CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 2

[Tempatan] Semenjak berkawan dengan DAP, Mujahid dah pandai promote perkataan 'SIAL'.. adak

[Copy link]
Post time 19-10-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nota:digalakkan utk skip,aku baca awal n akhir je sbb nk termuntah.sekian

Kesian kanda ni...lepas jak jawatan menteri agama..songkok hilang..kupiah hilang...nmpk sgt kanda tangkap muat jak..kalau dulu letak menteri sukan ...mgkn seluar kontot sudah kanda..satu lg mau pesan kanda tu bekas menteri agama..bahasa bahasa yg kurang sesuai tu kurangkan lahh..melainkan jawtaan tu kanda dpt sebagai balas jasa guling guling hari tu...

MEMBUANG SIAL LANGKAH SHERATON

1. Perkataan 'SIAL' memang keras kerana ia membawa erti kecelakaan, nasib malang dan mengundang musibah. Selain itu ia turut digunakan sebagai cacian nista terhadap seseorang yang 'mendoakan' kehancuran dalam hidup seseorang yang dibencinya. Saya memilih perkataan 'SIAL' bukan berniat memaki hamun sesiapa jauh sekali berkasar bahasa tetapi saya cuba membuat satu ilustrasi kepada pembaca bagaimana watak-watak pembelot dalam langkah Sheraton tempoh hari telah mengundang malapetaka politik dan membawa celaka besar kepada rakyat dan negara. Bahana 'sial', 'sumpahan' atau 'ketulahan' ini perlu dibuang jauh-jauh secepat mungkin sebelum kita semua dimakan sumpah kerana berdiam diri dan rela dipimpin oleh para pembelot.

2. Membuang sial adalah reaksi spontan kepada mangsa yang 'kena' apatah lagi kesan celaka itu menyakiti orang yang lebih ramai. Cara membuang sial atau mengangkat sumpahan ialah kita perlu PANGKAH dan PAKU punca yang menyebabkan segala musibah politik ini berlaku. Sejak musibah sheraton diundang, tanda-tanda pentadbiran negara dalam bahaya tidak dapat disembunyikan lagi. Penyakit kabinet yang obes(saiz xxxl) melahirkan menteri yang tidak kompeten manakala MP-MP dilamun habuan masing-masing dalam kedudukan GLC semasa majoriti lemah dan rapuh. Demi survival, kerajaan PN mengamalkan SOGOKAN dan hanya layak digelar sebagai Kerajaan Penyogok sekaligus menodai asas kebebasan bersuara di dalam Parlimen.

3. Demi 'pensejajaran politik' kononnya, satu kesepakatan baru dibentuk untuk kukuhkan kedudukan tetapi hakikatnya mereka lupa bahawa pertemuan mereka hanyalah untuk mengukuhkan lagi bencana politik yang bakal mereka cipta! Para pembelot dari elitis politik bukan sahaja pekak tetapi tuli dan buta kepada perasaan rakyat, kesusahan rakyat dan pandemik yang telah melumpuhkan aktiviti rakyat. Memang kuat 'sumpahan langkah sheraton' seolah rakyat tidak wujud dalam perkiraan biul mereka, mereka dah kena sumpahan sehinggalah merebak ke seluruh persekutuan.

4. Alhamdulillah tidak semua tunduk pada mainan ini, kesedaran bahaya langkah ini ditegaskan beberapa kali oleh DSAI dan kepimpinan PH supaya mereka harus kembalikan mandat, dan berhenti kerja gila ini sebab ia menjejas tumpuan kerajaan kepada mengendalikan pandemik dan menguruskan ekonomi. UMNO sebagai mangsa pembelot dalam hal ini sedar bahawa jika mereka terus bersama pembelot-pembelot, bahana ketulahan sumpah sheraton akan menghantui UMNO. Sebab itu kita dapati suara UMNO dah mula lantang mengkritik hubungan pelik antara mereka dan TSMY. Mereka sokong kerajaan PN tetapi enggan memetrai perjanjian. Pada awal langkah sheraton, niat mereka ialah mahukan parlimen  dibubarkan awal untuk membuka jalan kepada PRU tetapi apabila opsyen itu tertutup mereka ambil sikap menyokong PN tetapi dalam keadaan penuh berhati-hati sambil bergelut memahami kesetiaan PAS dalam MN yang main kayu tiga dengan PN.

