CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223359|Reply: 1994

'Kami Sudah Ada Senarai (Selebriti)'- Ketua SPRM.

     Close [Copy link]
Post time 6-10-2020 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 9-10-2020 10:16 AM

Terkini: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai senarai individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan yang dikesan terbabit dalam aktiviti 'mencuci' wang sindiket Macau Scam. Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata individu terbabit diminta menghadirkan diri di SPRM, sebelum dipanggil untuk membantu siasatan-BHOnline

  

Kronologi
1) 1, Oktober- Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.- Utusan Malaysia

2) Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin sekadar menemani suaminya- BHOnline

3)Pelakon kontroversi Fara Mendoza mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram, malam tadi. Fara memberitahu perkara tersebut menerusi paparan Instagram (IG) Storynya sebaik sahaja selesai disoal siasat.  “Alhamdulillah, saya tak bersalah, syukur. Hari ini 1/10/2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,” tulisnya. Menerusi ruangan sama, Fara turut menyebut tentang kemewahannya di laman sosial IG yang menjadi pertikaian warganet.
“Akaun dibekukan, apa dosa saya? Rumah digeledah, HP (handphone) diserahkan. Semoga semuanya dipermudahkan.- Gempak

4) 2, Oktober- Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjalan lancar. “Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan".- SinarPlus

5) Lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya- MalaysiaGazettte




6) 3, Oktober- Dalam pada itu portal Utusan pula melaporkan SPRM kini sedang mengawasi pergerakan beberapa orang selebriti tanah air yang dikatakan mempunyai kaitan dengan individu terbabit. - BuzzKini

7) Akaun Facebook parodi Dato Addy Kana dihujani pengikut-pengikut media sosial yang ingin mendapatkan infomasi terkini mengenai suspek-suspek. Sebuah video sambutan Hari Jadi telah mendapat jumlah kongsi lebih 8,000.

"Jom kite goyang2 dulu... see my level?? Goyang2 dulu dgn hasil penat lelah kita kebas duit pencen orang2 tua. Duit simpanan orang2 muda...".- Dato Addy Kana (Facebook)


8) 4,Oktober- Akaun Instagram Viral Kini mendedahkan sekurang-kurangnya 10-15 artis tempatan disyaki terbabit dalam penyucian wang haram.- @Viral_Kini_

9) Pengacara TV Iesya Toh di dalam sebuah statusnya berkata, ada individu yang telah digertak dan menyeru supaya PDRM agar telus dan amanah menjalankan siasatan.- @Iesya Toh

10) 5, Oktober- Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, ramai pihak yang mahu menjadikan artis dan selebriti sebagai rakan kongsi tetapi dalam masa sama perlu menjaga keselamatan supaya tidak dipergunakan. "Artis yang ingin menjalankan perniagaan perlu teliti dan siasat dahulu siapa rakan niaga atau pihak yang mahu suntik dana", katanya kepada Harian Metro.

11) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta milik sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah. Menurut sumber, selain itu rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan.-Harian Metro


12)Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu hasil siasatan dakwaan kegiatan pengubahan wang haram dilindungi pegawai atasannya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya- BHOnline

13)6, Oktober-Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penglibatan pegawainya dalam pengubahan wang haram. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau telah mengarahkan JIPS melakukan siasatan sementara menunggu laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-Kosmo

14)7, Oktober- Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan. Harian Metro

15)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.   BHOnline

16)8, Oktober-Koleksi kenderaan Macau Scam Malaysia yang dirampas SPRM mula tersebar di media sosial.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 01:44 PM | Show all posts
check in...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
check in RUMA baru
masuk ke ruma baru dgn akses kad dan kod pin serta pintu yg masih berplastik persis ruma dozah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin menarik moh la kte berjemaah di rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ding dong, assalamualaikum tuan umah.....tengkiu pacak umah baru yach, lebiu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:57 PM | Show all posts
check in... tumpang letak birkin kakyah yang dah jatuh title datin pelesu warna biru pink atas meja lipat dossah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2020 01:57 PM | Show all posts
waaaaaaa......

dengan ini saya mengisytiharkan.... SAYA TAK PERNAH MEMBELI AIR KT KEDAI AIR SHUIB...

hahahaha bangga gila aku...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:59 PM | Show all posts
kat ig retis2 yg terlibat dan  di terjah oleh sprm
masih lagi meroyan  dgn kata org semua dengki
dugaan org berniaga la ape laaaa
sambil disokong dan diberi  pujian sokongan oleh rakan2 retis lain yg bakal dipanggil sprm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 01:59 PM | Show all posts
maaf kalau lari topik...

founder yang flex duit cash simpan dalam bag luggage juta2 ni ada kena mengena tak?
selamber je dia pos dekat group dropship dia...

kalau cash banyak macamni dengan umur muda lagi memang fishy sgt.. lagi2 cash simpan dkt rumah je

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah kejadian dato soeb? Masih bermegah2 ka beliau? Ke tin chucky dah belikan jam hublot pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengkiu 4 da summariessss. Checked in... *makan bersuap *
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bakal ahli ahli neraka semua ni Kalau tau benda salah tapi buat buat tak tau.. nk kejar kaya dunia sgt.. jenis muka tak tau malu hidup senang hasil menipu dan mencurik duit org..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:08 PM | Show all posts
woww.. baru nk follow
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:09 PM | Show all posts
soo shuib  belum kene tahan... baru disiasat
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:12 PM | Show all posts
actually retis2 ni aware ke x dgn macau scam sindiket ni sume.. ke masing2 dah gelap mata asal cepat kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:13 PM | Show all posts
BellaJay replied at 6-10-2020 01:59 PM
maaf kalau lari topik...

founder yang flex duit cash simpan dalam bag luggage juta2 ni ada kena m ...

kalau flex sana sini ni memang I cop scammer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 02:13 PM | Show all posts
ohh wow ada rumah ke 2 pulok.. sinetron betul kisah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:13 PM | Show all posts
check in gak laaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuuu cek in juga lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:15 PM | Show all posts
Edited by CocoCily at 6-10-2020 02:17 PM
YomiuriLandMae replied at 6-10-2020 02:12 PM
actually retis2 ni aware ke x dgn macau scam sindiket ni sume.. ke masing2 dah gelap mata asal cepat ...

kalau tengok post Eisya Toh tu depa tahu sumber $$$ tu. Cash is King. Mana nak peduli sumber halal or haram.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.172349 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list