CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14363|Reply: 176

[Tempatan] 16 tahun meniaga,kerana PKP Rugi Teruk, 4 Restoran Ditutup, Peniaga Tebalkan Mu

  [Copy link]
Post time 14-10-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, ramai rakyat Malaysia mula kehilangan pekerjaan dan tak kurang juga yang terjejas dalam perniagaan mereka. Malah, hari ini Malaysia sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya susulan wabak Covid-19 yang meningkat.

Perkara ini memberi kesan kepada ramai orang ramai seperti perkongsian individu ini yang sempat berbual dengan seorang perniaga. Siapa sangka PKP membuatkan perniaga ini terpaksa menutup 4 cawangan restoran miliknya dan kini menjual makanan kedai ke kedai untuk mencari rezeki

Ni salah satu kisah, nak tunjukkan betapa besar kesan Covid dan PKP terhadap orang sekeliling kita. Semalam balik dari surau, den terserempak dengan salah seorang jiran. Den tahu brader ni berniaga nasi sebab dia selalu update menu dalam group wasap penduduk. Alang-alang dah jumpa, den pun berbasa-basi dengan brader ni. “Dari mana bang?” Den tanya brader ni. “Baru lepas jual nasi kedai ke kedai bang”. “Kena buat macam ni barulah habis, kalau tak memang tak jalan” Masa tu kami berborak, jam dah pukul 7.40 malam. Baru selesai solat Maghrib.

“Memang full time jual nasi ni ke?” Den tanya lagi. “Ya bang” “Macam mana dengan jualan, ok ke bang?” “Bolehlah bang. Kena keluar, jalan kedai ke kedai barulah ok sikit, seluar pun dah longgar ni.” Gelak brader ni. Rupanya brader ni bukan biasa-biasa, dia pernah berada di puncak dan sekarang sedang dalam fasa berjuang untuk menghadapi hari-hari mendatang. Dari niat nak berbasa-basi, sudahnya kami berborak panjang lebar dan dia ceritakan impak PKP ke atas bisnes dan dirinya.

Perniaga ini terpaksa menjual makanan dari kedai ke kedai untuk menampung sara hidup keluarganya selepas PKP melanda. Menurutnya dia terpaksa menjual dengan strategi begitu bagi melariskan jualannya. Jika tidak, makanan dijual pasti tidak habis.

Dulu kami buka kedai makan bang, 16 tahun berniaga dan ada 4 cawangan. Memang maju.” “Tapi disebabkan Covid dan PKP, semua kedai kami terpaksa tutup.” “Pelanggan tiada, overhead tinggi, kami tak mampu nak bayar sewa dan gaji pekerja bang.” “Sewa kedai di Bangi RM16k, di Nilai ada dua cawangan RM20k++ dan di Shah Alam pun sewanya RM20k++.” “Pekerja ada 60 orang, mereka sampai mengamuk bang, kami tak mampu nak bayar gaji. Sudahnya kami cakap kami terpaksa berhentikan semua pekeja dan tutup terus bisnes.” “Haritu lepas kerajaan umum boleh bekerja, 3 hari kami berniaga, dapat jual satu pinggan nasi ayam saja bang. Itu pun pelanggan kebetulan lalu dan singgah.”

“Memang saya terduduk terus bang. Pening tak tahu nak buat apa.” Panjang lebar brader ni bercerita, den yang mendengar rasa syahdu sungguh. Dia bercerita sambil tersengih, nampak kelat dan memang dalam fasa “struggle”. Kemudian den tanyalah tentang bisnes nasi kuning yang sedang dia usahakan. “Nasi ni asalnya kami plan nak jadikan signiture dish di kedai kami, tiba-tiba PKP dan kedai tutup.” “Jadi saya ajak isteri untuk cuba jual.” “Pernah cuba jual depan sekolah, tapi tak laku. Ni saya cuba jual dengan pergi pejabat ke pejabat dan kedai ke kedai.”

Tambahnya lagi, sebelum ini dia mempunyai 4 cawangan restoran dan 60 pekerja namun terpaksa ditutup disebabkan PKP. Walaupun kerajaan benarkan restoran untuk beroperasi, namun dia hanya mampu menjual sepinggan nasi menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk menutup semua cawangan restoran.

Hebat brader ni, umur den rasa dah nak cecah 40 tahun. Dia sanggup tebalkan muka, menjual nasi macam “direct selling” punya cara. “Rejection” ni memang dah jadi makanan harian dia dah. Memang den tabik atas kecekalan beliau. “Dari Bandar Seri Putra, saya cuba pergi sampai ke Nilai bang. Tadi singgah kedai Eco dan workshop. Alhamdulilah, kat kedai Eco dapat jual 2 bungkus nasi, kat workshop dapat jual 2 bungkus lagi.” “Duit hari-hari memang habis bang. Dapat je duit, beli susu anak, pampers, barang-barang. Terus selesai.” Den yang dengar, rasa berserabut dan tepu kepala. Kesian, sedih, geram, semua ada. Balik rumah terus luahkan dekat isteri den Farah.

Brader ni, keluarga dia dan bisnes terus jatuh. 60 pekerja hilang mata pencarian. Nak tahu rantaian impak Covid dan PKP?Bisnes majikan jatuh. Pekerja kena buang kerja. Mereka tiada duit nak teruskan hidup. Kepala jadi serabut. Balik bergaduh dengan isteri. Anak-anak kena pukul. Sudahnya nanti sampai bercerai. Boleh jadi kemurungan dan bunuh diri. Nampak tak betapa besarnya impak Covid dan PKP, yang kebanyakan orang pandang ringan dan jadikan bahan lawak. Moga Allah permudahkan urusan brader ni. Berjaya bangkit semula dan berjuang untuk terus menghadapi hidup yang penuh mencabar. Celakalah ahli politik yang tamakkan kuasa. Si politikus bergaduh rebutkan kuasa, rakyat dihimpit derita sengsara.

