CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11078|Reply: 64

Siti Berduet Dengan M.Nasir - Soundtrack PGL

 Close [Copy link]
Post time 9-8-2004 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Petikan Mesej Siti dari SITIZONE

MESEJ KHAS DARI SITI...
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Semoga anda berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Alhamdulillah, sewaktu mesej ini ditulis Siti berada di Alor Setar dan hanya beberapa jam sahaja lagi Siti akan mengadakan SNFT di sini.

Setakat ini semuanya berjalan lancar dan besar harapan Siti agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. SNFT di Perlis telahpun berjalan dengan baik dan Siti berasa gembira kerana dapat bertemu dengan peminat Siti di negeri tersebut. Sambutan yang diberikan juga hebat dan Siti juga berpeluang menyanyi, menari dan beramah mesra dengan mereka dalam sesi yang telahpun diaturkan oleh Hotlink dan Astro. Peluang yang mereka kecapi ini adalah hasil peraduan yang dikelolakan oleh Hotlink dan Astro dan Siti mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya.

Nampaknya ada peminat yang sudahpun bertanyakan perkembangan terbaru tentang penglibatan Siti dalam filem pendek Zaleha Ayam Patah (ZAP) dan juga filem Puteri Gunung Ledang (PGL).

Siti hanya muncul dalam satu scene sahaja dalam filem pendek ZAP dan Siti tidak bergelar pelakon malah tidak ada dialog. Siti hanya menyampaikan lagu zapin sahaja dalam ZAP dan itu adalah satu sumbangan kecil Siti terhadap IPT (UPM) yang diberi amanah oleh kerajaan untuk menerbitkan filem tersebut.

Penglibatan Siti dalam PGL pula, Siti hanya merakamkan lagu untuk soundtrack filem tersebut dan berduet dengan M.Nasir. Rakaman lagu tersebut telahpun siap dan kami akan menjalani penggambaran video klip untuk lagu tersebut tidak lama lagi.
Walaupun sehingga ke hari ini Siti tidak terlibat secara langsung dalam industri perfileman tetapi sebagai insan seni, Siti merasaklan tidak salah untuk turut sama bekerjasama dalam apa sahaja kemampuan dan bakat yang Siti ada. Meskipun hanya muncul sebagai penyanyi lagu untuk kedua-dua filem tersebut tetapi Siti berasa gembira kerana dapat memberi sesuatu kepada industri perfileman negara.

Siti juga berharap agar perjalanan seni Siti akan terus berjalan lancar dan nantikan SNFT di Bukit Jalil. Jumpa anda di sana.

Salam sayang...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2004 02:50 PM | Show all posts
CAYALAH....

PAsti HITz
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 06:12 PM | Show all posts
ee...best nyer..tak sabar nak dengar..dah lah dua2 artis favorit aku..kenape tak tiara jer yang nyanyi ek????????lagi satu saper yang buat lagu ni./..,esti banyak tiara upah siti untuk lagu ni..
Reply

Use magic Report

yadira This user has been deleted
Post time 10-8-2004 07:33 AM | Show all posts
biasak la..kalau guna nama siti jerk..baru ler ramai nak nengok cerita tuer...kalau harap si heroin tiara tuer....tak balik modal..walaupun cerita tu digembar gembur best...adat la kat malaysia nier, kalau cerita tu bagus mana pun tapi kalau hero dan heroin tak berapa popular....ramai yang tak nak nengok....tu la pasai...kalau cerita yang melibatkan erra fazira mesti boom..walaupun tahap lakonan cam hampeh....

emm.so tu satu taktik filem nier..nak lakukan filem diorang..guna la siti nurhaliza...........hehehehe dah faham dah////////////:bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 08:30 PM | Show all posts
apsal tak dengar2 lagi lagu ni kt radio...boring tul....
harapnya tarikan ct btol2 menjadik utk tarik penonton tengok PGL
tak macam filem paloh tu (tp filem tu pun 'boring',nak wat camne)
Reply

Use magic Report

snow_purple This user has been deleted
Post time 13-8-2004 08:46 AM | Show all posts
Teringin sangat aku nak dengo lagu ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2004 08:55 AM | Show all posts
HOORAY!!!!

AKU DAH DENGAR LAGU NIE....

