CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1683|Reply: 3

Pemilik akaun fb 'Bintang Ku', polis cari anda

[Copy link]
Post time 11-10-2020 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Lahad Datu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu meminta pemilik akaun Facebook (FB) 'Bintang Ku' supaya tampil membantu siasatan yang dibuka terhadapnya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun berkenaan selepas kenyataan dibuat di FB.

Katanya, pemilik akaun berkenaan dipercayai mengeluarkan kenyataan tidak benar selain mencalar kredibiliti pasukan polis.

"Kenyataan yang ditulis di FB itu mendakwa, pasukan polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dengan sengaja mengeluarkan saman terhadap Hamri Amri disebabkan polis mahu makan duit berkenaan.

"Manakala di ruangan komen pula, Hamri Amri memuat naik gambar resit saman yang dikeluarkan polis trafik IPD Lahad Datu atas kesalahan memandu lesen tamat tempoh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nasri berkata, kenyataan yang dimuat naik itu adalah tidak benar dan cuba menjatuhkan serta mencalar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, IPD Lahad Datu memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Kes juga boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.

Nasri berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung pemilik akaun berkenaan juga diminta membantu menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Sophia Thomas di talian 013-9392505 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sehubungan itu, Nasri menasihati pengguna media sosial supaya berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen terutamanya yang boleh membawa kesan menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang atau jabatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke? Kalau dulu ada media social, nak je aku upload surat saman salah laluan. Cam apa punya polis.. dah berkurun lama org naik moto guna laluan terowong tu, bila kena time aku lalu, kau saman kata aku guna laluan salah. Bila argue, kau kata 3 hari lepas ada pejalan kaki kene ragut dgn mat moto.. bodoh punya alasan.. kau pegi la tangkap peragut tu.. yg pi saman aku dah kenapa  Mazlan hitam boroi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes mana ek? Ade link tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 10:55 AM | Show all posts
sapa dia ni?
kesnya apa??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.745961 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list