CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6802|Reply: 26

Apple lancar empat variasi iPhone 12

[Copy link]
Post time 14-10-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
saufi@mediaprima.com.my

SYARIKAT gergasi teknologi, Apple melancarkan produk ikonik paling dinantikan iaitu iPhone 12 menerusi empat variasi dan turut mengekalkan tetapan tiga lensa.

  Rekaan fizikal untuk iPhone 12 menggunakan kembali reka bentuk iPhone 4 atau iphone 5 yang lebih geometrik.

  Peranti generasi baru itu diperkenalkan sempena majlis maya 'Hi,Speed' yang turut menampilkan keupayaan jaringan 5G untuk peranti keluaran syarikat berkenaan.

  Empat variasi iPhone berkenaan adalah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan membezakan model baharu ini adalah pengenalan kepada versi 'mini'.

  Semua versi iPhone berkenaan dikuasakan dengan pemproses binaan 5nm pertama di dunia iaitu Apple A14 Bionic yang menawarkan kuasa prestasi lebih baik di samping keupayaan pemprosesan lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

  Menyentuh aspek spesifikasi Apple iPhone 12 Pro dan versi 'Max', ia menggunakan tetapan tiga lensa yang dinaik taraf termasuk keupayaan berbanding generasi sebelum ini.

  Dua versi peranti berkenaan menggunakan skrin OLED Super Retina XDR serta kefungsian sistem kamera baharu.

  Sistem kamera untuk peranti iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max ini kini mempunyai sensor LiDAR bagi membantu optimasi kualiti gambar dan video sekali gus menghasilkan kualiti lebih baik.

Peranti ini menggunakan bahan binaan tahan lasak iaitu Ceramic Shield dan aluminium dan mempunyai perlindungan IP68 selain kapasiti bateri yang lebih besar.

  Bagi iPhone 12 Pro, ia menggunakan skrin berkeluasan 6.1 inci manakala iPhone 12 Pro Max menggunakan skrin 6.7 inci.

  Untuk dua versi ini, peranti berkenaan tidak didatangkan dengan kapasiti storan 64GB lagi sebaliknya bermula pada 128GB dan harga bermula pada RM4,899.

  Menyentuh dua variasi lain, iPhone 12 didatangkan dengan skrin berkeluasan 6.1 inci dengan teknologi paparan OLED bersama tetapan dua lensa iaitu berkeupayaan lensa kembar 12 megapiksel.

  Peranti iPhone 12 Mini pula adalah versi lebih kecil dengan skrin sebesar 5.4 inci dan padanan spesifikasi hampir sama dengan iPhone 12.

  Kedua-dua model ini menyokong pengecas wayat 20W dan pengecas tanpa wayar 15W.

  Pengenalan empat peranti baharu itu juga mengesahkan bahawa Apple tidak lagi menyertakan pengecas sebaliknya hanya membekalkan kabel USB C ke Lightning untuk setiap pembelian.

  Tanda harga bagi iPhone 12 bermula RM3,899 dan iPhone 12 Mini bermula RM3,399 dengan penawaran warna peranti putih, hitam, biru, hijau dan merah.

Empat peranti iPhone baharu

iPhone 12 Mini - RM3,399

iPhone 12 - RM3,899

iPhone 12 Pro - RM4,899

iPhone 12 Pro Max - RM5,299








Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah lagi guna ios... Masih jugak android
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 14-10-2020 11:00 AM
Tak pernah lagi guna ios... Masih jugak android

Sama.. Android ttp jadi pujaan hati ku.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 11:58 AM | Show all posts
Harga  mahal sangatttttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aegisrunestone replied at 14-10-2020 11:58 AM
Harga  mahal sangatttttt

Berangan x kena duit.. Hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 12:18 PM | Show all posts
sarah82 replied at 14-10-2020 11:58 AM
Berangan x kena duit.. Hahahaha.

Nak sep tapi nak high end. Hahahaha. Kak sarah, gaming game kak sarah pakai model apa ok? Nak cari yg mur2 je tapi ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aegisrunestone replied at 14-10-2020 12:18 PM
Nak sep tapi nak high end. Hahahaha. Kak sarah, gaming game kak sarah pakai model apa ok? Nak cari ...

Kak sarah guna Samsung A51..skrg Samsung A51 dah turun harga.. RM1099 tapi samsung M31 ram sama mcm a51 under RM1k
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 12:59 PM | Show all posts
sarah82 replied at 14-10-2020 12:26 PM
Kak sarah guna Samsung A51..skrg Samsung A51 dah turun harga.. RM1099 tapi samsung M31 ram sama mc ...

M31 latest version kan. Boleh consider ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aegisrunestone replied at 14-10-2020 12:59 PM
M31 latest version kan. Boleh consider ni.

