CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5784|Reply: 58

Saints Olga of Kiev si John Wicks versi zaman pertengahan

  [Copy link]
Post time 19-10-2020 02:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sarah82 at 19-10-2020 07:22 AM

Setelah berhari2 aku cari tentang minah ni dalam Vatican arkib website akhirnya seorg forumer iaitu @benharungkar bagitau nama minah ni..maka aku dapat juga cari utk baca dan tulis sejarah minah Olga ni berdasarkan apa yg aku faham.

Dan selepas 2 kali nota yg aku buat hilang...huwaaaaaa...akhirnya berjaya juga aku siapkan benang tentang Olga of Kiev ni..

Olgo of Kiev ni bukan sebarang wanita yg berdarah dikayangan tau. Beliau dianugerahkan sebagai Saints oleh Gereja Catholic dan Gereja Eastern Orthodox. nak dapat Saints dalam kristianiti bukan senang okies...Olga ni dpt Saints sebab beliau memainkan peranan dalam perkembangan kristianiti di Kiev Rus dan walaupun beliau tak berjaya mempengaruhi anak beliau iaitu Svyatoslav utk menjadi seorg kristian tapi beliau berjaya membuatkan anak dia bersetujun utk tidak menghukum penganut kristian di empayar Kiev Rus.

Sebelum aku tulis tentang dendam dan cara pembalasan dendam tahap cipan yg Olga ni laksanakan, aku kena tulis dulu tentang bbrp lelaki yg saling berkaitan dalam kisah Olga ni.

Mula2 meh aku citer tentang Rurik of Novgorod. Rurik ini berbangsa Varangian/Viking dan pengasas kepada empayar Kievan Rus. Jadi masa Rurik ni menjalankan kempen ketenteraan ke atas empayar Byzantine, kerajaan Drevlian menjadi sekutu Rurik dan juga membayar duit pelindungan atau bahasa cantiknya cukai kepada Rurik dan selepas kematian Rurik, kerajaan Drevlian tetap meneruskan pembayaran cukai kepada Oleg the Novgorod iaitu sekutu dan pengganti kepada Rurik memandangkan Igor anak Rurik ni masih bawah umur masa tu dan akhirnya pada tahun 912 Masihi selepas kematian Oleg akibat kena patuk ular (kisah kematian dia ni kelakar pun ada), kerajaan Drevlian pun berhenti la membayar cukai kepada Kievan Rus.

Igor Prince of Kiev iaitu suami kepada Olga memerintah Kievan Rus dan mcm bapa dan bapa angkat beliau, Igor meneruskan dasar2 perluasan kuasa utk mengukuhkan kekuatan Kievan Rus. Nak dijadikan cerita, pada tahun 945 Masihi, Igor tersedar..yezaaaaa...kerajaan Drevlian ni ada hutang cukai dgn aku selama 33 tahun...tak boleh jadi ni, aku kena paksa depa bayar cukai yg tertunggak tu jadi aku akan bertambah kaya ..

Jadi pada suatu hari pada tahun 945 Masihi, Igor pun mengetuai bala tentera dia berangkat ke tanah jajahan Drevlian utk minta cukai yg tertunggak selama 33 tahun. Maka selepeas melakukan paksaan terhadap kerajaan Drevlian, Igor ni pun dapat la hasil cukai tertunggak tu...Beliau pun berangkat pulang dgn bala tentera dia..sampai ke tengah jalan...Nafsu mai menghasut dia..aku boleh dapat lebih dari ni kalau aku patah balik dan paksa depa byr cukai kat aku...Drevlian pengecut dan takut pada aku. Igor pun suruh bala tentera dia balik ke Kievan Rus tanpa dia balik bersama dan hanya sekumpulan kecil tentera KIevan Rus tinggal dan berpatah balik bersama Igor. Org2 Drevlian yg nampak Igor dan sepasukan kecil tentera dia patah balik pi la bagitau Putera Mal iaitu raja bagi kerajaan Drevlian. Harus la org tua tu mengamuk...dah la paksa kerajaan aku byr cukai tunggak ni patah balik nak peras lagi hasil kerajan Drevlian. Maka berkatalah Putera Mal kepada para pengikut dia "Kalau serigala datang kepada kumpulan biri2, serigala ni akan bunuh satu persatu biri2 tu kecuali serigala tu dbunuh. Kalau kita tak bunuh dia skrg, dia akan memusnahkan kita semua".

