CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9753|Reply: 73

[Dunia] Cik Kiah gergasi jadi terapi jiwa Abe

[Copy link]
Post time 14-10-2020 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-10-2020 06:02 AM

Cik Kiah gergasi jadi terapi jiwa Abe

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... di-terapi-jiwa-abe/

Oleh KOSMO!
14 Oktober 2020, 12:29 pm


Ular sawa seberat 240 kg kesayangan Mohd. Redzuan.

BALIK PULAU – Seorang bekas pemandu peribadi menjadikan ular sawa batik yang digelar de-ngan nama Cik Kiah sebagai sebahagian terapi jiwanya selain dikatakan dapat merehatkan minda serta menghilang tekanan kerja.

Mohd. Redzuan Abdullah Zawawi, 36, atau mesra disapa sebagai Abe berkata, reptilia sepanjang kira-kira tujuh meter dengan berat 240 kilogram (kg) itu dibelanya sejak 17 tahun lalu sewaktu remaja.

Bekas anggota pasukan ke-selamatan itu memberitahu, minat mendalam terhadap hidupan eksotik itu disebabkan ular sawa mempunyai keunikan tersendiri dengan lapisan kulitnya yang berseni selain mudah dipelihara.

“Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga pencinta haiwan peliharaan seperti kucing dan penternak lembu serta kambing.

“Saya menemui Cik Kiah ketika berada di sebuah kebun durian milik seorang rakan di Teluk Bahang. Ketika itu saiznya dianggarkan berukuran tiga jari manusia dan usianya kini mencecah dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurutnya, memelihara reptilia tersebut perlulah mempu-nyai sifat keberanian yang tinggi dan nilai kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.

“Pernah orang cakap saya gila gara-gara membela ular sawa yang besar, apatah lagi cara penjagaannya juga melibatkan kos yang tinggi.

“Kata-kata itu tidak sedikit mematahkan semangat saya untuk terus memelihara Cik Kiah kerana saya juga adalah peme-gang lesen menyimpan hidupan liar yang dilindungi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” jelasnya.



Cerita bapa kepada dua cahaya itu lagi, dia akan menghidangkan kira-kira 10 hingga 15 ekor ayam atau arnab setiap dua minggu sekali mengikut kesesuaian mood haiwan peliharaannya itu.

“Banyak pengalaman yang diperoleh sejak memelihara Cik Kiah iaitu selain pernah digigit, saya juga pernah tinggal semalaman dengannya di dalam sangkar.

“Bukan setakat itu, rakaman video Cik Kiah mengeluarkan najis seakan-akan isi durian Musang King juga pernah tular di Facebook awal tahun ini dan mendapat lebih sejuta tontonan,” ujarnya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 02:01 PM | Show all posts
nti esok mati kena belit dgn cik kiah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ee.. besarnya. Takut tengok. Sekali kena belit, habis lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak kalau jangan bandingkan dgn makanan (ayat last tu), adoi hilang selera
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk lengan dia dah la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:16 PM | Show all posts
Moga ia tak makan tuan sudah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowwww... Video ular sawa vera pun dapat 1M viewers hohhh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:37 PM | Show all posts
kurex tak nak baring dlm dakapan abe ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ular sawa tend mmg tinggi nk bunuh tuan byk kes dah..kang dia ukur badan kooo pepaham je laaaa...ko adlh next
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:44 PM | Show all posts
semoga cik abe x ditelan oleh cik kiah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:46 PM | Show all posts
makkk ehhh besau cik kiahnya..sekali dia ngap hadehhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 02:49 PM | Show all posts
besar gila cik kiah
tp kesian pulak dengar cik nab yg jadi makanan cik kiah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ee scary dulu kwn i pnh cite kwn ofis dia belamenda ni..satu mlm tu bnda tu ukur bdn dia..pastu tanak mkn..dia bwk p jmpa doc..doc ckp benda tu tgh kosongkan perut sbb nk mkn tuan dia huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:13 PM | Show all posts
edayildiz replied at 14-10-2020 03:08 PM
ee scary dulu kwn i pnh cite kwn ofis dia belamenda ni..satu mlm tu bnda tu ukur bdn dia..pastu tana ...

scary beb citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 14-10-2020 03:13 PM
scary beb citer ni...

khen..baik bela anjing or kucing jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan sampai si abe jd lauk cik kiah sudahla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 04:03 PM | Show all posts
mcm mana org buat ular sawa jadi jinak x gigit x belit tuan dia....
aku x nampak reaksi perasaan ular..
kalau kucing anjing tu kita tahu la dia jinak mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Make sure kandang kunci leklok, anak awak 2 org tu. Kalau sendiri mati kene telan takpe, jgn org lain yg mati sbb minat awak yg tah hape2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingtkn kiah yg suka gelabah teteks tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dua org yg pelihara ular ni ku baca/dgr Mati kat tgn akibat patukan n gigitan ular.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-9-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.595826 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list