CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1443|Reply: 5

[Tempatan] JAKIM latih pengamal perubatan Islam, banteras tok bomoh dan bonus video majlis

[Copy link]
Post time 1-10-2020 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 1-10-2020 10:30 AM

JAKIM latih pengamal perubatan Islam, banteras tok bomoh
1 October 2020



KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius kewujudan ‘tok bomoh’ serta ‘ustaz palsu’ yang mengambil kesempatan ke atas masyarakat dengan mengaut keuntungan atas nama perubatan Islam.

Bagi mengekang kegiatan itu, JAKIM mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Perawatan Islam Darussyifa-Darul Quran dengan melatih mereka yang berminat mengenai kaedah betul pengubatan mengikut cara Islam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya berkata, seramai 80 peserta terpilih bakal menerima ijazah perubatan dan perubatan Islam dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Sabtu ini.

Katanya, majlis penyampaian ijazah itu serentak dengan Majlis Penganugerahan Darul Quran akan diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu.

“Seadanya pengamal perubatan Islam yang sahih ini, secara tidak langsung kita dapat membasmi “tok bomoh-tok bomoh” atau “ustaz-ustaz palsu” yang suka mengambil kesempatan kepada masyarakat dengan mengaut keuntungan atas nama pengubatan Islam.

“Kursus Perawatan Islam ini merupakan program kerjasama antara Darul Quran dengan Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’),” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Jelas Paimuzi, kursus itu diadakan supaya menjadi nilai tambah kepada pelajar Darul Quran dengan mengaplikasikan ayat al-Quran yang sudah sedia dihafaz untuk tujuan pengubatan Islam melalui ruqyah syar’iyyah.

Di samping itu, katanya, majlis itu juga ada tiga agenda utama yang lain, iaitu penyampaian Anugerah Kecemerlangan Darul Quran; penyampaian Sijil ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 bagi Sistem Pengurusan Kualiti serta Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah oleh pihak SIRIM; dan pelancaran buku terbitan Darul Quran bertajuk: Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Edisi 2. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2020 06:22 PM | Show all posts
[youtube]mbYMDzWLP7w[/youtube]
10 Dis 2012...Upacara memasukkan tangan dalam mulut buaya untuk tujuan perubatan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 06:25 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:27 PM | Show all posts
kelakar pula tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:28 PM | Show all posts
ritual pagan mana pulak seluk tangan dlm mulut buaya?

nak kata ikut sunnah..tanah arab mana ada buaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:37 PM | Show all posts
Perubatan Isle memang diperlukan di negra kita ini untok merawat penyakit yang tidak boleh diobat secara perubatan kafir laknatullah.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71566 Replies : 2285
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 29892 Replies : 11
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 24988 Replies : 34
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 215770 Replies : 611
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40513 Replies : 17
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 28335 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 14558 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044380 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list