View: 7975|Reply: 73
|
[Tempatan]
'Jawi pernah diguna tulis cerita erotis, iklan arak' - Pengkaji
[Copy link]
|
|
Edited by I.am.PH at 17-10-2020 10:10 AM
'Jawi pernah diguna tulis cerita erotis, iklan arak' - Pengkaji
Rashidah Zulkifli Diterbitkan Hari ini 4:11 pm
Tulisan Jawi cuma sekadar tulisan yang berasal dari huruf Arab dan kemudian disesuaikan dalam bahasa Melayu, kata penulis dan pengkaji budaya Hazman Baharom.
Hazman menjawab kebimbangan yang sering kali dibangkitkan masyarakat bukan Islam mengenai pembelajaran tulisan Jawi yang didakwa mempunyai unsur Islamisasi.
"Tulisan Jawi jadi kontroversi sebab ada hujah mengatakan perkataan Arab mampu menjadi unsur Islamisasi.
"Sedangkan tujuan tulisan Jawi ini adalah untuk mengungkap pelbagai bidang ilmu dan tujuan," katanya yang banyak menyelidik mengenai sejarah tulisan Jawi.
Hazman berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, penganalisis politik Dr Wong Chin Huat mengenai kerisauan pembelajaran Jawi di kalangan bukan Islam pada webinar berjudul
"Tulisan Jawi dan pendidikan (perspektif sejarah) malam tadi.
Webminar ini merupakan anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, serta badan pemikir Pusat Penyelidikan Sosiobudaya dan Agama Malaysia (Saudara).
Hazman selanjutnya menjelaskan walaupun berkongsi huruf sama, tulisan Jawi dan Arab tetap dua perkara yang berbeza.
"(Mengatakan) belajar bahasa Jawi boleh memudahkan pembacaan al-Quran (juga) adalah tidak tepat.
"Boleh berbahasa Jawi tak semestinya boleh bahasa Arab tapi sekadar memudahkan ia kerana bacaan al-Quran perlukan ilmu tajwid," kata Hazman yang juga seorang pensyarah di Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby.
Menurut Hazman, dimensi ketakutan golongan bukan Islam akan berterusan sekiranya mereka tidak memahami sejarah penggunaan tulisan Jawi yang tidak semestinya bertujuan hal-hal keagamaan.
"Analisis daripada hujah-hujah membuktikan tulisan Jawi (pernah) digunakan dalam pengiklanan arak atau cerita-cerita lucah dan erotis.
"Contoh ini menunjukkan tulisan Jawi turut digunakan dalam perkara-perkara dosa dan tak semestinya digunakan untuk tujuan Islamisasi atau Arabisasi," kata Hazman tanpa memberi perincian mengenai penelitiannya itu.
Sistem tulisan bahasa Melayu mengalami perubahan sepanjang beberapa abad lalu, dan Jawi merupakan sistem yang digunakan pada masa lalu.
Untuk rekod, selepas kemerdekaan Malaya, pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1957 menyatakan Rumi yang berdasarkan abjad Latin sebagai tulisan bagi bahasa kebangsaan tetapi pada masa sama tiada larangan terhadap penggunaan Jawi.
Antara sistem tulisan paling awal bahasa Melayu ialah adaptasi daripada sistem yang digunakan untuk bahasa Sanskrit, yang berasal dari India.
Sejak abad ke-8 hingga abad ke-13, Bahasa Melayu Kuno ditulis menggunakan pelbagai sistem tulisan seperti Rencong, Pallava dan Kawi.
Semua sistem ini berasal daripada abjad Brahmi yang tersebar di Nusantara bersama-sama agama Hindu dan Buddha pada masa itu.
Tulisan Jawi diperkenalkan di Nusantara bersama dengan ketibaan dan penyebaran Islam pada era 1300-an. Oleh kerana tulisan itu lebih berkesan dalam membantu pemahaman teks agama seperti al-Quran dan hadis, ia digunakan secara meluas dan mengambil tempat sistem tulisan berasaskan Brahmi.
