CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2782|Reply: 15

[Tempatan] Agong ucap takziah pemergian Abdul Aziz

  [Copy link]
Post time 17-10-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


#Penjarakanfizikal
Klik untuk Berita Terkini
Covid-19
Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan tempoh tamat
75
Hari

07
Jam

28
Minit
NASIONAL
Agong ucap takziah pemergian Abdul Aziz
Oktober 17, 2020 @ 1:43pm
- Twitter Istana Negara
- Twitter Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang meninggal dunia semalam.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.

"Khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara amatlah dihargai.


"Seri Paduka baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan solihin," kata kenyataan itu.

Abdul Aziz, 82, meninggal dunia pada jam 11.52 malam tadi.
Allahyarham mula berkecimpung dalam arena politik selepas menyertai UMNO Cawangan Pelabuhan Klang pada 1969 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan adalah bekas Ahli Parlimen Shah Alam dari 2004 hingga 2008.

Allahyarham memegang jawatan Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar pada tempoh sama.

Selain itu, Allahyarham turut bergiat aktif dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundingan MPM. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/742919/agong-ucap-takziah-pemergian-abdul-aziz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cause of death?







Innalillahiwainna ilaihirojiun

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Moga rohnya dirahmati Allah
Besar jasa Dato Aziz kepada negara
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah hiwainnailaihirojiun..semoga roh almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Aminn

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Tan Sri..
Antara bekas menteri yg selalu senyum & lembut bila berbicara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2020 07:18 PM | Show all posts
antara watak kes liwat 1.takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah pernah jadi MP Shah Alam sblum Khalid Samad menang. Takziah kpd para keluarga Tan Sri. Alfatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah accident kereta dgn wife. Wife dia meninggal. Dia selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 09:14 PM | Show all posts
Jasa Allahyarham yang begitu banyak memajukan kawasan kawasan luar bandar dan juga kawasan kawasan di wilayah wikayah tidak akan dilupakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 17-10-2020 07:18 PM
antara watak kes liwat 1.takziah.

Masa kt uum pas pemecatan anwar...dia antara watak penting so-called memberi penjelasan bg pihak kerajaan masa tu..
Aku pun terjebak bertanyakan soklan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ALDRIN replied at 17-10-2020 08:23 PM
Pernah accident kereta dgn wife. Wife dia meninggal. Dia selamat

Yg naik pajero & anak dia drive tu ke?....
Wife meninggal sbb tercampak keluar...
Yg tu ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas arwah isteri meninggal tok Aziz berkahwin baru kah?
Inna lillahi wainna ilayhiroojiun....
Semoga dpt bertemu kembali arwah isteri di negeri abadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
saksi kes anwar.. so i presumed dia mesti bff TM.. last Friday 2 bff TM passed away.. sorang lagi tokeh Bakun
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086334 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list