5. Negara tidak akan ke mana jika TSMY terus memukau rakyat dengan mentera abah..abah..abah beliau. Kesan kerajaan penyogok yang diterajuinya menatijahkan pengurusan krisis pandemik yang lemah sehingga berlaku peningkatan kluster baru. Rotan 'abah' jadi bahan troll bila menterinya sendiri gagal diambil tindakan. Bersatu yang idamkan mengambil alih pengaruh UMNO mula bernafsu lebih dari termampu. Di saat ini, kepimpinan UMNO dah mula mengamuk! PN yang bergantung talian hayatnya dengan 39 MP UMNO mula berlagak sombong sehingga memaksa UMNO bertimbang untuk tarik balik sokongan kepada TSMY.

6. Sementara itu, usaha pangkah dan paku malapetaka langkah sheraton tidak pernah berhenti. Kepimpinan Majlis Presiden PH menetapkan usaha ini hendaklah dipimpin oleh DSAI bagi menghindari kecelakaan besar politik negara gara-gara nafsu sang pembelot. DSAI telah melakukan segala kemungkinan terbaik dan berhemah untuk pulihkan negara melalui seruan majoriti yang lebih kukuh dan usaha membentuk kerajaan yang lebih stabil. DSAI menegaskan secara konsisten tiada sogokan demi sokongan, yang ada hanya landasan tanggungjawab, keamanahan dan integriti dipandu oleh prinsip hukum sebagai syarat sokongan kepada kerajaan baru.

7. Langkah DSAI menggamit kesedaran dari kelompok yang menyokong pembelot. Kini mereka sedikit pulih dan sedar bahawa perlu ada exit dari sumpahan sheraton bagi menstabilkan keadaan dari ketidaktentuan yang berlaku. UMNO perlu sedar bahawa demi survival politiknya, ia perlu bangkit dalam keadaan bermaruah dan tidak diperbudakkan oleh parti hingusan seperti Bersatu.Tapak UMNO masih kukuh, mereka ada masa untuk reboot dan kembali berpencak di medan demokrasi untuk membetuli keadaan. Tidak masuk akal untuk kekal disumpah 'sial sheraton' sedangkan DSAI berusaha keras membuangnya. Negara memerlukan MP-MP untuk membentuk satu majoriti yang lebih kukuh dan kerajaan yang stabil dengan sokongan rentas kepartian.

8. Hanya ego UMNO sahaja yang menghalang mereka keluar dari sumpahan kerajaan penyogok PN. Ego terbesar UMNO setakat ini ialah 'tiada DAP' walaupun UMNO tahu tulahan sheraton lebih memudaratkannya dan berpotensi merosakkan negara. Apalah ego itu jika dibandingkan survival UMNO yang semakin hari didesak oleh kepimpinan dan akarumbi untuk tinggalkan kerajaan PN. UMNO ada ego politiknya, antara lain ego BNnya dan ego MNnya dan ego 'No DAP'. 'Tiada DAP' adalah super ego UMNO yang menentukan nilai dan kayu pengukur moral UMNO dan yang memberikan UMNO suntikan retorik politik Melayunya. Kerumitan ini adalah cabaran besar langkah DSAI untuk mengangkat 'sumpahan sheraton' dari batang tubuh UMNO yang kini berkecamuk.

9. Pada pandangan saya, super ego UMNO perlu diletakkan pada landasan yang menguntungkan semua pihak. Ya..memang sukar untuk kita berkrompomi dengan super ego kita kerana kita akan dianggap tidak berperinsip tetapi janganlah pula menutup pintu rundingan kerana rundingan adalah cara terbaik untuk kita mencari ruang-ruang supaya prinsip kita diimbangi dengan keperluan lebih besar di luar parti kita. Pada waktu yang sama jangan kita merasakan yang DAP mudah menerima super ego UMNO, mereka pun ada ego politiknya, tetapi sekurangnya sikap awal mereka ialah menyokong langkah DSAI demi memenuhi keperluan lebih besar untuk rebooting keadaan politik nasional. Ego politik tanpa melihat kepentingan negara sudah tidak relevan, apatah lagi dalam suasana krisis pandemik hari ini. Ketahanan Nasional sebagai benteng kuat dari dikalahkan kemaraan pandemik mendesak kita bergenjak dari super ego parti masing-masing kepada super ego nasional yang dipandu nilai lebih keramat seperti Rukunegara, Lunas Perlembagaan serta  kebijaksanaan institusi Raja kita sebagai ketua negara.