Menurut Hazman lagi, orang ramai perlu belajar banyak bahasa dan tulisannya untuk mengurangkan prejudis dalam kehidupan dan menghargai kepelbagaian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ye.. apa isunya disini? Communication media kan? Oh lupa, semuanya sebab ada kaitan dgn Melayu/Islam kan? |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 la tu
tak perlu la hina agama dan bangsa sendiri semata-mata nak impress orang lain
do you know that you can respect other race without insulting your own race?
it doesnt make you a better malay or even a better person pon |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tulisan jawi tulisan rasmi masa tu. So apa mslhnya? |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 17-10-2020 06:11 PM
Ye.. apa isunya disini? Communication media kan? Oh lupa, semuanya sebab ada kaitan dgn Melayu/Islam ...
Isunya Hamzah Baharom ni dah diresapi jarum2 halus Wong Shu Qi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Komentar netizen di FB di atas...
Cik Kiah Mat Din Pengkaji budaya, Hazman Baharom menjawab kebimbangan yang sering dibangkitkan masyarakat bukan Islam mengenai pembelajaran tulisan Jawi yang didakwa mempunyai unsur Islamisasi.
- tulisan Jawi hanya tulisan yang menyerupai tulisan Arab..tulisan Arab juga ditulis disurat khabar dan majalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 17-10-2020 06:23 PM
Dh tulisan jawi tulisan rasmi masa tu. So apa mslhnya?
Masalahnya dulu Wong Shu Qi bagi contoh yg sama utk tunjukkan yg Jawi hanyalah medium bahasa bkn alat agama bagi masyarakat cina faham, dia dituduh menghina jawi....
Now statement yg sama diguna Hazman Baharom, hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
So, boleh guna jawi kat arak dan babi? |
|
|
|
|
|
|
|
I.am.PH replied at 17-10-2020 06:26 PM
Komentar netizen di FB di atas...
Tak perlu samakan dgn fb yg carca marba tu. Kat forum ni ada kategori. Aku rasa thread kau layak masuk bod sejarah je.
Bbnu je tak boleh beza tulisan, bahasa, bangsa dan agama. Kau pun bbnu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Cik yam...kau paham tak konsep jawi tu? Kau sekolah tak? PMR lulus tak? |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 17-10-2020 06:25 PM
Isunya Hamzah Baharom ni dah diresapi jarum2 halus Wong Shu Qi.....
Ooo.. ingatkan Wong Long Kat.. panas badan tiada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la pernah. Nama pun tulisan. Apa2 tulisan pun pernah digunakan utk tulis mcm2 benda. Bahasa Arab pun byk cerita erotik. Bahasa Hebrew pun. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 17-10-2020 06:35 PM
Memang la pernah. Nama pun tulisan. Apa2 tulisan pun pernah digunakan utk tulis mcm2 benda. Bahasa A ...
That's the point....inilah yg si ahso Keluang ckp yg pernah kecoh dlm forum ni dulu...
Try tgk link ni
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1219795&pid=71662629&page=1&extra=&mobile=2#pid71662629 |
|
|
|
|
|
|
|
Tt ni mmg x sekolah agak nye. Tulisan je pn. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm byk2 material awat tak tunjuk surat kabar jawi dulu2??? instead dia tunjuk porn material?? wat a fucking phoney this dapigs...kita cuba bersangka baik dgn puak2 ni but its totally out of context la shu qi or pu ki, u re merely showing your protest la ahso...pegi cuci lu punye berak properly
#trobek |
|
|
|
|
|
|
|
So perlukah kita semua gelabah nenen? |
|
|
|
|
|
|
|
Bergaduh la korang ....covid jgn lupa x kan pilih2 mangsa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar kapir laknatullah
#trobek |
|
|
|
|
|
|
| |
|