ITUPUN akibat tukar tukar channel....aku dengar kat siaran RTM.....dengarnya baru start lagu...so tak tau tajuknya apa...

- Lagu ini lagu yg berseni sikit.....
- MUngkin akan dengar dua tiga kali untuk tangkap kat telinga
- Tak pasti samaada akan mendapat tempat di telinga pendengar sebab biasanya lagu yg ada seni nie susah sikit nak tarik perhatian pendegar...

- keseluruhan lgu nie bagus....tapi aku nak kena dengar lagi....

- LAGU INI MEMANG SESUAI DGN JALAN CERITA dan LATAR BELAKANG UNTUK FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2004 03:17 PM | Show all posts
Siti, M Nasir tarikan terbaru PGL
berita harian
13/8


SELEPAS mendapat perhatian ramai untuk single pertama soundtrack filem Puteri Gunung Ledang (PGL), Asmaradana nyanyian Tiara Jacquelina, kini single kedua pula dihasilkan dengan judulnya, Bagai Sakti menerusi gabungan vokal sifu muzik, M Nasir dan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin.

Asmaradana dijadikan sebagai lagu pengenalan untuk PGL, sementara Bagai Sakti akan dijadikan lagu tema untuk filem epik legenda itu. Filem yang bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 31 Ogos ini juga menyaksikan buat pertama kalinya Nasir dan Siti bergabung tenaga di studio rakaman bagi membantu mempromosikan filem itu untuk lagu temanya.

Tidak pernah sifu dan artis nombor satu negara itu berpadu suara dalam bentuk rakaman, tetapi kini bagaikan ada kuasa sakti yang berjaya menyatukan mereka. PGL menjadi perantaranya. Yang pasti, ia akan membuatkan satu lagi kejutan terhadap imej lagu tema sesebuah filem tempatan sesudah Misha Omar tampil menerusi Pulangkan atas nama Pontianak Harum Sundal Malam.

Bagai Sakti juga memberi kegembiraan kepada M Nasir kerana akhirnya dia dapat berpadu suara dengan komposer berpengalaman itu, apatah lagi untuk satu projek yang cukup bermakna bagi menghiasi lagu latar sebuah filem yang termahal dalam sejarah industri perfileman di negara ini.

Lagu ciptaan Nasir sendiri itu sudah siap dirakam baru-baru ini, dan ia kini sedang dalam proses menyiapkan klip videonya. Muzik lagu berkenaan diambil daripada inti pati muzik Melayu dan Jawa. Untuk filem itu, melodinya saja digunakan sebagai lagu latar manakala vokal Siti dan M Nasir boleh dinikmati menerusi album yang akan dipasarkan.

“Lagu yang saya buat ini ini saya nyanyikan dengan Siti, elemen yang saya ambil daripada muzik Melayu dan Jawa dengan pertimbangannya dalam irama pop,” kata M Nasir pada sidang media di USJ Subang Jaya, Rabu lalu.

Hadir sama, Siti Nurhaliza serta Penerbit Eksekutif PGL, Datuk Shazalli Ramly.

Klip video lagu berkenaan dibuat di lokasi dalam panggung wayang GSC Summit USJ, Subang bagi menggambarkan pertemuan Siti dan M Nasir bersama penonton lain yang sedang menyaksikan PGL di pawagam. Klip video itu diarahkan Virginia Kennedy.

Siti pula berkata, berganding vokal dengan M Nasir untuk rakaman Bagaikan Sakti adalah peluang terbaik baginya dan ia juga adalah kali pertama mereka bekerjasama di studio.

“Sebelum ini, kami cuma dapat bergabung dalam persembahan pentas, jadi apabila dapat peluang untuk berduet dengan Abang Nasir, saya anggap ia satu peluang yang tidak boleh saya menolaknya. Ia menunjukkan saya juga bertanggungjawab untuk sama-sama mempromosikan filem ini, termasuk pasarannya di luar negara nanti.

“Masa mula bekerja dengannya di studio, saya rasa berdebar juga sebab kami tidak pernah merakam lagu bersama sebelum ini. Nasir ada ajar saya sewaktu menyampaikan lagu ciptaannya ini. Tetapi lama juga kami nak carikan kesesuaian tetapi saya dapat panduan vokal untuk melodinya.