10. Langkah DSAI adalah untuk pangkah sial tragedi Februari. Janganlah pula ada di kalangan elitis politik yang cuba sailang DSAI di tengah jalan untuk ambil kesempatan. Cukup-cukuplah sehingga membawa kita berberantakan dan rakyat menderita dan kita sudah semakin hampir keluar dari krisis politik. Cukuplah juga kita berbincang menuntut lebihan jawatan itu dan ini dengan syarat baru hanya untuk memenuhi ego kita. Rakyat melihat buruknya perangai kita berunding dengan para pembelot dan penyogok jawatan. Berhentilah semua itu, kembalilah kepada suara rakyat yang mendambakan pengurusan pandemik yang cekap dan membantu rakyat menjalani kehidupan.

Kunci memimpin pemulihan besar-besaran negara kini berada di genggaman DSAI dan 91 MP yang solid bersamanya. Para pembelot telah dikenali rakyat manakala mangsa-mangsa pembelot masih ada ruang untuk melakukan sejarah dengan bersama membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan majoriti yang kukuh. Saya merayu rakan-rakan MP rentas politik kepartian supaya kali ini marilah kita berganding bahu membina ketahanan negara di waktu krisis ini.

Doakan semoga sumpahan langkah sheraton diangkat dan tulahannya dimatikan, semoga fajar kembali menyinsing di bumi Malaysia! Amin YRA...

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar

18hb Oktober 2020

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kopipes drp https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2421-irsyad-al-fatwa-siri-ke-228-adakah-angka-tertentu-boleh-bawa-nasib-malang
Tapi pada pendapat iols, dia seleweng penerangan yg diberikan masa dolu2.

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-228 : ADAKAH ANGKA TERTENTU BOLEH BAWA NASIB MALANG?

Butiran
Dimuatnaik olehAbdulrahmanDiterbitkan: 23 Mei 2018

Soalan

Adakah nombor tertentu yang ada pada nombor telefon, nombor rumah, nombor kereta dan sebagainya boleh bawa nasib malang atau beri nasib yang baik kepada hidup seseorang?



Jawapan

Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai bahawa angka tertentu boleh membawa nasib malang atau memberi nasib yang baik dalam hidup mereka. Ini menimbulkan kecaknaan kepada yang lain bagi mendapatkan kepastian apakah pandangan Islam terhadap perkara tersebut. Justeru artikel ini akan mengupas berkenaan permasalahan ini.



Allah SWT Sahaja Yang Boleh Beri Manfaat atau Mudarat

Secara dasarnya, Islam telah meletakkan dasar pegangan yang kukuh bahawa tiada apa yang boleh memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT:

                          

Maksudnya:“Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Yunus: 107)

Ibnu Kathir berkata: “Sesungguhnya kebaikan, keburukan, manfaat dan bahaya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Tidak ada sesuatu pun menyekutui-Nya dalam hal yang demikian. Maka hanya Allah sahajalah yang berhak diibadahi. Tidak ada sekutu bagi-Nya.” (RujukTafsir al-Quran al-‘Azhim, 7/407)



Larangan Menganggap Sial dan Anjuran Menyebut yang Baik-baik

Islam melarang umatnya daripada mengaitkan hari tertentu, atau bulan tertentu, atau kejadian tertentu, mahupun angka tertentu kepada sesuatu perkara malang. Hal ini seperti seseorang mengaitkan angka tertentu dengan nasib malang dan sial yang dilaluinya. Begitu juga seperti mengaitkan bulan-bulan tertentu dengan nasib malang lalu menghindari daripada mengadakan majlis-majlis tertentu pada bulan tersebut.

Kesemua perkara ini jelas ditegah oleh Islam kerana ia menjerumuskan kepercayaan bahawa sesuatu musibah itu adalah datang daripada makhluk sedangkan makhluk tidak sedikitpun mempunyai kuasa yang boleh mendatangkan manfaat mahupun mudarat. Ia juga boleh merosakkan sifat tawakal seseorang kepada Allah SWT. Sebaliknya Islam mengajar kita untuk sentiasa optimis dan bersangka baik dengan segala apa yang berlaku.

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda:

              .

Maksudnya:“al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.”

Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538)
dan al-Tirmizi (1614)

Istilahtatayyuratautiyarahberasal daripada perkataan al-tayr() iaitu bermakna burung. Dalam kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah, apabila mereka akan mengadakan perjalanan, mereka akan terlebih dahulu melepaskan burung. Sekiranya burung itu terbang ke kanan, maka ia dikenali sebagaisa’ih, mereka akan gembira dan perjalanan dibolehkan. Sebaliknya, jika ke kiribarih, ia bermakna sial dan mereka akan bersedih kerana ia memberi petanda musibah akan menimpa lantas mereka akan menangguhkan pemergian. (RujukMiftah Dar al-Sa’adaholeh Ibn al-Qayyim, hlm. 584-585)

Tiyarah atau tatayyur atau sial majal tidak hanya terbatas pada rasa sedih atau pesimis terhadap burung semata-mata akan tetapi ia juga berkait dengan nama-nama, ucapan-ucapan, tempat-tempat, hari-hari mahupun angka-angka tertentu.