Pasukan tentera Drevlian pun membuat persediaan utk menentang dan menangkap Igor Prince of Kiev dan sekumpulan kecil tentera dia. Akhirnya kedua2 pasukan ni bertemu dan bertempuk dan berakhir dgn kematian Igor.

Mengikut BYzantine Chronical yg ditulis oleh Leon the Deancon, tentera Drevlian membengkokkan 2 pokok Birch dan mengikat kedua2 belah kaki Igor pada 2 pokok Birch ni. Dan seterusnya, tentera Drevlian meluruskan semula 2 pokok Birch ni yg memnyebabkan badan Igor terputus kepada 2 bahagian.

Yezaaaa..akhirnya masuk juga part cara Olga membalas dendam terhadap kematian suami beliau iaitu Igor Prince of Kiev.

Tak banyak sejarah tulis tentang awal kehidupan Olga ni kecuali tahun dia dilahirkan ioitu pada tahun 903 Masihi dan menjadi isteri kepada Igor. Semasa kematian tragis Igor, anak lelaki mereka baru berusia 3 tahun. opkos la Olga yg bertanggungjawab utk menjadi pemangku raja sehingga
Svyatoslov iaitu anak lelaki Igor dan Olga cukup umur utk menaiki takhta empayar Kievan Rus.

Kerajaan Drevlian nampak peluang utk menakluki Kievan Rus bukan melalui peperangan tadi dgn menjadikan Olga sebagai isteri Putera Mal jadi, Putera Mal bukan saja dapat menjadi father figure kepada Svyatoslov tapi juga mempengaruhi bakal raja muda ni. Depa ingat Olga adalah wanita berdarah kayangan yg mudah dibuli tapi depa lupa Olga adalah wanita Varangian yg terkenal dgn keberanian.

Putera Mal pun hantar la 20 org lelaki terbaik Drevlian sebagai utusan bagi pihak dia utk melamar Olgo dan depa ni pun pi la jumpa Olga bagitau yg Drevlian dibawah arahan Putera Mal telah membunuh Igor dan pada masa yg sama para utusan ni dok promosi Putera Mal adalah seorg lelaki yg baik dan raja yg berkebolehan dan datang utk melamar Olga sebagai isteri. Olga kata "Baiklah, angpa balik dulu berehat di kapal/bot angpa, esk pepagi mai balik istana utk jemput aku ke Drevlian". Elok saja para utusan Drevlian ni balik, apa lagi Olga terus panggil semua org istana dan suruh depa ni korek lubang yg dalam ASAP. Esoknya sesudah subuh gajah, tentera Kievanpi jemput la para utusan ni, tapi depa bagitau kat para utusan ni Olga dah pesan supaya para utusan dibawa ke istana menggunakan kapa/bot yg dinaiki oleh utusan Drevlian, maka bila dengar arahan mcm tu dari Olga, maka para utusan ni ikut saja la.Karang melawan kena reject pulak lamaran Putera Mal sapa yg susah?

Sampai2 saja kat istana...para utusan Drevlian yg dok atas bot/kapal yg diusung oleh tentera Kievan ni terkejut beruk sebab depa tengok ada lubang yg besar dan dalam menanti depa dan sekali dgn bot/kapal dan 20 utusan ni dilempar ke dalam lubang tu dan atas arahan Olga juga, para utusan ni ditanam hidup2.

apa? Olgo dah habis balas dendam? angpa salah..ni hanya permulaan adegan balas dendam oleh seorg wanita yg bernama Olga of Kiev.