“Kira-kira empat hingga lima jam juga untuk siapkan rakaman vokal saya untuk lagu ini. Masalah utamanya dari segi key. Saya dapat key yang tinggi tetapi untuk dia tiada masalah. Bagi saya Abang Nasir seorang peramah, pandai berjenaka dan banyak cakap,” katanya.

Kata Siti, Bagai Sakti adalah lagu kedua nyanyiannya untuk tema filem cereka selepas Paloh pada tahun lalu, selain satu lagu tema lain pernah dinyanyikannya untuk telemovie Air Mata Ibu.

Ditanya apakah dia sendiri tidak berminat untuk berlakon filem kerana hanya asyik menjadi penyanyi lagu tema filem, Siti dengan cepat menjawab, “Bukannya selalu... baru dua filem saja. Pasal lakonan, memang saya berminat dan tunggu masa sesuai. Untuk tahun ini, tidak mungkin sebab jadual saya penuh dengan konsert, kemudian konsert di Brunei dan Indonesia.

“Insya-Allah, jika bersedia nanti, saya akan umumkan. Saya berminat dalam lakonan dan masih menunggu cerita yang sesuai, watak yang sesuai dan diterbitkan menerusi syarikat sendiri, boleh juga saya bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya rasa lebih sesuai kalau dapat pegang watak wanita lasak, jadi budak nakal. Saya hendak bezakan karektor saya dengan realiti sebab orang kenal Siti di luar berlainan dengan dalam filem.

“Kalau hendak terbit sendiri filem, memang saya mahu tetapi tunggu masa yang sesuai,” kata Siti ketika ditemui di lokasi penggambaran klip video Bagai Sakti sebaik saja selepas sidang media.

Sementara itu, Shazalli menjelaskan, lagu tema itu akan dimuatkan dalam album khas untuk promosi PGL dan ia akan dipasarkan serentak pada tarikh permulaan tayangan filem berkenaan.

“Ia adalah salah satu strategi pemasaran kita selepas kita memperkenal lagu Asmaradana ciptaan KRU sebagai single pertama. M Nasir bukan saja sebagai Hang Tuah dalam PGL tetapi penggubah dan penyanyi lagu tema PGL, kita gandingkan dengan Siti.

“Kita harap gabungan yang terbaik akan hasilkan yang terbaik. Kita bangga dengan Nasir dan Siti kerana ini juga kali pertama kita buat filem dan belanja lebih RM20 juta, jadi kita harap dapat beri yang bermutu tinggi, sekali gus menaik taraf filem ini,” katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


haLLie This user has been deleted
Post time 16-8-2004 12:20 PM | Show all posts
aku pun ada dengar kat radio red104.9 semalam...
wahhhh... besh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2004 09:59 AM | Show all posts
geram nyer aku.best giler kan..

nyanyi filem untk filem besar

pengarah vc yang banyak menang anugerah

pengarah music yang tak der tolok bandingntyer
Reply

Use magic Report

Gemini82 This user has been deleted
Post time 18-8-2004 11:27 AM | Show all posts
lagu nie dah kuar kat radio muzik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2004 05:05 PM | Show all posts
aku baru jer dengar lagu ni kat ntv7 best...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2004 03:32 PM | Show all posts
besh lagu tuh..sesuai ngan sowa ct
Reply

Use magic Report

snow_purple This user has been deleted
Post time 28-8-2004 09:09 AM | Show all posts
pertama kali dengo kat NTV7 terus terpesona....besh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 10:17 PM | Show all posts
cinta ini hakikatnyaaaa....
aku serahkan jiwa dan ragakuuu...

arrangement musicnya aku rasa sangat2 sesuai utk sebuah filem epik
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2004 04:47 PM | Show all posts
aku baru dengar 2 hari lepas. apsal lambat sgt kuar kat era.? aku tak ske radio muzik uhuhuhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2004 05:37 PM | Show all posts
aku x dengar lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 01:50 AM | Show all posts
slalu kuar kt ntv7
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 01:10 PM | Show all posts
yeah semalam aku dapat tengok Video clip tu...tapi dah nak habis...

cantik jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 04:05 PM | Show all posts
Luv CT Nurhaliza... :love::love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.509801 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list