CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309281|Reply: 1536

saka... sapa ada experience?

  [Copy link]
Post time 10-8-2004 09:20 PM | Show all posts |Read mode
salam n good day all...

eva nak tanya kat korang nie... sapa ada pengalaman berdepan dgn masalah saka kat sini?? tak kisah la sedara mara ke atau korang sendiri.. nak tahu gak kalau sapa2 ada pengalaman about this..

in my case... menurut ramai yg eva jumpa.. semua kata my family ada saka.. dia nak salah seorang kami jaga dorang (2 saka) ... satu jahat satu tak..
memula eva tak caya but tanya dgn my parents dorang ngaku memang ada ahli keluarga yg buat begitu tapi demi kepentingan masyarakat (mostly digunakan utk mengubat org sakit) coz time tu takder hospital lagi...

so .. sapa2 sudi nak share??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2004 11:35 AM | Show all posts
Tumpg lalu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 11:43 AM | Show all posts
Takder pengalaman la..Mungkin kengkawan yang lain ada pengalaman....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 11:58 AM | Show all posts
nf:nf: Saka nie merupakan ILMU KETURUNAN yang di amalkan oleh
orang orang dahulu....Kebanyakan orang dahulu banyak mengamalkan
ILMU ILMU KEBATINAN di atas sebab untuk menjaga diri dan juga
keluarga.Di waktu dahulu,kebanyakan orang Melayu banyak meneroka
tanah dan hutan.So,mereka akan mencari ILMU ILMU sebegini
sebagai protection.

Secara ringkasnya,tidak ada ilmu yang tertentu yang menjadi saka.
Saka itu bermaksud Jin/Khadam yang di bela oleh orang melalui
amalan amalan tertentu dan selalunya bila Tuannya meninggal,
maka Jin itu akan menumpang pada ahli kelurga yang lain dan
jadilah saka.

Contohnya amalan membela hantu tinggi di mana asalnya
dari Malim Kerimun yang hilang di hutan kerana mencari
rusa jantan putih mengandung kerana menurut kemahuan
isterinya yang mengandung.So,Malim Kerimun telah membuat
perjanjian dengan Hantu Tinggi untuk menjaga keturunannya.
Masih ada keturunan Malim Kerimun yang percaya bila adanya
hujan ribut,hendaklah di bakar lada hitam supaya hantu tinggi
tahu itu adalah rumah keturunan Malim Kerimun.

Nanti la sambung...penat la menaip...tatatanf:nf:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by hulubelang at 11-8-2004 11:58 AM:
nf:nf: Saka nie merupakan ILMU KETURUNAN yang di amalkan oleh
orang orang dahulu....Kebanyakan orang dahulu banyak mengamalkan
ILMU ILMU KEBATINAN di atas sebab untuk menjaga diri dan juga
k ...

2 thumbs up!! ermrmm.....info yang bagus...belajar ilmu kat mana hulu?:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2004 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by kukukupanjang at 11-8-2004 03:35:
Tumpg lalu..

silakan lalu...
tapi kena bayar tol
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2004 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by hulubelang at 11-8-2004 03:58:
Saka nie merupakan ILMU KETURUNAN yang di amalkan oleh
orang orang dahulu....Kebanyakan orang dahulu banyak mengamalkan
ILMU ILMU KEBATINAN di atas sebab untuk menjaga diri dan juga
keluarga.Di waktu dahulu,kebanyakan orang Melayu banyak meneroka
tanah dan hutan.So,mereka akan mencari ILMU ILMU sebegini
sebagai protection.

Secara ringkasnya,tidak ada ilmu yang tertentu yang menjadi saka.
Saka itu bermaksud Jin/Khadam yang di bela oleh orang melalui
amalan amalan tertentu dan selalunya bila Tuannya meninggal,
maka Jin itu akan menumpang pada ahli kelurga yang lain dan
jadilah saka.

Contohnya amalan membela hantu tinggi di mana asalnya
dari Malim Kerimun yang hilang di hutan kerana mencari
rusa jantan putih mengandung kerana menurut kemahuan
isterinya yang mengandung.So,Malim Kerimun telah membuat
perjanjian dengan Hantu Tinggi untuk menjaga keturunannya.
Masih ada keturunan Malim Kerimun yang percaya bila adanya
hujan ribut,hendaklah di bakar lada hitam supaya hantu tinggi
tahu itu adalah rumah keturunan Malim Kerimun.

