CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 646|Reply: 1

[Tempatan] PRN Sarawak Tahun Hadapan

[Copy link]
Post time 4-10-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pilihan raya Sarawak tahun depan?

KUCHING: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof Datuk Dr Sim Kui Hian memberi bayangan  Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 diadakan tahun depan.

Menurutnya, ia berdasarkan perkembangan COVID-19 semasa di negara yang ini yang menyaksikan kes positif yang kembali melonjak.

Katanya, mengadakan pilihan raya dalam keadaan semasa hanya akan membahayakan nyawa rakyat di negeri itu.

"Pilihan raya mungkin tahun depan. Virus yang sama masih ada. Sarawak telah kehilangan 19 nyawa akibat virus ini," katanya dipetik dalam Awani.

Untuk rekod kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri adalah pada 7 Mei 2016 dan tempoh mandat Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak akan berakhir pada Jun 2021.

Ini bermakna, PRN Sarawak ke -12 boleh diadakan pada Julai 2021 atau sebelum 7 September 2021.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Sim menegaskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah menggerakkan kawalan yang sangat ketat dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Ini termasuk memperketatkan kawalan di pintu masuk sempadan dan lapangan terbang.

"Kita menjalankan ujian imbasan ke atas lebih ramai orang berbanding negeri lain.

"Ada yang beranggapan ini menyusahkan tetapi anda perlu ingat ia penting bagi melindungi anda, keluarga, masyarakat dan seluruh rakyat Sarawak," tegasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mereka yg bising smlm boleh la tarik nafas lega...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.097137 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list