Lebih menyedihkan, hasil jualannya hanya dihabiskan untuk membeli keperluan anaknya. Walaupun begitu, dia tetap semangat untuk menjual cara ‘direct selling’ kerana ini sahaja jalan untuk menampung perbelanjaan mereka seharian.

Sumber : Izzat Ismail IRealty

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 03:40 PM | Show all posts
gitulah kehidupan...ada pasang surut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:43 PM | Show all posts
Kadang2 aku pi mana2 & jumpa org jual itu ini. Aku beli dgn niat nak tolong je, kesian tgk. Sama mcm aku beli mangga asam boi budak2 remaja jual kat trafik lite. Bukan nak mkn sgt, tapi niat nak tolong. Esoknya aku bawak pi ofis mkn dgn staff.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai makan apa..nak juga tahu betul ke tak...atau peopa je lebih. Takkan dah bertahun2 kedai maju tetiba pkp setgh tahun terus lingkup...takkan tak pernah buat untung lgpun mcm pengarut sgt ambil terlalu ramai staff utk 4 cawangan sampai 60 orang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
effects pkp yg aku nampak org jual ikan pakai kereta sorong, siap tanya nk ikan x bos jika nmpk aku kat luar
org dtg rumah minta bantuan, minta beras, etc, hri tu dtg muda lagi, mengandung, aku bgi beras, telur
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eliadaisy83 replied at 14-10-2020 07:46 AM
Kedai makan apa..nak juga tahu betul ke tak...atau peopa je lebih. Takkan dah bertahun2 kedai maju t ...

Syafakallah utk abang ni..

Btw, tak pelik pun sis. Kedai makan untung takat mana je lah, overhead tinggi, kos bahan mentah tinggi, untung ciput je. Nak naikkan harga kena boikot plak. Nak taknak bertahun niaga kena sustain harga sama, naik 50 sen pun customer dah bising. PKP 3 bulan sapa tak bungkus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai nasi ayam apa yg femes kt bangi..kalau byk cawangan mesti femes wpun tak sefemes TCRS kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim pkp ni kne la ubah strategi marketing.
Xleh la harap customer daily dtg kedai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 03:58 PM | Show all posts
yang xde effect pkp hanya macau scam je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bau hasanah kuat sgt bila sampai part buka kedai lepas pkp, dalam 3 Hari dapat jual nasi ayam sepinggan aje tu pun sbb org tu kebetulan singgah. Kalau restoran terkenal byk cawangan dan dh ada regular customer, lps pkp tu ramai je gi serbu utk lepas gian after 3months tak merasa favourite food masing2. Mcm kedai kopi tepi office aku ni masa pkp ritu sedih sgt tgk kedai nya..buka utk takeaway tapi customer 2-3 org je termasuk aku. Nmpk mcm tak boleh survive dh kedai tu. After pkp nah kauu..berduyun org serbu time lunch. Tgk muka staff situ pun ceria semula after pkp
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:03 PM | Show all posts
tu sebab bila tengok kawan2 @ seller jual tepi2 jalan, meja ke meja  ke, beli je la sebungkus dua

niat nak tolong dia

even tak makan nanti ko sedekah ke org lain

2 pahala ko tapau situ

susah beb nak hidup kais pagi makan malam, tak kais tak makan ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Eliadaisy83 replied at 14-10-2020 03:46 PM
Kedai makan apa..nak juga tahu betul ke tak...atau peopa je lebih. Takkan dah bertahun2 kedai maju t ...

aku pon rasa mcm propa.. kalo tak byk duit takkan berani buka smpi 4 caw.. mesti ada biz plan dan saving. haa ntah la
Ramai je buka kedai mkn yg kaya raya dn ada saving
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 14-10-2020 03:55 PM
Musim pkp ni kne la ubah strategi marketing.
Xleh la harap customer daily dtg kedai..

Yup go digital la...aku boring jgk order grab food balik2 kepci,mcd,arab...teringin nak mkn laksa yg melayu...nasi kerabu kt sungai merab tu ada delivery tak eh..terbayang ns kerabu daging bakar n susunan kuih dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai2 yang aku nampak semua pakat2 pasang food panda banner. Ada yg sampai aku plak yg kene tunggu pekedai siapkan fp punya meal. Lgpun tempat mcm bangi shah alam tu mmg sesuai la terus buat fp. Kat bandar seri pitra pun banyak even tepi jalan. Cuma area semenyih je kurang fp ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom baring tengah jalan ramai ramai....

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah propa
netijen malasyia cepat kesian dan percaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum pkp dia ada kedai di Bangi, Nilai dan Shah Alam
Lepas pkp - berniaga di Putrajaya
Lan Kedah yg banyak cawangan tak katup pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:59 PM | Show all posts
hatikudus replied at 14-10-2020 03:43 PM
Kadang2 aku pi mana2 & jumpa org jual itu ini. Aku beli dgn niat nak tolong je, kesian tgk. Sama mcm ...

moga murah rezeki you, AMIN!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:00 PM | Show all posts
kesiannya... btw 60 pekerja tu melayu thai selatan ke?
selalunya kedai tom yam je gituuuu... tak pun kedai mamak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:04 PM | Show all posts
nak kecam rasa bersalah tapi aku rasa berbau hasanah sgat..smoga dipermudahkan urusan brader ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.157460 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list