Olgo antar utusan ke Putera Mal yg dia bersetuju dgn lamaran Putera Mal tapi dengan syarat iaitu Drevlian mestilh menghantara lelaki2 terbaik mereka untuk menjemput dan menemani Olga ke kerajaan Drevlian. Putera Mal pun kumpul la lelaki2 terbaik Drevlian dan antar mereka ke Kievan Rus.

Olga menyambut kedatangan pasukan utusan kedua dari Drevlian, tapi sebelum jumpa beliau, Olga kata kena bersihkan diri dulu di rumah mandi yg telah disediakan oleh Kievan Rus utk para utusan Drevlian ni. opkos la depa ni setuju...beratus batu kot tunggang kuda..mesti la busuk mengalahkan kambing. jadi masa para utusan ni membersihkan diri, depa dengar pintu rumah mandi dikunci dari luar dan suara Olga memberikan arahan supaya dibakar rumah mandi tersebut..maka berakhirlah hayat para utusan Drevlian kerentungan dibakar api.

Olga of Kiev masih tak berpuas hati. Dia dah tekad hutang darah harus dibayar dgn darah walaupun darah Igor seorg perlu dibayar dgn beribu darah Drevlian.

Untuk melaksanakan rancangan seterusnya dan supaya Putera Mal tak syak yg 2 pasukan utusan yg beliau antar hilang, Olga lagi sekali hantar utusan kepada Putera Mal bagitau yg beliau akan ke Drevlian dan mestilah dimana kota suaminya Igor dibunuh diakan majlis pengebumian utk mendiang suaminya Igor. Kota tersebut adalah Iskoroten.

Putera Mal kata oklah..ikut saja la kata2 Olga ni, pi mai pi mai nak jadi bini aku juga kannn. Putera Mal pun arahkan org dia sediakan bergelen2 arak yg dipanggil sebagai Mean seperti mana yg diminta oleh Olga. Mean ni adalah campuran madu yg dituakkkan dan air.

Sampai masanya Olga pun sampai ke kota Iskoroten dgn sekumpulan kecl pasukan pengawal peribadi beliau ke majlis pengebumian Igor yg mana org2 Drevlian dah tunggu kehadiran Olga ni. Ada segelintir org Drevlian tanya tentang 2 pasukan utusan mereka yg diantar sebelum ni. Dan Olga bagitau yg depa ni dalam perjalanan balik ke Drevlian.

Memandangkan org2 Drevlian yg berkumpul ni dah pening2 lalat akibat dari minuman Mean, jadi depa layan je la alasan si Olga ni. Olga terlebih dahulu pesan kat pasukan pengawal peribadi dia jangan minum Mean dan biarkan org2 Drevlian benar2 mabuk sebelum Olga mengarahkan  pasukan beliau membunuh seorg demi Drevlian yg menghadiri majlis tersebut. Dipercayai 5000 org Drevlian dibunuh pada majlis tersebut.

Dan lagi sekali darah 5 ribu manusia belum cukup utk kematian Igor bagi Olga of Kiev. Olga dan pasukan pengawal peribadi dia kembali ke Kiev dan lagi sekali membawa bala tentera Kievan Rus utk berperang dgn Drevlian.

Dipendekkan citer, tentera Kievan Rus pun mengempung Kota Iskorosten, org2 Drevlian yg terselamat berlindungan dan bersembunyi dikota ini merayu supaya Olga melepaskan mereka dan menawarkan utk membayar cukai dgn madu dan bulu haiwa.

Olga pun ckp kat depa ni "Baiklah aku ni tak la kejam mcm laki aku dan tak berniat nak kenakan cukai tak masuk akal mcm dia. aku hanya nak hadiah kecik saja. iaitu setiap rumah mesti la bagi kat aku 3 ekor burung merpati atau burung pipit. Bila mana org2 Drevlian dengar saja kata2 Olgaru depa pun berbondong2 cari dan bagi apa yg Olga minta.