Rasulullah SAW melarang daripada menganggap sesuatu itu sial atau malang lalu menyebabkan seseorang membatalkan tujuannya. Mengambil contoh mudah, seseorang ingin keluar dari dari rumah menuju ke sesuatu destinasi. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, tiba-tiba dia melihat biawak melintas di hadapannya. Lalu dia mengatakan bahawa ini sudah pasti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku sedangkan perkara tersebut bukanlah petanda yang jelas. Akhirnya dia membatalkan tujuannya atau menangguhkan ke hari yang lain. Inilah yang ditegah oleh Rasulullah SAW.

Daripada Fadhl bin Abbas, Rasulullah SAW bersabda:

     

Maksudnya:“…Sesungguhnya Tiyarah itu adalah yang mana menjadikan kamu terus melangkah, atau yang mana menjadikan kamu menahan niat (dari tujuan kamu)”.

Riwayat Imam Ahmad (1824)

Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW juga bersabda:

      

Maksudnya:“Sesiapa yang menangguhkan sesuatu hajat kerana al-Tiyarah maka dia telah berbuat syirik.”

Riwayat Imam Ahmad (7045)

Sebaliknya Rasulullah SAW menyuruh agar bersangka baik dengan menyebut yang baik-baik sahaja sekiranya berlaku sesuatu yang tidak pasti dan tidak jelas. Daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:

          :  .

Maksudnya:"Tidak ada ‘adwa dan tidak ada tiyarah. Dan yang menyenangkanku adalah al-fa'lu. Para sahabat bertanya: Apakah al-fa'lu itu? Baginda menjawab: Iaitu kata-kata yang baik.”

Riwayat al-Bukhari (5776) dan Muslim (5934)

Al-Hulaimi berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW menyukai kepadaal-fa'l(sikap optimis) kerana sikap menganggap sial adalah buruk sangka kepada Allah SWT tanpa sebab yang pasti dan jelas. Sementaraal-tafa’uladalah berbaik sangka kepada-Nya. Seorang mukmin diperintahkan untuk berbaik sangka kepada Allah SWT dalam segala hal." (RujukFath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 10/215)

Al-Tibi berkata, "Maksud dibolehkanal-fa'ldan larangan kepada kesialan ialah seseorang seandainya melihat sesuatu dan merasa ia baik dan dapat mendorongnya untuk mendapatkan hajatnya, maka hendaklah dia melakukannya. Apabila melihat kebalikan dari hal itu (seperti ada sial), maka janganlah dia mempedulikannya, tetapi hendaklah dia teruskan untuk mendapatkannya. Jika dia mengambil peduli terhadapnya dan berhenti daripada mendapatkan hajatnya, maka itulahtiyarahyang dipergunakan untuk kesialan." (RujukSyarh al-Thibi ‘ala Mishkat al-Masabih, 9/2978)

Larangan terhadap al-Tiyarah adalah didasarkan beberapa perkara. Antaranya:

Menjadikan manusia bergantung kepada selain Allah SWT.Menyebabkan perasaan takut, tidak tenang dalam banyak keadaan dalam diri seseorang hingga boleh menyebabkan jiwa bergoncang.Membuka jalan penyebaran khurafat dalam masyarakat dengan cara memberi kemampuan mendatangkan manfaat dan mudarat kepada pelbagai jenis makhluk yang sebenarnya mereka tidak miliki. (Rujuk kitabSyarah Aqidah Ahlus Sunnah wa al-Jama’ah)

Contoh-Contoh Lain Tatayyur dalam Masyarakat Melayu

Antara perkara-perkara yang masyarakat Melayu menganggapnya sebagai sebagai sial atau petanda tak baik ialah:

