CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5448|Reply: 39

Amyza kembali ke pangkuan ABPBH

  [Copy link]
Post time 18-10-2020 08:45 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kali terakhir bersaing dalam barisan Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2008, akhirnya, Amyza Aznan tercalon pada edisi terbaru edisi ke-33 acara anugerah berprestij ini.

Amyza yang merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2019 melalui lakonan watak dalam drama Batik Zakiah, teruja dapat kembali ke pangkuan ABPBH.

"Kali terakhir saya jadi calon Top 5 adalah pada 2008. Selepas itu, tidak sangkut-sangkut lagi, malah, pencalonan awal pun tidak 'lepas'.

"Kali ini, saya tidak sangka, nama tersenarai dalam calon Top 20 kategori Artis Komedi Popular," katanya kepada BH Online.

Amyza yang mencipta nama melalui drama Mat Despatch berkata, peluang bersaing dalam kategori artis komedi sangat dinanti-nantikan.

"Jika tahun lalu, saya dapat buktikan kemenangan melalui watak serius, kalau dapat menang melalui sisi komedi, ia dianggap bonus.

"Cuma melihat kepada calon-calon, semuanya bukan calang-calang," katanya.

Bersikap realistik, Amyza tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

"ABPBH berpaksikan undian peminat. Berapa 'kerat' peminat saya? Kelab peminat pun sekejap ada, sekejap tiada.

"Hendak meletakkan harapan menggunung pada ABPBH 33 sangat mustahil. Tetapi dalam hidup, tiada yang mustahil bukan?" kata isteri kepada Khairil Idzhar Md Nazir ini.

Amyza tidak menolak kemungkinan peminat mengundi dirinya dalam diam.

"Mana tahu, kali ini berlaku undi pecah. Mungkin ada kelompok pemerhati yang sering cakap saya kelakar dan buat hidup mereka penuh dengan gelak ketawa mengundi saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, rezeki terus murah buat Amyza. Dia sedang melunaskan penggambaran drama komedi 26 episod berjudul Keluarga Pasar untuk siaran RTM.

BERITA BERKAITAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 08:57 AM | Show all posts
Apa drama komedi yang acik ni berlakon sepanjang tahun ni? Aku nak recap performance beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 18-10-2020 08:57 AM
Apa drama komedi yang acik ni berlakon sepanjang tahun ni? Aku nak recap performance beliau..

Aku suke dia berlakon jd pompuan gile dgn azad jasmin.. pecah perut.. muke skit punya bangang.. bini azad tu si sherry.. mak azad rosnah mat aris kalo tak silap.. mmg sekonseko bangang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku dia ni oklaa.. semua watak ok.. jahat ok baik ok.. teraniaya ok.. mkcik bawang ok.. cume makin tua ajelaa.. so bbnu tak mo
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:49 AM | Show all posts
Edited by Rachel_Green at 18-10-2020 09:51 AM
Buritan replied at 18-10-2020 09:08 AM
Aku suke dia berlakon jd pompuan gile dgn azad jasmin.. pecah perut.. muke skit punya bangang.. bi ...

ooo...cerita raya kan...memang best drama tu...tajuk "balik raya ke kita"
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:58 AM | Show all posts
Buritan replied at 18-10-2020 09:10 AM
Bg aku dia ni oklaa.. semua watak ok.. jahat ok baik ok.. teraniaya ok.. mkcik bawang ok.. cume maki ...

Pilihan begitulah yg tak adil dan tak meningkatkn  mutu lakonan drama2 M'sia.  Hanya mementingkan muka cantik tapi tak ade penghayatan dlm lakonan. Kalau tengok drama2 luar negara, pelakon2 mereka ada yg huduh, buruk, hitam legam, hidung kembang, tapi pembawaan watak dn mimik muka menepati watak yg dibawa.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rachel_Green replied at 18-10-2020 09:49 AM
ooo...cerita raya kan...memang best drama tu...tajuk "balik raya ke kita"

Tajuk dah tak ingat.. rosnah mat aris tuu duk kat bukit fraser.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 18-10-2020 09:58 AM
Pilihan begitulah yg tak adil dan tak meningkatkn  mutu lakonan drama2 M'sia.  Hanya mementingkan  ...