Yap paling latest.. Sama ram tapi mungkin ada perbezaan pada spec lain.. Kak sarah tak skodeng lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 12:33 AM | Show all posts
Edited by trunks at 15-10-2020 12:35 AM

ternampak gambar ini malam tadi, tapi tak pastilah ini
Iphone 12, dengan beg tangan comel tu..peh muat saja masuk
dalam beg haha






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2020 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 15-10-2020 12:33 AM
ternampak gambar ini malam tadi, tapi tak pastilah ini
Iphone 12, dengan beg tangan comel tu..peh m ...

Warna biru tu cantik
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 01:04 AM | Show all posts

kan.muat2 aje phone dalam beg kaedahnya..dua 2 biru lawa betul

kalau yang pacific blue ni nampak lawa juga, dah ready 5G ..

tapi kan sarah,,hehe,,android model yang awak guna tu,sensitif tak screen dia ?
salah 1 sebab,saya kurang dengan android phone,ni lah sebabnya..maksud saya
sensitif ni,kita nak tap lain,lain yang keluar,ter touch dia ha gitula haha

lepas tu,dengan grafik tak menahan nya keke..





                                                        iPhone 12 Pro Dan 12 Pro Max Dilancarkan – Cip A14 Bionic, LiDAR Dan Harga Bermula RM4899
                                                                                                                                                                                                                Hari ini Apple telah melancarkan barisan iPhone 12. Selepas iPhone 12 dan iPhone 12 Mini diperkenalkan, Apple turut melancarkan iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max. Seperti iPhone 12, ia turut menggunakan rekaan serba baharu yang mengimbau kembali rekaan iPhone 4/5. Ia dijana dengan cip Apple A14 Bionic 5nm, menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dan mempunyai sistem kamera baharu.





iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max mengekalkan tetapan tri-kamera. Tetapi kini ia mempunyai sensor LiDAR. Sensor yang sama digunakan pada iPad Pro. Sensor ini membantu mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman video 4K HDR, Apple ProRAW, Smary HDR 3 atau juga Dolby Vision HDR, melalui lensa sudut ultra lebar ƒ/1.6 lebih baik untuk suasana kurang cahaya, utama dan telefoto 52mm untuk zum 4x dan semua lensa adalah 12MP. Untuk Pro Max, telefoto adalah 65mm dan mempunyai OIS baharu pada lensa sudut ultra lebar.






Peranti ini menggunakan bahan binaan tahan lasak Ceramic Shield dan Aluminium, kekal dengan perlindungan IP68, bateri yang lebih besar, serta turut mempunyai sistem pengecasan MagSafe. iPhone 12 Pro menggunakan skrin 6.1-inci, manakala iPhone 12 Pro Max menggunakan skrin 6.7-inci.






Cip Apple U1 turut diperkenalkan untuk penggunaan AirDrop dan ciri Handsoff. iPhone 12 Pro juga mempunyai sokongan rangkaian 5G, dan mempunyai warna baharu – Pacific Blue.


Tiada lagi saiz 64GB ditawarkan. Ia kini bermula pada 128GB pada harga serendah RM4,899 sehingga RM6,299 untuk 512GB. Dalam kotak seperti yang dijangka, tiada lagi pengecas dan hanya kabel sahaja.  sumber


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 15-10-2020 01:04 AM
kan.muat2 aje phone dalam beg kaedahnya..dua 2 biru lawa betul

kalau yang pacific blue ni namp ...

betul..Agak sensitif Samsung ni... So far dah 7 bulan guna tak pernah hang lagi...

5g tak tau la bila nak sampai kat jitra/alor setar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 15-10-2020 01:04 AM
kan.muat2 aje phone dalam beg kaedahnya..dua 2 biru lawa betul

kalau yang pacific blue ni namp ...

Sy ingat nak beli tab s6 lite dan tukar jadi mini laptop... Tapi risau ada problem nak access modcp mcm skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 06:08 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-10-2020 10:45 AM
Sy ingat nak beli tab s6 lite dan tukar jadi mini laptop... Tapi risau ada problem nak access modc ...

oh,sekarang sara tak boleh masuk mod cp ke?

apa errorya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 17-10-2020 06:08 PM
oh,sekarang sara tak boleh masuk mod cp ke?

apa errorya?

Pasword x betul.. Mslhanya boh password betul dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya lahai ip12 ni.... ni masih lg setia guna iphone 6s dari dulu sbb tak rosak2...storage je yg penuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
suzycutegal replied at 24-10-2020 09:18 AM
Cantiknya lahai ip12 ni.... ni masih lg setia guna iphone 6s dari dulu sbb tak rosak2...storage je y ...

Berangan is percuma..mana tau ada rezeki boleh beli kan.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-10-2020 09:20 AM
Berangan is percuma..mana tau ada rezeki boleh beli kan.. Hahaha

Wah, happy nya tt reply kita
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 12:08 PM | Show all posts


Apple: Gimana Nak rangsangkan uang lbh bnyk?
Sifu: Buang ja lah semua kits yang akan dibagi, walau harga dia sama...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.191454 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list