niat berzina, perbuatan manusia tiada kaitan dengan qada dan qadar, hidayah bukan daripada Allah dan haram meyakini azab kubur pasti akan berlaku.

Itu antara ajaran dan amalan yang didedahkan oleh Jabatan Mufti Johor yang bertekad mahu memerangi penularan fahaman HTM yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negeri itu selain memesong akidah umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pergerakan kumpulan itu dikesan aktif di Johor sejak tahun lalu dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Larangan kepada HTM termaktub dalam warta kerajaan Negeri Johor bertarikh 15 Julai 2019.

Berikutan pengharaman dan warta kerajaan negeri, Jabatan Mufti Johor tidak menerima sebarang memorandum HTM kerana ia bukan pertubuhan yang berdaftar secara sah.

“Pada Ahad lalu, satu kumpulan yang mendakwa HTM menghantar memorandum bantahan mengenai fatwa fahaman kumpulan tersebut, namun tidak diterima oleh Jabatan Mufti Johor.

“Selepas gagal menyerahkan memorandum berkenaan, mereka (HTM) membuat kenyataan di laman Facebook HTM menyatakan fatwa (dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor) adalah fitnah, pembohongan, pemesongan fakta dan keliru,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar di sini semalam.

Turut hadir Mufti Johor, Datuk Yahaya Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin.
Beliau mengingatkan HTM atau mana-mana pihak supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelak kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.


Risalah mengenai fahaman Hizbut Tahrir.

Dianggarkan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menyatakan pendirian tidak puas hati selepas paparan HTM di Facebook itu.

Tosrin berkata pengaruh kumpulan itu dipercayai cuba dikembangkan di bandar raya ini sejak tahun lalu.

Apa yang dibimbangkan, kumpulan itu boleh mengancam keharmonian negara apabila menolak sistem pilihan raya dan cenderung menggulingkan pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam.

Tosrin juga mendedahkan seorang pemimpin kanan fahaman itu di negeri ini yang berusia lingkungan 40-an sedang dalam proses bicara di Mahkamah Syariah di Johor. Lelaki itu ditahan memberi ceramah tanpa tauliah di Skudai di sini pada 3 Julai 2019.

“Pihak Jabatan Mufti Johor tidak merancang untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan HTM memandangkan mereka bukanlah pertubuhan yang berdaftar selain bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.-K! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 03:06 PM | Show all posts
Fahaman HTM: Polis dakwa ikut Sosma jika langkaui keselamatan

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... ngkaui-keselamatan/

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
1 Oktober 2020, 1:50 pm


Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor memberi amaran kepada ahli ajaran fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) supaya tidak bertindak melangkaui garisan keselamatan sehingga mengganggu gugat keharmonian dalam negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan menangkap dan mendakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) jika berbuat demikian.

“Ideologi fahaman HTM menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya, yang wajib diguling menggunakan kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan).

“Setakat ini belum ada tangkapan lagi, ini bidang kuasa jabatan agama namun polis sentiasa memantau pergerakan kumpulan ini, jika melangkaui garisan keselamatan polis akan ambil tindakan tegas mengikut Sosma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Muka depan Kosmo! hari ini melaporkan kerajaan Johor menerusi Jabatan Mufti akan memerangi penularan fahaman HTM yang didapati cuba memecahbelahkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Antara fahaman HTM ialah harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, sehingga kini Polis Johor menerima 17 laporan dan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, kumpulan HTM dikesan aktif merekrut ahli baharu bagi termasuk golongan berpendidikan seperti pelajar universiti, ahli akademik kanan serta profesional yang lain.

Jelasnya, lebih 80 ahli HTM dikesan bergerak aktif sejak tahun 2005 dan menjadikan markas mereka di Skudai di sini sebagai pusat penyebaran fahaman tersebut. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 03:10 PM | Show all posts
mesti pengetua hizbut ni kaki tgk blue
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 03:14 PM | Show all posts
boleh tengok blue??? heran juga ajaran ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 03:19 PM | Show all posts
3 lelaki paling hensem


1. Tentera/polis/bomba/abang penyelamat

2. doktor

3.superstar


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 selalu dapat risalah hizbut tahrir selepas sembahyang jumaat di kuala perlis
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha harey sungguh la!
Aku yg xtinggi ilmu pun tau ni mengarut
Mengarut sangat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 04:23 PM | Show all posts
umpan seks la bt ramai cepat terpengaruh.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum start ceramah kena pasang wayang pacak citer blue ke cane?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 04:30 PM | Show all posts
nanti tuan sheikh kata nak dpt ilmu dia kena isap kote pasal lg afdol
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 04:31 PM | Show all posts

doktor banyak fonen dan lelaki skema lah nok...sila ambik engineer...tapi engineer ajet2 kaya+educated...geliii
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:11 PM | Show all posts
Fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang diharamkan di Johor membenarkan lelaki dan wanita yang tiada ikatan bebas bersalaman, boleh bercumbu dengan wanita yang boleh dikahwini dan harus menonton filem lucah.


padan laa ada pengikut
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 1-10-2020 03:19 PM
3 lelaki paling hensem



ni calon pelakon film blue ke apa . hensem wajib. kalau tak, tak lalu menengoknya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:14 PM | Show all posts
jofizo replied at 1-10-2020 04:23 PM
umpan seks la bt ramai cepat terpengaruh.....

haha...
sex sells
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:15 PM | Show all posts
Firenzza replied at 1-10-2020 04:28 PM
Sebelum start ceramah kena pasang wayang pacak citer blue ke cane?

selepas la, kalo sebelum, nnti ramai2 pergi toilet, pastu tak dtg dah dgr ceramah....masing2 tangan dah melekit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2020 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi suka tengok video lucah tony conrad, cute sesangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 10:33 AM | Show all posts
hyie replied at 1-10-2020 04:31 PM
doktor banyak fonen dan lelaki skema lah nok...sila ambik engineer...tapi engineer ajet2 kaya+educ ...

dah ko kata engineer budget geli kenapa ko suruh aku pilih juga noknok???


aku suka superstar ,kami boleh petik guitar sampai ke pagi buta ,menari cucuk langit , balik rumah lewat pintu kena kunci dari dalam ,tebuk atapppppppppp

cingggggGGGGGGGGGG
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 10:35 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 1-10-2020 05:14 PM
ni calon pelakon film blue ke apa . hensem wajib. kalau tak, tak lalu menengoknya?

kita ni kalau nak pilih ,tengok rupa dulu


nak minta tengok penis mereka bagi ,tunjuk ke ??

kalau mereka kata boleh tunjuk , bolehhhhhhhh gakkkkkk



Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 12:01 PM | Show all posts
Boleh bercumbu tanpa niat berzina


keh keh keh  


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.078129 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list