Mengikut catatan, Olga bagi kat setiap tentera dia merpati atau burung pipit dan arahkan tentera dia boh kat kaki merpati dan pipit ni dgn benang yg mana pada hujung benang tu pulak ada belerang yg diikat dgn cebisan kain.

Bila dah malam, Olga suruh tentera2 beliau melepaskan burung2 merpati dan pipit tadi. opkos la burung2 ni akan kembali ke sarang masing2 kan dan ni menyebabkan rumah2 yg di dalam kota Iskorostan terbakar hangus dan membunuh org2 Drevlian yg tak berdosa. Bagi yg cuba melarikan diri, mereka menemui ajal dimata pedang tentera2 Olgo yg mengempung kota tersebut.

puas la hati Olga sebab dia telah berjaya membal;as dendam diatas kematian suami dia tapi juga membuatkan ahli jemaah penasihant kerajaan Kievan Rus dan kerajaan2 jiran takuit dan mengakui Olga sebagai seorg Ratu pemerintah yg sah gitu.

Selepas misi balas dendam Olga selesai, boleh dikatakan hampir tiada catatan tentang pemerintahan beliau sebagai ratu dan catatan bagaimana Olga ni memilih kristian sebagai agama pada tahuan 950an ada ditulis dalam Primary Chronicle secara detail termasuklah tentang kesan terhadap proses penerimaan Kristian sebagai agama pada eropah timur.

Olga of Kiev ni meninggal dunia pada 11 Julai 969 Masihi dan pada tahuan 1547 Masihi, beliau dianugerahkan sebagai Saints oleh Gereja Orthodox Rusia dan juga oleh Vatican dan merupakan Patron kepada golongan ibu tunggan dan penganut baru Kristian.

Dan kerana Olgo of Kiev ni memainkan peranan penting dalam Gereja Eastern Orthodox, Gereje Rutherian Greek Katolik dan Gereja Ukrainian Greek Katolik, maka ketiga2 gereja ni memanggil St OLga sebagai Isapóstolos, "Equal to the Apostles".


Akhirnyaaaaa...habis juga kisah Olga ni..maka boleh la aku tido dgn lena.



Muka garang acik olga ni



















Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
OK, best gak info sejarah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 19-10-2020 04:48 AM
OK, best gak info sejarah ni

Tq.. Sebab sudi baca ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni gambar yg digambarkan majlis pengebumian Igor

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Fakta tambahan berkenan Olga the Kiev

1. Dilahirkan diantara tahun 850 Masihi - 925 Masihi. Mak bapa Olgo ada org Varangian atau dikenali sebagai Norse Viking.

2. Mcm mana Olga ni boleh ternikah dgn Igor seoeg Putera raja? Dipercaya Olga sebenarnya anak kepada Oleg Veshchy @ Oleg of Novgorod. Jadi tak hairan la Olga ni bijak dalam strategi peperangan. Mcm bapa dia juga la
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam muka Queen daun terup... Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2020 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 19-10-2020 08:48 AM
Macam muka Queen daun terup... Hehe

Hahaha....muka dia garang gila.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang sgt sarah. Will u next time put into part. So dpt trick our mind that its not that panjang. Thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsVeneer replied at 19-10-2020 11:57 AM
Panjang sgt sarah. Will u next time put into part. So dpt trick our mind that its not that panjang.  ...

Noted.. Nanti sy cuba baiki lagi supaya senang pembaca..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 04:52 PM | Show all posts
huh habis jugak baca.. pjg nya.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 19-10-2020 04:52 PM
huh habis jugak baca.. pjg nya.. hehe

Hahaha.. Maaf.. Nanti iols buat part by part.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 05:40 PM | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2020 04:53 PM
Hahaha.. Maaf.. Nanti iols buat part by part.

ok je.. kalau xnak buat part2 just tulis tajuk chapter pasal apa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 19-10-2020 05:40 PM
ok je.. kalau xnak buat part2 just tulis tajuk chapter pasal apa..

wokies...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah! Aku baca ni sebijik mcm yg aku baca articles dia in English tp hang olah dlm BM. On point gitu!