Tu laaa.. ini asyik cantk cantik cantik.. pondesyen tebal pun ok.. kayu kayan pun ok janji cantik hensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2020 10:42 AM | Show all posts
Moga tak menang anugerah nih nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 18-10-2020 01:58 AM
Pilihan begitulah yg tak adil dan tak meningkatkn  mutu lakonan drama2 M'sia.  Hanya mementingkan  ...

Kesian kan kak artis yang berkualiti terpinggir hanya sebab tu je. Pelik dengan taste orang kita ni. Padahal retis cantik tayang kecantikan semata, dipuja mcm apa.

Sekarang suka tengok drama RTM & tv awesome. Drama berkualiti walaupun pelakon tak famous
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg la xde yg mustahil kakaya tp kali ni mmg mustahil. sah2 le kaklina pom2 menang. begitohh keyakinan iols ok
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ooohhh dh tu acik2 kat sini nk kena mggelabah teksssss ke tak dgn kejayaan terbesar hantu jerangkung ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:14 PM | Show all posts
dia ni berlakon ok la.cuma tkde yg wow kita teringat2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 18-10-2020 11:04 AM
Kesian kan kak artis yang berkualiti terpinggir hanya sebab tu je. Pelik dengan taste orang kita n ...

Dari dlu i tlg “jual”rtm ni tp org xpercaya ckp ada lg ke org tgk rtm? Iols klau tv rosak, jangan lah rtm. Tv3 xpe sbb xde isi

Tv1 n 2 hari2 biasa mcm2 info n drama. Drama cina, india, luar negara. Mlm2 hari2 tukar filem. Dari filem pramlee, filem english, cina, hongkong, hindustan tamil ikut giliran. Walaupon ada ulang2 but much better dri tv3 drama hauk . Klau atas pukul 11, ada pulak english series. Hari khamis best ada superhuman & penn n teller
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:17 PM | Show all posts
baru top 20..takyah nak sembang byk boleh tak...dah masuk top 5 baru la boleh gebang lebih sikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:19 PM | Show all posts
minah_selekeh replied at 18-10-2020 08:57 AM
Apa drama komedi yang acik ni berlakon sepanjang tahun ni? Aku nak recap performance beliau..

tak dpt recall any drama komedi yg dia ni berlakon...cuma watak komedi yg boleh ingat..dia jadi nurse kepoh..bila pakai uniform nurse tu, nampak mmg boleh blend dlm watak  nurse..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 12:21 PM | Show all posts
SR4tahun replied at 18-10-2020 11:47 AM
mmg la xde yg mustahil kakaya tp kali ni mmg mustahil. sah2 le kaklina pom2 menang. begitohh keyakin ...

kak lina pom2 tu mmg boleh tapau kategori tu...drama kampung people tu mmg naikkan nama dia balik...tak sia2 dia masuk GV hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:23 PM | Show all posts
nolya replied at 18-10-2020 09:58 AM
Pilihan begitulah yg tak adil dan tak meningkatkn  mutu lakonan drama2 M'sia.  Hanya mementingkan  ...

ha ah setuju..kalau tgk drama luar..kita akan fokus pd jalan cerita tu betul2..drama kita, kita tgk eh lawa lar heroin ni eh lawa la hero dia...so sweet..pastu sibuk nak mengkapal-kapalkan hero heroin kat dunia sebenar hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ada ke yg nak undi beliau lagi setelah melembukan netizen time pkp aritu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 18-10-2020 12:19 PM
tak dpt recall any drama komedi yg dia ni berlakon...cuma watak komedi yg boleh ingat..dia jadi nu ...

Ada satu drama komidi, Ameyza jadi bibi, majikn Dia Fasya Sanda.  Dia keluar rumah, melilau di taman nunggu pacarnya, bila kantoi dgn majikn katanya cari kecoa/lipas. Lucu juge lah. I suka juge lakonan Amyza.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.089705 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list