Nanti la sambung...penat la menaip...tatata


TQ hulu :tq::tq::tq:
saka ni mostly yg jahat2 ke yg bebaik?? :hmm: ok sat lagi eva nak citer 3 pengalaman... my own experience la bukan citer org ... camana benda tu cuba mengganggu.. ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2004 10:25 PM | Show all posts
citer 1 :

time tu i was 16.. form four.. dok kat hostel... mungkin dr kecil lagi sikap aku nie jenis tak dengki dgn orang lain dan banding dgn adik beradik lain.. memang begitu dr kecil lagi... jenis susah nak jeles... so kes nie bila umo mencecah 16 tahun... i felt different... yg pelik2 la... mcm adik beradik lain yg satu sekolah (kami adik beradik dok hostel mcm bebudak lain dlm school tu.. coz tu kira mcm boarding school la jugak), adik beradik selalu kena ganggu dgn benda2 pelik, dorang bleh tengok benda2 ganjil dan kalau time tu school ada gangguan... adik beradik aku pon kena gak.. but me?? takder nyer walaupon sometimes i stayed up late! takder apa... kalau org lain kecoh dorang kena ganggu... aku mesti tak kena!

sooo citer pelik nie start bila kengkawan nampak aku... kat katil tido membelakangi dorang sedangkan aku tido kat katil lain.. atau sometimes berselisih dgn aku kat toilet walaupon sebenarnya aku kat dorm... dorang bagitau aku pesal aku tukar baju cepat sangat.. tadi pakai baju hitam sedangkan aku pakai baju kaler lain kat dlm dorm... semua ckp memang dorang nampak aku... walaupon aku menidakkannya... semua orang heran :hmm:

ok satu malam tu... aku mimpi... org tua badan bongkok, bertongkat dan muka buruk datang kat aku, setiap kali dia datang mendekati aku.. aku akan dengar kerincing seolah2 gelang kaki penari hindu.. dan semakin dia dekat padaku semakin aku tak bleh nak buat apa... dlm masa sama aku nampak mom n atuk aku kat isolated island.. dan time tu ribut.. time tu la aku dan benda tu berdepan.. aku cuba panggil atuk dan mom aku mintak tolong tapi sora tak kuar...

[ Last edited by eva on 11-8-2004 at 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2004 10:31 PM | Show all posts
so dalam keadaan sedar tak sedar tu.. aku bersoal jawab la dgn benda tu...takder salam takder apa dia pon dia kenalkan diri.. dia kata kat aku.. ko nak tak benda aku nak bagi kat ko.. tapi syaratnya kalau aku tanak... dia suruh buang kat gunung kat indon.. apa ke menda .. dia ada terangkan kegunaan benda tu.. dia tanya aku nak tak???? aku jawab ' selagi ilmu tu bukan berasaskan Quran dan Sunnah ko jangan harap aku nak ambik'. Dia tanya 3 kali.. 3 kali jugak aku jawab.. 'tanak, tanak dan tanak!' aku pon tak tau mana aku dpt kekuatan utk katakan begitu...

jawapan ketiga kali tanak tu aku menjerit kuat.. dan terbangun.. memang badan aku dah basah dgn peluh.. dan time tu dlm kol 2 pagi... kat luar pulak memang time tu ribut.. aku menangis sbb gementar sbb aku tak pernah tengok muka seburuk tu... dan aku berastagar bebanyak before aku nak tido... pastu tido semula itu pon setelah baca bebanyak ayatul kursi.. semua ada geram takut.. bercampur-campur...

esoknya aku citer kat member... semua dorang heran :stp:.. member pulak heran pesal aku mimpi pelik.. tapi dorang takder jawapan  yg bagus utk soklan aku.. pesal aku mimpi begitu... sib baik la aku tak bersalam dgn org tu.. aku cuba bagi jarak antara kami.. dan memang aku tanak pon dpt ilmu dr sapa2 kalau benda tu hancurkan akidah aku sendiri... aku nak tahu jawapan.. kenapa dia select aku? bukan kakak aku atau adik aku??? pening aku time tu... kebetulan tak lama lepas tu cuti sekolah... time tu aku nak tahu hal sebenar family aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2004 10:42 PM | Show all posts
cuti sekolah menjelang... kami adik beradik balik ke kampung.. jumpa parents... parents aku tak tau lagi tujuan aku... so satu hari tu aku duduk dgn mom n dad.. dan tanya kat dorang... ada ke dalam family kami yg mengamalkan ilmu tak btol??? aku saja nak tanya camana.. sbb setahu aku memang family kami tak mengamalkan pon..

