View: 7090|Reply: 59
|
[Tempatan]
Edisi putar Halim:Khairuddin kata gambar Tun M, Ku Li 4 tahun lepas. Sekali ada
[Copy link]
|
|
1 pakai mask
3 pegang mask
1 pegang tangan bini orang dah kenapa?
Klau yer pon mask jd kelaziman tun.. Yg hang din pon pegang mask.. Atok punya mask ka? Haha.. Ka hng pon ada lung infection jgk? Haddoiyai.. Mcm mna laa ummi aida leh jatuh cinta ngn mamat bengong mcm ni
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Rabu mengumumkan salinan suratnya yang mendesak speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibahas.
Hampir sehari kemudian, gambarnya bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Siti Hasmah mula tersebar di dalam talian.
Turut kelihatan pada gambar itu ialah penyokong kuat Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan isterinya, pelakon Umie Aida.
Namun, kisah di sebalik gambar itu masih belum dapat disahkan, kerana percubaan untuk mendapatkan perincian mengenai apakah ada pertemuan baru-baru ini antara Mahathir dan Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, meenemukan dakwaan bercanggah.
Dalam salah satu versi, beberapa sumber memberitahu Malaysiakini bahawa gambar itu diambil dalam sebuah acara baru-baru ini yang diadakan di rumah Ku Li.
“Gambar ini diambil bulan lalu. Tun (Mahathir) berada di rumah Ku Li untuk majlis ulang tahun, jika saya tak silap,” kata seorang sumber, yang dekat dengan kem Mahathir.
Sumber lain juga memberikan maklumat serupa, mengatakan bahawa Mahathir berada di rumah Ku Li untuk makan malam.
Mereka bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh pertemuan yang tepat, dan mereka juga tidak mengetahui apakah Mahathir dan Ku Li membincangkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam pertemuan itu.
Sebaliknya, Khairuddin ketika dihubungi menafikan gambar itu diambil baru-baru ini.
Dia mendakwa bahawa ia diambil kira-kira empat tahun yang lalu semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ahli politik itu juga menafikan bahawa ia diambil di kediaman Tengku Razaleigh.
“Ini bukan gambar baru! Saya yakin ada kalangan tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air yang keruh.
“Dalam masa yang sama saya juga tidak faham kenapa gambar ini ditular pada saat dan ketika ini?
“Ada kalangan yang tidak bertanggungjawab sedang cuba untuk mewujudkan pelbagai spekulasi di saat negara kita sedang menghadapi suasana politik yang tidak menentu,” katanya.
Namun, Khairuddin tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai dakwaannya.
Untuk rekod, gambar itu menunjukkan Mahathir memakai pelitup muka, yang telah dilipatnya di bawah dagunya, sementara Khairuddin, Umie dan Siti Hasmah masing-masing dilihat memegang pelitup muka di tangan mereka.
Malaysiakini telah memberi tahu Khairuddin mengenai hal ini setelah penafiannya, dengan mengatakan bahawa pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan sejak negara dilanda w4bak Covid-19 tahun ini.
Khairuddin mendakwa bahawa memakai pelitup muka bukanlah sesuatu yang baru bagi Mahathir kerana mengalami jangk-itan paru-paru beberapa tahun yang lalu.
“Ini adalah amalan biasa bagi Dr Mahathir untuk menjaga kesihatan, dan kebetulan sudah menjadi amalan sekarang ketika kita menghadapi pandemik Covid-19.” katanya.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dia dan yang lain turut memegang pelitup muka
Sumber:Malaysiakini
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takat pgang tgn, kak pidah pn atok pnah peluk dlu..apela sgt puak liberal ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sailang Nuwa punya pasal, saka tua pengutok mulayu tetiba dianggap muda suci murunik |
|
|
|
|
|
|
|
Saya meluatsss dgn DPUA.gaya cover berckp dgn over berckp..eeeeee..xsukaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bizsarii at 17-10-2020 05:30 AM
TT meroyang
apa issuenya
dah jadi cyber trooper ke
|
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 17-10-2020 04:04 AM
Saya meluatsss dgn DPUA.gaya cover berckp dgn over berckp..eeeeee..xsukaaaa
Ala biasa laaa.. laki aku masuk politik aku pgkt terus pm.. tengok jah bini askar laki pgkt prebet bini perasan jeneral.. haaaa gittew |
|
|
|
|
|
|
|
lantak laaa korang... gmbr pun jd isu...
|
|
|
|
|
|
|
|
belum lagi memerintah dah kuat menipu.... |
|
|
|
|
|
|
|
So ape mslh sbnrnya ni
Korg kt ofis pun duk rapat2 jgk
Especially time bergosip
Klu pi kenduri tu pun sm
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum apa lagi dah menipu. Macam ni yang penyokong sanjung sangat? |
|
|
|
|
|
|
|
Khairuddin nmpk mcm darai |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kencing pun agak2 la..
Iols pun tak tau nape nak pegang tangan bini org... |
|
|
|
|
|
|
|
hagak2 la nak menipu dgn semorg pegang mask kecuali ku li yg pegang tgn nek hasmah. dah mcm bertukar laki bini pulak dlm gambar ni, ku li + nek hasmah, atok + dukun, pak din fonen poreber alone. |
|
|
|
|
|
|
|
Pimpin tangan nenek takut jatuh pun jadi isu
Baru nak tanya siapa pompuan sebelah atuk tu... yg sebelah Ku Li tu aku ke kenal la
|
|
|
|
|
|
|
|
orang sudah biasa menipu,
akan terus menipu
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain mcm kuli genggam tgn nek asmah tu.
Hmm misteri nusantara BTL. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham kewujudan khairuddin ni dlm isu politik selain sebagai seorang macai politik... |
|
|
|
|
|
|
|
lawakkk la.. gambar tu lawak, komen2 pun lawak gak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo laki muda pegang tangan nek Mah bole ler bagi alasan anggap nek Mah mcm nenek sendiri.
Takpon org ckp alah nek Mah dah menopos, xde nafsu bila kene pegang. Lantaklah pendapat ape skali pon. Depa lebih tahu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|