Bulan-bulan tertentu tidak elok mengadakan walimah kenduri kahwin, membina rumah dan sebagainya.Menganggap sial angka tertentu seperti angka 13.Kepercayaan kenan. Kenan dari segi bahasa ialah tanda atau cacat pada badan seseorang semenjak ia dilahirkan atau keganjilan tertentu pada gerak-geri atau kelakuan yang terdapat pada seseorang semenjak kecil. Kenan dalam masyarakat melayu ialah satu keccatan yang mana dikenali juga sebagai badi. Ia berkait rapat dengan perkara-perkara yang dilakukan oleh ibu semasa mengandung atau bapa anak berkenaan yang bersangkutan dengan objek lain, seperti kenan buaya, kenan kucing, kenan monyet, kenan katak dan sebagainya.Pesta Mandi Safar yang dilakukan oleh segelintir masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran sungai atau pantai. Upacara mandi beramai-ramai dan bersuka ria ini dilakukan dengan kepercayaan perbuatan tersebut kononnya boleh menghapuskan dosa dan menolak bala.Terdapat sesetengah masyarakat terutama orang-orang tua tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dan keramaian dalam bulan Safar kerana mereka khuatir bahawa kedua-dua pengantin tidak bahagia dan akan susah atau tidak mendapat zuriat dan mempercayai jodoh pasangan pengantin tersebut tidak akan berkekalan.Ada juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut.



Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kita dilarang sama sekali untuk menganggap sesuatu angka itu memberi sial. Begitu juga hal-hal yang seumpama dengannya. Hal ini bagi mengelakkan kita terjerumus dalam mensyirikkan Allah SWT.

Sebaliknya kita hendaklah sentiasa bertawakal dan bersangka baik kepada Allah SWT apabila berlaku sesuatu musibah, bukan menyalahkan angka tertentu atau hari tertentu dengan menganggapnya sebagai angka atau hari sial. Berpegang teguh kepada kekuasaan Allah serta serahkanlah urusan sepenuhnya kepada Allah SWT. Ingatlah firman-Nya:

     

Maksudnya:“Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”

(Surah al-Talaq: 3)

Antara hikmah larangan ini juga adalah bagi mengelakkan seseorang itu bersikap pesimis dalam hidupnya. Sebaliknya kita dikehendaki agar sentiasa bersikap optimis dalam melalui hari-hari dalam kehidupan walau apa musibah yang melanda sekalipun.

Sekiranya datang pemikiran seperti itu, maka hendaklah ditinggalkan pemikiran tersebut kerana dikhuatiri akan termasuk dalam unsur-unsural-tiyarah. Berdoalah sepertimana yang diajar oleh Baginda Nabi SAW:

           

Maksudnya:“Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan dari-Mu. Tiadalah burung itu (yang dijadikan sebagai tatayyur) melainkan makhluk-Mu. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain-Mu.”

Riwayat Imam Ahmad (7045)

Wallahua’lam.



Kami sertakan juga di sini berkenaan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh JAKIM yang menyebut berkenaan perkara-perkara atau unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan amalan ahli sunnah wal jama’ah. Walaupun ia adalah garis panduan berkaitan bahan penerbitan bercetak, namun dapat diambil daripadanya beberapa perkara. Antaranya:



Berkaitan Bentuk-Bentuk Khurafat dan Tahyul

Di antara bentuk-bentuk khurafat dan tahyul ialah:

Kepercayaan kepada nasib sial majal, seperti adat membuang sial.Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menangguhkan perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap sebagai isyarat benda tidak baik akan berlaku.



Penerbitan Berkaitan Dengan Khurafat dan Tahyul Yang Dilarang

Semua penerbitan yang mempromosikan ‘sifat luar biasa’ sesuatu objek-objek tertentu. Contohnya :

Mengenai kepercayaan kepada objek-objek seperti cincin batu akek, keris lama, tombak yang dianggap boleh memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.Mengenai kepercayaan kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang sial.



Semua penerbitan yang memaparkan cerita-cerita bersumberkan daripada kepercayaan lama, kepercayaaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Contohnya :

Mengenai kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.Mengenai kepercayaan bahawa tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala.Mengenai kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki, seperti adat memuja semangat padi dan membuang ancak.



Semua penerbitan yang memaparkan kepercayaan kepada sial dan mudharat yang menimpa seseorang atau diri sendiri. Contohnya :

Penerbitan yang memaparkan seorang ibu muda sukar untuk bersalin, gara-gara melanggar pantang larang supaya jangan mandi di sungai.

(RujukGaris Panduan Bahan Penerbitan Bercetak Dan Audio Visual Berhubung Dengan Unsur-Unsur Yang Bercanggah Dengan Akidah Dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaaholeh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hlm. 13-28)


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 07:40 AM | Show all posts
Sebab satu perkataan sial jah dah menggelupur cacai walauntit. Hadi bawang siap babikan, kaperkan, anjingkan semua yg xsatu geng dgan dia pon aman2 jah cacai walauntit sujud sembah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082183 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list