dad aku diam.. dia kata so far takder.. tak tahu la kalau kakak dia (my mom said ada ilmu yg pelik2) pelihara benda2 pelik coz sebelum mati dulu dia mati2 nak dad aku tolong dia... geram la pulak bila dengar... tapi kalau dad aku ada sure la dia dah buat semah atau bagi hidangan utk benda2 pelik tu.. tapi so far selama aku hidup 16 tahun tak pernah aku tengok dad aku amalkan ilmu pelik2.. yg dia selalu amalkan baca ayat Quran dan sembahyang malam.. mustahil la dia nak buat kerja2 tak btol tu...

lastly aku tanya mama... ada ke keluarga dia yg buat2 kerja tak btol... Lama mama terdiam... agaknya berat mulut dia nak bercerita.. aku paksa... aku kata ini penting utk aku.. or else apa2 jadi kat aku... kalau dia keep secret... susah nak nak investigate atau nak berubat... last-last mom aku story..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2004 10:54 PM | Show all posts
citer back to citer lama dulu... rassanya before atuk aku lahir lagi kot.. kira2 awal 1900s.. memang kws aku memang takder hospital pon... kws jauh dr bandar kan... dan time tu pulak mana ada pembangunan...

Moyang aku (bapak atuk aku sebelah mama) sebenarnya orang jenis jaga solat.. tapi heran.. mungkin kerana kws tu masih kuat lagi dgn kepercayaan lama, dia mengamalkan satu ilmu utk mengubat orang...

so years later bila semua atuk dan atuk2 sedara aku lahir.. dorang dibesarkan dengan didikan agama..bagus je.. tapi bila orang kampung jatuh sakit dorang tengok sendiri moyang aku yg ajar banyak perkara nie berubah jadi someone else... mama kata, kalau berubat.. semua Al-Quran tak bleh ada kat dalam rumah walau satu huruf... kan benda tu pelik :stp:  

sungguh menghairankan... malah cara berubatnya pon pelik... cara pengubatannya sama seperti upacara 'ulik mayang' dgn menyeru nama segala hantu utk meminta pertolongan... begitulah cara perubatan yg arwah moyang aku buat... walaupon dia tak pernah tinggal solat... perkara ini sebenarnya diperhatikan oleh atuk aku dan adik beradiknya... dan dorang sangat sangat tak bersetuju dgn cara itu... dimanakah agama dan kenapa harus dicampur aduk dgn kepercayaan lama yg bertentangan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2004 11:05 PM | Show all posts
adik beradik atuk aku frust sesangat dgn apa yg moyang aku buat... dorang berjanji.. kalau sakit sekalipon dorang takkan berubat seperti moyang aku buat... years berlalu...

semua anak2 moyang aku dah kawin.... so masa tu ajal memanggil... semua org ada time dia nazak tu... dia merayu kat adik beradik atuk aku utk ambik ilmu tu... sbb ilmu tu perlukan tuan... dia pujuk semua anak2nya... tapi tak seorang pon yg nak ambik... sbb semua taknak buat perkara kurafat begitu... lebih2 lagi arwah atuk aku.. memang dia jenis tegas especially benda berkaitan dgn akidah nie... memang dia la paling tegas.. lama jugak mama kata moyang aku struggle time nazak tu..

bayangkanlah kalau dah sampai menjerit2.. dan memang sorang pon taknak ilmu yg dia amalkan.. last last tu... mama kata dia menghembuskan nafas terakhir dgn cara yg sangat menakutkan... dia bangkit dr katil dan berdiri mengadap dinding... sambil mencakar-cakar dinding dan mengeluarkan suara  bunyi kucing yg tengah bergaduh.. habis dinding rumah time tu ( daun rumbia.. rumah kampung zaman tu) hancur oleh dia.. sbb kesusahan dia nak struggle nak meninggal tu...

memang semua org kata time dia meninggal tu btol2 seram... dan mama kata.. benda tu.. terlepas dr badan dia tapi tak bertuan... so dia tunggu la sapa2 dalam family kami utk dia dtg dan mengabdikan diri... dan bila dia dengar citer dr aku pasal mimpi tu.. dia kata.. explanation aku lebih kurang mcm benda yg moyang aku amalkan sbb ilmu tu dia dpt memang bukan dr tempat kami...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2004 11:09 PM | Show all posts
aku puas ati dengar citer mom.. tapi.. tak tau camana nak buang benda tu! aku ingat dia nak leave me alone... rupanya tak... so kisah sambung semula selepas aku masuk kolej...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 08:05 AM | Show all posts
nf:nf: Thanks Eva for sharing your great pengalaman....:clap::clap::clap:
Mungkin with that story orang akan faham what's saka is all about...nf:nf:
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 03:57 PM | Show all posts
:clap::clap: bestnya...
tekun jer aku membaca...
macam baca buku cerita..
heheheh...
so sambung ler....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by eva at 11-8-2004 11:09 PM:
aku puas ati dengar citer mom.. tapi.. tak tau camana nak buang benda tu! aku ingat dia nak leave me alone... rupanya tak... so kisah sambung semula selepas aku masuk kolej...