Both Olga & her late husband tu mmg keturunan Vikings kan. Tu yg bila exact revenge, dia went all the way, xdak sikit2 punya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 19-10-2020 08:35 PM
Tahniah! Aku baca ni sebijik mcm yg aku baca articles dia in English tp hang olah dlm BM. On point g ...

Aku rujuk kat 2 video utube dan britannia online.. Byk perkataan bahasa inggeris baru aku belajar.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2020 08:38 PM
Aku rujuk kat 2 video utube dan britannia online.. Byk perkataan bahasa inggeris baru aku belajar. ...

Selain dr buat rujukan utk topik, you also learned new words. Kira kill 2 birds with 1 stone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 19-10-2020 08:42 PM
Selain dr buat rujukan utk topik, you also learned new words. Kira kill 2 birds with 1 st ...

Heheheeh.. Aku mmg kalau baca.. Jumpa perkataan aku x faham.. Aku akan cari makna.. Lps tu aku catit perkataan aku baru jumpa tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:58 PM | Show all posts
Dulu ai kagum gak dgn kisah Olga of Kiev, bad ass queen warrior etc tp selepas baca artikel2 versi lain, ai anggap pompuan nih pendendam sampai ke tulang hitam, membalas dendam atas kematian suaminya yg tamak dgn menghapuskan kaum Drevlian yg tertindas. Drevlian bermaksud 'di kalangan pokok2' = mereka tinggal di tanah yg subur dan kaya dgn hasil hutan. Org Drevlian dikenali sbg tukang kayu dan pekebun. Mereka membayar cukai kpd Igor dlm bentuk madu, leather dan bulu haiwan. Apapun pd hari berdarah tu, Igor terfikir mungkin cukai tuh dah tak mencukupi - mcm secoet jah berbanding kekayaan hasil hutan the Drevlians.

Hanya kerana Olga convert kpd Kristian, maka kisahnya di 'putihkan' dan glorify. Mitos digunakan sbg alat kempen yg memuja kebijaksanaan dan keberaniannya - padahal dia tidak lebih drpd sorg wanita yg berkuasa sbg ketua, jeneral dan perancang. Dia cuma mengarah tentera2nya melancarkan terrorism ke atas penduduk yg hanya mempertahankan hak mereka. Paling best, cucunya Vladimir mengamalkan paganism dan human sacrifices - namun sebaik saja dia convert, terus dimaafkan dan diangkat jd saint jua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 19-10-2020 09:58 PM
Dulu ai kagum gak dgn kisah Olga of Kiev, bad ass queen warrior etc tp selepas baca artikel2 versi l ...

Mmg rasa apa yg igor tu x patut.. Dipaksa kot.. Dan lepas tu bila si olga ni kepung kota drevlian.. Mmg kejam cara dia seksa depa..

Dari sini kita belajar.. Jgn jadi mcm olgo yg pendendam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 10:44 PM | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2020 10:13 PM
Mmg rasa apa yg igor tu x patut.. Dipaksa kot.. Dan lepas tu bila si olga ni kepung kota drevlian. ...

Betol tuh Sarah. Kalau iya pun, hukum la org2 yg bertanggungjawab atas kematian laki dia jah. Ni tak, abis satu kpg dibinasakan termasuk nyawa2 org yg takda kena mengena.

Satu sumbangan Olga yg tak dpt dinafikan, dia mengasaskan sistem kutipan cukai terawal dunia. Dia lantik pegawai khas utk menjaga pondok kutipan di setiap daerah/tanah jajahan. Kemudian Olga sendiri turun padang, dgn pakaian bulu mahal dan barang kemas (melambangkan kekuasaannya, rakyat marhaen sila takut sket gituuhh) mengutip cukai yg dikumpul oleh pegawai2 ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.074148 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list