:  saya penah dgr pasal saka ni secara am shj. apa2 pun, mmg menarik sungguh pengalaman u.

penah ikhtiar nak buang bende tu? saya pernah terdengar pasal sorang ustaz ni kat keramat (AU4 kot), ramai juga org pergi berubat dgn dia tentang perihal2 x-file ni laa..  my mom pernah pergi berubat juga dgn ustaz ni... ustaz tu ade cakap my mom ade masalah saka juga... tp tak tahu laa saka apa,... (tak tahu, sbb saya pun tak amik port sgt... kekonon cam tak caya sgt laa  )

saya sendiri tak pernah jumpa ustaz tu.. tp, boleh le rekemen kot.. tu pun kalu nak explore options yg ada laa.. mungkin u pernah berubat ditempat2 lain juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2004 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by hulubelang at 12-8-2004 00:05:
nf:nf: Thanks Eva for sharing your great pengalaman....:clap::clap::clap:
Mungkin with that story orang akan faham what's saka is all about...nf:nf:


:tq::tq: hulu... citer btol la nie...
saka = takkan biarkan kaum keluarga bekas tuan dia dok aman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2004 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by Mystery at 12-8-2004 07:57:
:clap::clap: bestnya...
tekun jer aku membaca...
macam baca buku cerita..
heheheh...
so sambung ler....

;) tengah membukukan citer2 pelik la ni ;):lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2004 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by silmarwene at 12-8-2004 08:14:


:  saya penah dgr pasal saka ni secara am shj. apa2 pun, mmg menarik sungguh pengalaman u.

penah ikhtiar nak buang bende tu? saya pernah terdengar pasal sorang ustaz ni kat keramat (AU4 k ...


blom sempat lagi silmarwene... blom sempat nak berubat eva dah pindah dok UK with hubby may be kalau balik.. mungkin akan berubat.. dunno la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2004 06:50 PM | Show all posts
citer 2 ;

aku masuk kolej selepas spm.. matrikulasi dan kemudiannya universiti... time matrikulasi aku ok jer takderla benda2 pelik tu nak tunjuk diri... seronok je life time tu... kengkawan pon memang tak tau apa2 sbb memang aku tak pernah citer pon..

tapi bila naik universiti...citer pelik saka tu return lagi... dunno la benda tu sbb saka atau sbb hostel tu memang creepy ... memang org kata aku dok hostel lama tapi takderla sampai satu kes seluruh hostel tu histeria....

ok citernya bermula.. bila kengkawan aku selalu tanya kat aku kalau dorang terbangun pagi before subuh... kengkadang dorang akan nampak seorang wanita berbaju hitam duduk kat hujung katil aku.. while aku pulak time tu tido.,.. erkk pelik..tu first semester kat universiti.. kawan aku tanya aku sedar tak semalam ada perempuan duduk kat hujung katil aku.. aku kata tak... dorang sibuk la tanya sapa dia tu :hmm: mana la aku tau!!! semua kawan aku dah kecut perut...

tu time first semester... benda tu kengkadang tunjuk diri kengkadang tak... ermm aku tak takut sangat tetapi kengkawan aku jenis lemah semangat... yg lemah semangat ni la selalu nampak..

second semester aku dan kawan aku kena pindah bilik baru... kami dpt new roomates tapi kenal each other dan beberapa orang junior... aku memilih katil yg mengadap tingkap... dan katil atas (katil double decker)... manakala junior aku kat katil bawah dan kengkawan aku tak jauh dr katil kami...

the story began bila memalam kami suka bercerita dan bergelak ketawa riang... actually bilik baru kami mintak tu dah lama org tak duduk.. dlm 2 tahun tapi bila kami pindah... bilik tu makin ceria...but satu malam tu lepas kami semua bersuka ria.. bergelak ketawa.... kami kepenatan dan semuanya layan bantal...

[ Last edited by eva on 12-8-2004 at 10:52 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081040 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list